Sri integrasi Tahfiz Sahabat Insani

Sri integrasi Tahfiz Sahabat Insani MEMBANGUN GENERASI MUTADABBIR RABBANI

ISNIN3.3.2025PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN SRIITSI 2025Alhamdulillah. Telah berlangsungnya pelancaran Program Ihya' ...
03/03/2025

ISNIN
3.3.2025
PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN SRIITSI 2025

Alhamdulillah. Telah berlangsungnya pelancaran Program Ihya' Ramadhan SRIITSI bagi tahun ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Zohor, Pertandingan Selawat dan banyak lagi. Selain itu, pihak sekolah juga telah memberikan buah kurma kepada setiap warga sekolah untuk dinikmati semasa berbuka nanti.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan menjadi peluang untuk menghayati Ramadhan dengan lebih mendalam. Harapan kami agar segala urusan berjalan lancar dan semua pelajar dapat mengambil manfaat dari setiap program yang dijalankan. 🌟

Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aisyah Binti Mohd Fadzly Kamal, Tahun 3 Tirmizi yang tela...
02/03/2025

Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aisyah Binti Mohd Fadzly Kamal, Tahun 3 Tirmizi yang telah berjaya mendapat tempat keempat dalam Selection Memanah Negeri Sembilan, kategori bawah 9 tahun.

Kejayaan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan dan menunjukkan dedikasi serta usaha gigih Aisyah dalam sukan memanah.

Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti mengejar impian 👏

Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh pengampunan, dan bulan yang membawa kedamaian kini tiba. Marilah kita bers...
02/03/2025

Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh pengampunan, dan bulan yang membawa kedamaian kini tiba. Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang penuh keimanan dan kesyukuran.

Semoga setiap amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan ini diterima, diberkati, dan memberi kebaikan kepada diri kita dan orang di sekeliling.

Selamat menjalani ibadah puasa ☺️

08/08/2024

Assalamualaikum kepada semua ibu bapa dan penjaga.
Berikut adalah page terbaru Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani.

Ibubapa boleh follow, komen, like dan share untuk sosial media sekolah. Aktiviti yang berlangsung akan di updated di sosial media sekolah. 🥰

https://www.facebook.com/profile.php?id=61562697947128&mibextid=LQQJ4d

SEKOLAH RENDAH ISLAM (TAHFIZ) YANG BEROPERASI DI BANDAR BARU NILAI

Terima kasih kepada semua alumni SRIITSI atas perkongsian dan juga pengalaman yang sangat seronok dicerikan kepada anak-...
12/07/2024

Terima kasih kepada semua alumni SRIITSI atas perkongsian dan juga pengalaman yang sangat seronok dicerikan kepada anak-anak murid SRIITSI.

Tahniah atas kejayaan Alumni SRIITSI yang telah berjaya menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Moga SRIITSI dapat melahirkan generasi mutadabbir, berilmu, hafiz Al-Quran dan mampu meningkatkan martabat islam pada masa akan datang.

*ASSALAMUALAIKUM WBH,*Salam Aidilfitri di Syawal yang mulia buat semua muslimin muslimat yang mendambakan Redha Allah SW...
26/04/2024

*ASSALAMUALAIKUM WBH,*

Salam Aidilfitri di Syawal yang mulia buat semua muslimin muslimat yang mendambakan Redha Allah SWT sekelian.

AYUH kita mengambil barakah hari Jumaat di bulan Syawal yang mulia ini dengan meneruskan amalan bersedekah jariah dan berinfaq ini bagi melipatkaligandakan pahala kita secara berterusan.

*TAHFIZ SAHABAT INSANI* membuka ruang dan peluang untuk para dermawan sekelian untuk menyumbang untuk institusi kami yang memerlukan sokongan dan bantuan tuan puan sekelian.

Sebagaimana Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

*KAMI INGIN MENCARI 2000 ORANG DERMAWAN YANG BOLEH MENYUMBANG MINIMA RM20 SEBULAN SECARA BERKALA*

Sumbangan infaq ini boleh dibuat melalui akaun *InfaqPay* dengan mengimbas Kod QR seperti dalam poster ATAU melalui pautan berikut :

https://rb.gy/gxponu

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh berhubung melalui nombor berikut;

• 019-2704390 (Hj. Noorhisyam bin Ismail)
• 019-272 2151 (Dr. Huzairi)
• 019-663 2151 (Dr. Bahti)
• 012- 683 4763 (Ust. Affendi)
• 06-8569995 (pejabat)

Dapatkan maklumat tahfiz kami di:

Website- https://www.sahabatinsani.edu.my
Facebook- https://www.facebook.com/sahabatinsani

Alhamdulillah pada sesi 2023/2024 SRIITSI sekali lagi berjaya mencipta  rekod dengan pencapaian yang cemerlang dalam pep...
19/04/2024

Alhamdulillah pada sesi 2023/2024 SRIITSI sekali lagi berjaya mencipta rekod dengan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK.

Seramai 13 daripada 21 calon UPKK berjaya mendapat 8A , 5 orang berjaya mendapat 7A 1B , 2 orang berjaya mendapat 6A 2B dan seorang berjaya mendapat 5A 3B.

Tahniah diucapakan kepada anak². Semoga kejayaan ini pemangkin semangat untuk anak² yang lain.

Address

PT 12885, Jalan BBN 1/7B, PUTRA NILAI
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 07:00 - 04:30
Tuesday 07:00 - 04:30
Wednesday 07:00 - 04:30
Thursday 07:00 - 04:30
Friday 07:00 - 04:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sri integrasi Tahfiz Sahabat Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Sri integrasi Tahfiz Sahabat Insani:

Share