Masjid Jamek Kampung Besar

Masjid Jamek Kampung Besar Masjid Kampung Besar

19 Ogos 2026, Pn Rafeah bt Chik telah kembali kerahmatullah awal petang tadi. Jenazah telah selamat diuruskan di bilik p...
19/08/2026

19 Ogos 2026, Pn Rafeah bt Chik telah kembali kerahmatullah awal petang tadi. Jenazah telah selamat diuruskan di bilik pengurusan jenazah Masjid Jamek Kampung Besar dan di solatkan selepas solat isyak tadi. Alhamdulillah ramai jemaah yg hadir solat jenazah tadi dari kalangan saudara mara dan jugak anak kariah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Aamiin.

19/08/2026
Alhamdulillah petang ini, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama AJK dan Pegawai Masjid menziarahi adik Nurul Aisyah ...
16/08/2026

Alhamdulillah petang ini, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan bersama AJK dan Pegawai Masjid menziarahi adik Nurul Aisyah Safiya yang terluka kakinya ( agak dalam akibat terkena kaca ). Baru keluar dari wad Hospital Seberangjaya semalam. Di doakan semoga adik Nurul Aisyah cepat sembuh dan kembali bersekolah seperti biasa.


InsyaAllah pada 27/08/2026 akan datang. Khamis malam Jumaat. Jom mai ramai-ramai.
15/08/2026

InsyaAllah pada 27/08/2026 akan datang.
Khamis malam Jumaat. Jom mai ramai-ramai.

05 Ogos 2026, Ibu mertua kepada En Mohd Firdaus B Yahya , Puan Murshida binti Md Isa telah kembali keramatullah. Jenazah...
06/08/2026

05 Ogos 2026, Ibu mertua kepada En Mohd Firdaus B Yahya , Puan Murshida binti Md Isa telah kembali keramatullah. Jenazah selamat disolat dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Kampung Besar pada 06 Ogos 2026 , Khamis 10.00 pagi.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Aamiin.

02 Ogos 2026 , Program Ziarah anak kariah diteruskan. Kali ini kita ke rumah saudara Abdul Rahman , isteri beliau jatuh ...
02/08/2026

02 Ogos 2026 , Program Ziarah anak kariah diteruskan. Kali ini kita ke rumah saudara Abdul Rahman , isteri beliau jatuh bilik air mengalami keretakan pada tangan, anak beliau juga terlibat dalam kemalangan retak pada lutut dan buku lali. Kemudian ke rumah En Shafie b Mat atau dikenali dengan Abg Man yg baru-baru ini keluar dari wad disebabkan masalah penat dan paru- paru berair. Rumah ketiga En Rosmizan Mizan b Che Ros yg mengalami masalah saraf dan masih tidak boleh berkerja. Semoga semuanya cepat sembuh.

1/8/2026 - Pihak Pengrusan Masjid Jamek Kampung Besar menziarahi anak kariah kita Hj Sazlan b Salleh yang terlibat dalam...
02/08/2026

1/8/2026 - Pihak Pengrusan Masjid Jamek Kampung Besar menziarahi anak kariah kita Hj Sazlan b Salleh yang terlibat dalam satu kemalangan semasa balik solat subuh baru-baru ini. Sedikit sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Kariah Hj Abd Karim b Tila. Didoakan semoga Hj Lan cepat sembuh seperti sediakala dan dapat menghadiri solat jemaah seperti selalunya.

30 Julai 2026, Pengerusi bersama Setiausaha menghadiri program Amil Zakat Fitrah (MAFIT) di PICCA Covention Center Butte...
31/07/2026

30 Julai 2026, Pengerusi bersama Setiausaha menghadiri program Amil Zakat Fitrah (MAFIT) di PICCA Covention Center Butterworth.

Assalamualaikum semua anak- anak kariah Masjid Jamek Kampung Besar . Untuk makluman semua, semua masjid di Pulau Pinang ...
29/07/2026

Assalamualaikum semua anak- anak kariah Masjid Jamek Kampung Besar . Untuk makluman semua, semua masjid di Pulau Pinang kini telah menggunakan Sistem Pengurusan Bersepadu MAINPP atau Apps Penang Smart Kariah, termasuklah Masjid kita. Oleh yang demikian pihak pengurusan Masjid berharap semua anak kariah yang masih belum mendaftar sebagai anak kariah, daftar lah secepat yang mungkin. Ketua keluarga yang perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas ketua keluarga diluluskan barulah daftar pasangan dan anak-anak. Bagi yg berdaftar tuan-tuan boleh masuk ke Apps Penang Smart Kariah dan update dan kemaskini maklumat tuan- tuan. Apps akan kehendaki tuan masukan No KP@IC dan buat satu password sendiri. Tuan- tuan akan boleh lihat pelbagai module didalam Apps tersebut.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ditalian 012-4329105 sebagai admin system ini .
Setiausaha Masjid Jamek Kampung Besar.

Address

Jalan Kampung Besar
Nibong Tebal
14300

Telephone

+60124329105

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Kampung Besar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Jamek Kampung Besar:

Shortcuts

Share

Category