Masjid Al-Rasyidin, Nibong Tebal

Masjid Al-Rasyidin, Nibong Tebal HEBAHAN PROGRAM MASJID AL-RASYIDIN

🌹✨ JOM HIDUPKAN CINTA KEPADA RASULULLAH ο·Ί βœ¨πŸŒΉπŸ•Œ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H / 2026MMASJID AL-RASYIDIN, SERI AMPANG...
17/08/2026

🌹✨ JOM HIDUPKAN CINTA KEPADA RASULULLAH ﷺ ✨🌹

πŸ•Œ MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H / 2026M
MASJID AL-RASYIDIN, SERI AMPANGAN, NIBONG TEBAL

πŸ’š TEMA:
β€œMADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Program menarik menanti anda dan keluarga

β€” LightArt VR Adventure Ride, pertandingan mewarna & menulis khat, jualan & gerai, qasidah, bacaan Maulid, Ratib Al-Attas, tausiyah, selawat dan munajat.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━ πŸŽ₯
1. LIGHTART VR ADVENTURE RIDE ━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ•˜ 9.00 PAGI – 11.00 MALAM
*🎟️ TIKET RM25 SEORANG*
✨ VR 8K Stereoskopik 360°
πŸͺ‘ Motion Chair
🌬️ Efek Bunyi & Angin
πŸ“– 7 KISAH MENARIK: 1️⃣ Makkah
2️⃣ Hijrah
3️⃣ Isra’ Mikraj
4️⃣ Mawlid
5️⃣ Nabi Isa
6️⃣ Nabi Musa
7️⃣ Nabi Ibrahim
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Terbuka kepada semua.
Kanak-kanak perlu ditemani ibu bapa.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━
🎨 2. PERTANDINGAN MEWARNA & MENULIS KHAT ━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ•• 6.00 PETANG
πŸ‘₯ Terhad kepada 50 peserta sahaja

πŸ† Hadiah menarik menanti para pemenang!

πŸ–οΈ KATEGORI MEWARNA β€’ Umur 5 & 6 tahun
β€’ Umur 7 hingga 9 tahun

✍️ KATEGORI MENULIS KHAT β€’ Umur 10 hingga 12 tahun

🎨 Peserta diminta membawa alat mewarna sendiri.

πŸ“ž Pendaftaran & maklumat lanjut:
πŸ‘³ Ustaz Hanif
πŸ“± 011-289 57338
πŸ‘© Ustazah Aisyah
πŸ“± 019-454 6731

━━━━━━━━━━━━━━━━━━
3. MAJLIS SELAWAT & MUNAJAT PERDANA ━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸŽ™οΈ PENCERAMAH UTAMA
Tuan Guru Haji Shahul Hamid Al-Filfilani

🀲 PEMBIMBING MAJLIS
β€’ Ustaz Abdul Syahid bin Mustafa
β€’ Ustaz Ammar Sufyan bin Rostin

πŸ“– ATUR CARA MAJLIS
πŸ•• 6.00 PETANG
🎢 Persembahan Qasidah
Pelajar Pra Tahfiz Masjid al-Rasyidin

πŸ•Œ 7.37 MALAM
Azan Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah

πŸŽ™οΈ 7.50 MALAM
Ucapan Alu-aluan
Oleh Pengerusi Majlis

πŸ“Ώ 8.00 MALAM
Bacaan Maulid & Ratib Al-Attas

πŸŽ™οΈ 8.30 MALAM
Tausiyah
Oleh Tuan Guru Haji Shahul Hamid Al-Filfilani

🀲 9.00 MALAM
β€’ Zikir Asmaul Husna & Doa Munajat
β€’ Selawat & Mahalul Qiyam 🌹
β€’ Penyampaian Cenderahati & Hadiah

πŸ•Œ 10.00 MALAM
Solat Isyak

🍽️ Jamuan & Bersurai

Lawatan  Ziarah Ukhuwah silaturrahim Masjid al-Rasyidin diteruskan dengan kunjungan ke Surau Husna Taman Seri Sempadan s...
17/08/2026

Lawatan Ziarah Ukhuwah silaturrahim Masjid al-Rasyidin diteruskan dengan kunjungan ke Surau Husna Taman Seri Sempadan sebagai tanda kasih, penghargaan dan keprihatinan pihak masjid terhadap pengurusan serta ahli jemaah surau di bawah qaryah.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, beramah mesra, bertukar pandangan dan memperkukuhkan ukhuwah antara AJK Masjid al-Rasyidin dan pengurusan Surau Taman Seri Sempadan.

