21/07/2023
𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐝-𝐃𝐮𝐡𝐚 ❤
Bacaan secara perlahan yang fokus pada makhraj huruf,sifat huruf,bacaan dengung dan bacaan jelas.
Surah Ad-Dhuha diturunkan di Mekah dan mengandungi 11 ayat.
Ia dinamakan sebagai Ad-Dhuha yang bermaksud waktu dhuha kerana pada awal surah, Allah SWT bersumpah dengan waktu yang tersebut, serta waktu malam untuk menegaskan bahawa Dia tidak meninggalkan Nabi Muhammad SAW dan tidak membencinya sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Musyrik.
Surah ini juga dibaca dalam solat duha pada rakaat kedua.
Terdapat banyak kelebihan bagi yang membaca surah ini. Antaranya ialah :
✅Mengeluarkan seseorang dari masalah dan keserabutan hidup
✅Dicukupkan rezeki
✅Mendapat keselamatan bagi diri dan keluarga di dunia
✅Menunjukkan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT
✅Melatih diri untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat
✅Mendapat rahmat dan lindungan daripada malaikat
Semoga siapa yang membaca surah ini beroleh kelebihan seperti di atas.In syaa Allah..