Pengurusan Surau Ibn Khaldun Kampus Mukah

Pengurusan Surau Ibn Khaldun Kampus Mukah Ikuti perkembangan semasa program dan aktiviti Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bersama para pelajar, kakitangan dan masyarakat.

πŸ† Tahniah & Syabas Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah!Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Konti...
25/08/2026

πŸ† Tahniah & Syabas Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah!

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah atas kejayaan meraih NAIB JUARA bagi Kategori IPTA/Sekolah dalam Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1448H/2026M semalam bertempat di Masjid Setia Raja, Mukah.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB. Abdul Yakub Hj. Arbi, ADUN N.58 Balingian. Turut hadir bersama Yang Berusaha Dr. Yussri bin Sawani, Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah selaku ketua kontinjen bagi menerima anugerah tersebut.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kreativiti, kerjasama dan semangat kebersamaan seluruh warga kontinjen dalam mengangkat syiar Islam serta menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

Lebih membanggakan, sepanduk yang dihasilkan bukan sekadar sebuah karya visual, malah membawa mesej tentang pembangunan ummah yang seimbang, berteraskan nilai Islam, kelestarian, inovasi dan kemajuan, selari dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan insan yang berilmu, berintegriti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pengurus kontinjen, Ustaz Ahmad Tirmizi bin Kram dan seluruh pasukan kontinjen yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan sokongan dalam menjayakan penyertaan ini.

Tahniah buat seluruh kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah!
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus menghidupkan syiar Rasulullah ο·Ί serta menyemarakkan semangat ukhuwah dan kecintaan kepada Baginda.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah





.

25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸŒ™

β€œUMMAH MAJU MAKMUR”

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak.

Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, tetapi menjadi ruang untuk kita kembali menghayati sirah, akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam membentuk ummah yang berilmu, berintegriti, berdisiplin dan berdaya saing.

Berteraskan tema β€œUmmah Maju Makmur”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan nilai-nilai murni yang selari dengan aspirasi UiTM : berilmu, berintegriti, beramanah, profesional, berdaya saing serta sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya kemajuan yang sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian material dan kecanggihan teknologi, tetapi melalui ketinggian akhlak, kekuatan ukhuwah, kemantapan ilmu dan ketundukan kepada Allah SWT.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus diterjemahkan melalui penghayatan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian, seterusnya melahirkan warga UiTM yang unggul, berintegriti dan berjiwa Rabbani, demi membina ummah yang maju, makmur dan diberkati.

β€œDan tidaklah Kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Surah al-Anbiya’, 21:107

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

✨ REKAAN SEPANDUK KONTINJEN UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MUKAH 1448H / 202...
24/08/2026

✨ REKAAN SEPANDUK KONTINJEN UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MUKAH 1448H / 2026M ✨

Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan, dipersembahkan rekaan sepanduk Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bagi Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1448H / 2026M.

Rekaan ini mengetengahkan konsep moden Islamik yang menggabungkan elemen kelestarian, inovasi serta pemodenan pembangunan Negeri Sarawak, selaras dengan tema β€œUmmah Maju Makmur” sebuah gagasan yang menggambarkan kemajuan yang seimbang antara pembangunan fizikal, kecemerlangan insan, kelestarian alam dan penghayatan nilai-nilai Islam.

Sebagai pengingat dan pedoman dalam menelusuri arus kemajuan, Surah al-Aβ€˜raf, ayat 96 turut diketengahkan pada sepanduk:

β€œDan sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi…”
(Surah al-Aβ€˜raf: 96)

Ayat ini menjadi satu renungan bahawa kemajuan yang hakiki bukan sekadar diukur melalui pembangunan dan kemodenan, tetapi turut berpaksikan iman, takwa, keberkatan dan kesejahteraan ummah.

πŸŒ™ Ummah Maju Makmur
🀍 Berselawat, Berukhuwah, Meneladani Rasulullah ﷺ

Semoga rekaan ini menjadi simbol semangat, kreativiti dan kecintaan warga UiTM terhadap junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, di samping membawa mesej bahawa kemajuan yang diredhai Allah SWT ialah kemajuan yang dipandu iman dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah





πŸŒ™ SESI PEMARKAHAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MUKAH 1448H/2026M πŸŒ™Sesi pemarkahan sepanduk Maulidur Rasul Pe...
24/08/2026

πŸŒ™ SESI PEMARKAHAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MUKAH 1448H/2026M πŸŒ™

Sesi pemarkahan sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1448H/2026M sedang berlangsung pada hari ini di Perkarangan Masjid Setia Raja, Mukah.

Walaupun pada tahun ini tiada perarakan diadakan, semangat dan kesungguhan kontinjen tetap utuh. Kehadiran serta sokongan warga UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah terus menyemarakkan suasana Maulidur Rasul dengan penuh kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί.