Pihak masjid turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang, di samping menyatakan komitmen untuk terus membina kerjasama yang erat antara masjid dan surau dalam usaha memakmurkan rumah-rumah Allah serta menyatukan masyarakat dalam kebaikan.

Semoga ziarah ini menjadi asbab bertambah eratnya hubungan silaturrahim, saling menyokong dan bekerjasama demi kemajuan ummah serta kesejahteraan masyarakat setempat. 🀲

ZIARAH MAHABBAHPada 16 Ogos 2026, selepas solat Asar, Pihak Masjid al-Rasyidin telah berkesempatan menziarahi En. Amir M...
17/08/2026

ZIARAH MAHABBAH

Pada 16 Ogos 2026, selepas solat Asar,
Pihak Masjid al-Rasyidin telah berkesempatan menziarahi En. Amir Melvin, yang sedang diuji dengan kanser darah, di Taman Ilmu.

Pihak masjid turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda kasih, keprihatinan dan sokongan kepada beliau serta keluarga.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesabaran, serta dipermudahkan segala urusan beliau.

🌹 Ziarah membawa kasih, sumbangan tanda keprihatinan, doa menjadi penguat. 🀲

Lensa Sekitar Ceramah Maulidurrasul Muslimat, Masjid al-Rasyidin, Sabtu 15 Ogos 2026 bersamaan 02 Rabiulawal 1448H bersa...
15/08/2026

Lensa Sekitar Ceramah Maulidurrasul Muslimat, Masjid al-Rasyidin, Sabtu 15 Ogos 2026 bersamaan 02 Rabiulawal 1448H bersama penceramah jemputan al Fadhilah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada seluruh sahabat Muslimat yang mewakili surau-surau dan masjid-masjid, jauh mahupun dekat yang turut hadir bersama memeriahkan program.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada sahabat usrah, sahabat kuliah serta semua pihak yang turut berganding bahu memastikan kelancaran pelaksanaan program Maulidurrasul kali ini.

Terima kasih atas kesatuan hati serta sokongan padu terhadap program ilmu di Masjid al-Rasyidin.

Semoga majlis ini menjadi wadah mengumpul berkat, menebar kebaikan dan manfaat buat semua. Semoga Allah SWT menerima segala usaha dan ikhtiar kita sebagai ibadah yang bernilai di sisi-Nya. Alhamdulillah.




*JEJAK ULAMA BUMI PATTANI ANJURAN MASJID SEPTEMBER INI  *Sabtu 12 September 2026* ⏰3.00 pg bertolak dari Nibong Tebal⏰6....
09/08/2026

*JEJAK ULAMA BUMI PATTANI ANJURAN MASJID SEPTEMBER INI

*Sabtu 12 September 2026*

⏰3.00 pg bertolak dari Nibong Tebal

⏰6.00 Subuh di Bukit Kayu Hitam

⏰7.00 Sarapan Pagi

⏰8.00 Cop Passport

⏰12.00 pagi Muzium al Quran

⏰2.00 Pondok Baba Abu Qutaibah

⏰5.00 Telaga Sheikh Daud al Fatoni

⏰6.00 Green Market

⏰7.30 chekin - bebas

**Hari Kedua Ahad 13 September 2026*
*
⏰7.00 chekout

⏰8.00 Masjid Kerisik

⏰10.00 Pondok Baba Bukhari

⏰12.00 makam Sheikh Abd Somad Palembang

⏰1.00 Dimsum Chabura

⏰4.00 Floating Market 7

⏰6.00 Bertolak balik.

*Hubungi*
Wasupp Ust Rowi Ibrahim (0142947874)
Ustazah Ju 01138485891

extra tempat lawatan bergantung masa dan keadaan.

KULIAH PERDANA MUSLIMAT SEMPENA MAULIDURRASULπŸ—“οΈSabtu 15 Ogos 2026πŸ•°οΈ9.00-11.30 pagiπŸ§•πŸ»Ustazah Isfadiah Mohd DasukiπŸ•ŒMasjid ...
08/08/2026

KULIAH PERDANA MUSLIMAT SEMPENA MAULIDURRASUL

πŸ—“οΈSabtu 15 Ogos 2026

πŸ•°οΈ9.00-11.30 pagi

πŸ§•πŸ»Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

πŸ•ŒMasjid al-Rasyidin

Muslimat semua dijemput hadir πŸ€—πŸ€—πŸ€—



Program Jejak Kasih Ziarah PesakitPada 1 Ogos 2026 (Sabtu), selepas solat Asar, telah diadakan Program Ziarah Orang Saki...
05/08/2026

Program Jejak Kasih Ziarah Pesakit

Pada 1 Ogos 2026 (Sabtu), selepas solat Asar, telah diadakan Program Ziarah Orang Sakit di Taman Ilmu yang disertai oleh Pengerusi Masjid, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid serta Pengerusi KRT tempatan.

