Masjid Sungai Kechil

Directions Website

Masjid Sungai Kechil Masjid (مسجد) ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid Sungai Kechil. Layari Web rasmi www.masjidjameksungaikechil.org

Sisipan kenangan album 4 : Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Kechil 25 September 2026.
02/10/2026

Sisipan kenangan album 4 : Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Kechil 25 September 2026.


Sisipan kenangan album 3.. Majlis Persamian Masjid Jamek Sungai Kechil..
28/09/2026

Sisipan kenangan album 3.. Majlis Persamian Masjid Jamek Sungai Kechil..

Sisipan Kenangan Album 2.. Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Kechil 25 Sep 2026 (Jumaat).
28/09/2026

Sisipan Kenangan Album 2.. Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Kechil 25 Sep 2026 (Jumaat).


🕌 25 SEPTEMBER 2026 | DETIK BERSEJARAH MASJID JAMEK SUNGAI KECHILSungai Kechil, Nibong Tebal | 25 September 2026 bersama...
25/09/2026

🕌 25 SEPTEMBER 2026 | DETIK BERSEJARAH MASJID JAMEK SUNGAI KECHIL
Sungai Kechil, Nibong Tebal | 25 September 2026 bersamaan 13 Rabiulakhir 1448H (Jumaat).

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.
Tanggal 25 September 2026 akan terpahat dalam sejarah Masjid Jamek Sungai Kechil apabila masjid baharu ini disempurnakan perasmiannya dalam sebuah majlis penuh istiadat dan kesyukuran.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya:
1)YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Haji Abd Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mewakili TKM 1.
2)Dato’ Haji Zairi bin Haji Mat Ali, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang (ICU).
3)Yang Berhormat Encik Abidin bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Abang Abidin Ismail.
4)Encik Roslan bin Es, wakil Pejabat Mufti Pulau Pinang
5)Yang Berhormat Dato' Haji Rashidi bin Zinol (ADUN Sungai Acheh / EXCO Pulau Pinang).
6)Encik Rosli bin Othman, wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).
7) Tuan Hj Abdul Rahim bin Ahmad (KADUN Sg Bakap).
8)Ustaz Mohd Noor Amin, wakil Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan
9) YBrs. Tuan Ahmad Mamduh bin Mohd Zulkifli selaku Imam Masjid Daerah Seberang Perai.
10) Yang Amat Arif Tuan Za'im bin Md Yudin (Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang)

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, bersama para tetamu kehormat, pimpinan, dermawan dan anak-anak kariah yang hadir menyaksikan detik bersejarah ini.

🌿 Daripada Impian Kepada Kenyataan
Perjalanan membina masjid baharu ini bukanlah sesuatu yang singkat. Ia bermula daripada hasrat dan kesepakatan anak kariah sejak tahun 2017, sebelum melalui pelbagai proses, usaha dan pengorbanan.

Menyingkap kenangan tahun lalu iaitu pada 12 September 2025 / 19 Rabiulawal 1447H (Jumaat) menjadi detik penyerahan masjid yang telah siap, manakala tahun 2026 menjadi detik istimewa apabila masjid ini diraikan dan disempurnakan perasmiannya oleh TYT P.Pinang .

Dua detik, satu perjalanan — daripada sebuah impian, akhirnya menjadi kenyataan yang dapat dinikmati bersama.

Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Kechil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh penderma, pewakaf, anak kariah, penduduk setempat, agensi kerajaan, pihak berkuasa agama, kontraktor, para pekerja, ahli jawatankuasa terdahulu dan semasa, serta semua yang telah menyumbang dalam bentuk wang ringgit, tenaga, masa, idea dan doa.

Sesungguhnya, masjid ini bukan sekadar dibina dengan batu dan simen, tetapi dibina bersama doa, pengorbanan dan semangat kebersamaan seluruh masyarakat.
Ada yang menyumbang banyak, ada yang menyumbang sedikit. Namun setiap sumbangan mempunyai nilainya dan menjadi sebahagian daripada sejarah Masjid Jamek Sungai Kechil.

Semoga setiap ringgit yang diinfakkan, setiap tenaga yang dicurahkan dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
Semoga Masjid Jamek Sungai Kechil terus menjadi rumah Allah, pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan penyatuan ummah, serta terus diimarahkan oleh generasi hari ini dan generasi yang akan datang.

Masjid Jamek Sungai Kechil
Menjalin Ukhwah, Menyemai Kasih Sayang

25/09/2026

OLEH
TUAN YANG TERUTAMA
TUN DATO' SERI UTAMA HAJI RAMLI BIN NGAH TALIB
YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

22/09/2026

Kuliah Maghrib ; Ust Dr Muhammad Latiffi

20/09/2026

Jemput semua anak kariah ke Majlis Perasmian Masjid Jamek Sungai Kechil pada 25 September 2026 jumaat , bermula jam 12:00 tengahari. Insyaallah jamuan disediakan.
Menjalin Ukhwah, Menyemai Kasih Sayang




20/09/2026

Gotong-Royong 16 September 2026 sempena majlis perasmian masjid. Alhamdulillah terima kasih semuanya.


18/09/2026

ceramah kesihatan - Dr Mazzan

16/09/2026

Kuliah Maghrib Ust Roslan

Address

Sungai Kechil
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sungai Kechil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category