22/03/2025
It was the day‼️
Syukur alhamdulillah, berkat izinNYA Surau Datuk Huda Kampung Tanjung Mukah telah mengadakan Majlis Khatam alQuran dgn jayanya pada petang tadi.
Majlis ini menghimpunkan 10 peserta tadarus yg memperdengarkan bacaan masing-masing kepada hadirin yang majoritinya adalah jemputan dari kampung yang sama. Majlis Khatamal Quran telah dipimpin oleh En. Yusof bin Lai, manakala peserta tadarus (sebenarnya adalah seramai 13 orang) selepas solat sunat tarawih adalah di bawah kawalselia oleh En. Enoh bin Haji Wahit selaku Imam l surau.
Turut dirai adalah penerima sumbangan dari Tabung Baitulmal Sarawak. Golongan penerima ini dipilih dari kategori asnaf, balu, ibu tunggal dan penduduk yang hilang pekerjaan kerana sakit, uzur dan tua. Semoga bantuan yang diberikan dapat memberi sebuah senyuman apatah lagi untuk persediaan Hari Lebaran yang bakal tiba kelak.
Di majlis yang sama, sumbangan turut diberikan kepada ahli JKP Surau Darul Huda Kampung Tanjung Mukah. Semoga usaha dan kolaborasi terbaik di antara ahli dalam menjayakan sesuatu majlis dan program dapat dijadikan contoh teladan kepada penduduk kampung umumnya. Diharap anak-anak muda mencontohi nilai kerjasama yg dipertontonkan untuk ditiruvasi oleh mereka pada masa hadapan. In Shaa-Allah...
Juga kelainan pada tahun ini, JKP Surau Darul Huda Kampung Tanjung Mukah turut memberikan Hadiah Galakan Insentif kepada anak-anak kecil yang bersemangat untuk hadir ke surau. Hadiah galakan ini diharap dapat mempertingkatkan lagi minat anak-anak ke surau dan beribadah secara berjemaah. Syabas diucapkan.
Terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan dan hadirin yang datang memeriahkan lagi majlis ini. Sebarang kerjasama secara langsung mahupun tidak berkaitan majlis ini amatlah dihargai dan dipuji oleh pihak JKP surau. Jika ada sebarang cacat-cela di sepanjang majlis ini berlangsung, mohon maaf zahir dan batin dari hati ke hati. Kita hanya merancang, namun sebaliknya adalah di bawah kuasaNYA jua. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Ilahi, manakala sebaliknya adalah dari kekhilafan dari pihak kami. 🙏
Simpan di sini sorotan dan kenangan
Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi
Semoga Allah beri peluang lagi untuk berkumpul di masa akan datang
Aamiin ya Mujib