Ziarah telah dilakukan ke rumah Encik Hazizi bin Hamid yang beralamat di No. 23, Jalan Ilmu 2, Taman Ilmu. Beliau sedang diuji dengan penyakit strok sebelah kanan serta mengalami luka bernanah pada tapak kaki kiri.

Program ini bertujuan menzahirkan keprihatinan, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat serta memberikan sokongan dan doa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada beliau serta keluarganya.

🌹 MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT PERDANA SEMPENA MAULIDURRASUL ο·Ί πŸŒΉπŸ•Œ Penceramah UtamaTuan Guru Haji Shahul Hamid Al-Filfilani...
05/08/2026

🌹 MAJLIS SELAWAT DAN MUNAJAT PERDANA SEMPENA MAULIDURRASUL ﷺ 🌹

πŸ•Œ Penceramah Utama
Tuan Guru Haji Shahul Hamid Al-Filfilani

🀲 Pembimbing Majlis
β€’ Ustaz Abdul Syahid Bin Mustafa
β€’ ⁠Ustaz Ammar Sufyan Bin Rostin

πŸ“… Tarikh
Jumaat, 28 Ogos 2026

πŸ•°οΈ Masa
Selepas Solat Maghrib hingga 9.30 malam

πŸ“ Lokasi
Masjid al-Rasyidin
Seri Ampangan,
14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“– Atur Cara Majlis

πŸ•Œ 7.37 Malam
Azan Maghrib dan Solat Maghrib berjemaah.

πŸŽ™οΈ 7.50 Malam
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis.

πŸ“Ώ 8.00 Malam
Bacaan Ratib

πŸ•Œ 8.30 Malam
Tausiyah oleh Tuan Guru Haji Shahul Hamid Al-Filfilani.

🀲 9.00 Malam
- Zikir Asmaul Husna dan Doa Munajat.
- ⁠Selawat (Mahalul Qiyam)

🍽️ 9.30 Malam
Solat Isyak, jamuan dan bersurai.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ’§ Perhatian
Para hadirin disarankan membawa sebotol air minuman untuk ikhtiar doa penawar serta mengambil keberkatan daripada bacaan zikir dan doa.

🀍 Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang hadir.

πŸ“’ JADUAL KULIAH BULANAN MASJID AL-RASYIDIN | OGOS 2026Ayuh luangkan masa menghadiri majlis ilmu sepanjang bulan Ogos di ...
04/08/2026

πŸ“’ JADUAL KULIAH BULANAN MASJID AL-RASYIDIN | OGOS 2026

Ayuh luangkan masa menghadiri majlis ilmu sepanjang bulan Ogos di Masjid al-Rasyidin, Nibong Tebal. Pelbagai kuliah, pengajian kitab, bacaan Yasin, majlis selawat serta kelas khas muslimat menanti anda.

🀲 Jom sama-sama hidupkan masjid dengan menghadiri majlis ilmu.

"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. 🌸

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Haji Rashidi Zinol atas kerjasama yang diberikan ser...
24/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Haji Rashidi Zinol atas kerjasama yang diberikan serta asbab membolehkan kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja mengecat semula struktur bangunan Masjid al-Rasyidin.

Semoga segala jasa dan usaha ini menjadi amal soleh serta membawa manfaat yang berpanjangan kepada seluruh jemaah dan masyarakat.

Jazakumullahu khairan kathira. 🀲

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ICU JPM PULAU PINANG

Syukur Alhamdulillah. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ICU JPM Negeri Pulau Pinang atas kelulusan peruntukan bagi kerja-kerja mengecat semula struktur bangunan Masjid Ar-Rasyidin, Transkrian, Sungai Acheh, yang kini telah siap dilaksanakan.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang baik antara pelbagai pihak dalam memastikan usaha memelihara dan menceriakan rumah ibadah di kawasan Sungai Acheh dapat direalisasikan.

Ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rasyidin atas komitmen, kerjasama dan peranan yang dimainkan sepanjang proses pelaksanaan projek ini sehingga berjaya disempurnakan.

Insya-Allah, saya akan terus bekerja dan bekerjasama dengan semua pihak untuk membawa lebih banyak usaha serta inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, demi kemajuan dan kesejahteraan Sungai Acheh.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan usaha ini.

Address

MASJID AL-RASYIDIN, NIBONG TEBAL
Nibong Tebal
14300

Telephone

+60134239293

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Rasyidin, Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category