Alhamdulillah, sepanduk kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah turut mendapat perhatian apabila ramai yang singgah untuk melihat, meneliti dan memberikan sokongan terhadap hasil kreativiti yang telah disiapkan dengan penuh komitmen.

✨ Tanpa perarakan, semangat tetap diteruskan.
Tanpa langkah kaki di jalan raya, cinta kepada Rasulullah ο·Ί tetap disemarakkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UiTM Mukah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah





24/08/2026

Alhamdulillah, Kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menghantar sepanduk rasmi ke Masjid Setia Raja, Mukah pada hari ini bagi tujuan penilaian dan pemarkahan Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul Peringkat Daerah Mukah 1448H/2026M.

Penghasilan sepanduk ini merupakan manifestasi semangat kebersamaan, kreativiti serta kecintaan warga UiTM terhadap junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί, di samping menyemarakkan lagi suasana sambutan Maulidur Rasul 1448H di peringkat daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja serta kontinjen UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan ini.

Semoga usaha kecil yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan ini mendapat keberkatan Allah SWT serta menjadi wasilah untuk kita terus berselawat, berukhuwah dan meneladani Rasulullah ο·Ί.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah





19/08/2026

Alhamdulillah

PENGHARGAAN DAN APRESIASISetinggi-tinggi penghargaan dan apresiasi dirakamkan kepada Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Sara...
19/08/2026

PENGHARGAAN DAN APRESIASI

Setinggi-tinggi penghargaan dan apresiasi dirakamkan kepada Pihak Pengurusan UiTM Cawangan Sarawak serta GFM Services Bhd. (KP Mukah Development Sdn. Bhd.) atas kepercayaan, keprihatinan dan komitmen yang telah dizahirkan melalui kelulusan serta penyertaan Surau Ibn Khaldun UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah dalam pelaksanaan projek MRF.

Keputusan dan sokongan yang diberikan ini mencerminkan kesungguhan pihak pengurusan UiTM Cawangan Sarawak serta pihak konsesi dalam memastikan aspek keselesaan, kebajikan dan keperluan kerohanian warga kampus sentiasa diberikan perhatian sewajarnya. Langkah ini juga merupakan suatu bentuk kerjasama strategik yang amat bermakna dalam memperkasa persekitaran kampus yang kondusif, sejahtera dan berteraskan nilai-nilai murni.

Pihak Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah amat menghargai komitmen serta kesediaan semua pihak dalam menjayakan usaha ini. Semoga segala sumbangan, perhatian dan kerjasama yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang berpanjangan serta mendapat keberkatan dan ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, setiap usaha dalam menyediakan dan memperkasa kemudahan untuk tujuan ibadah bukan sekadar membina sebuah ruang, tetapi turut menyumbang kepada pembentukan ekosistem kampus yang lebih harmoni, sejahtera dan diberkati.

Setulus penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih.

Jazakumullahu khairan kathiran. 🀲🏻

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

Jum sama-sama kita memeriahkan program surau dengan menghadirkan diri ke surau.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒




17/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS πŸŒ™

πŸŽ‰ Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Sarawak dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran

ENCIK AMIR AZIZ BIN ZAIDI
Pegawai Eksekutif, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Mukah

Selamat datang dan selamat menyertai keluarga besar UHEI UiTM Cawangan Sarawak. Semoga kehadiran dan khidmat bakti yang dicurahkan menjadi satu nilai tambah dalam memperkukuh agenda pengimarahan Islam, pembangunan sahsiah serta kebajikan warga kampus.

🀲 Semoga Allah SWT mengurniakan kelapangan, kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul. Mudah-mudahan kita dapat bersama-sama membina sinergi yang erat serta menyemarakkan lagi gerak kerja dakwah dan pembangunan kerohanian di UiTM Kampus Mukah.

Selamat datang, selamat bertugas dan selamat berbakti.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS)

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

Jom sama-sama kita memeriahkan program pengimarahan ini dengan menghadirkan diri ke Program UHEI UITM Cawangan Sarawak.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

*NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA RUANG SOLAT SURAU IBN KHALDUN, UiTM KAMPUS MUKAH*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh d...
17/08/2026

*NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA RUANG SOLAT SURAU IBN KHALDUN, UiTM KAMPUS MUKAH*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

*PENUTUPAN SEMENTARA RUANG SOLAT SURAU IBN KHALDUN*

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa ruang solat Surau Ibn Khaldun, UiTM Kampus Mukah akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penukaran dan pemasangan sejadah baharu di ruang solat surau.

Sehubungan itu, ruang solat berkenaan tidak dapat digunakan sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan. Penutupan sementara ini adalah bagi memastikan proses pemasangan dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan teratur, di samping memberikan keselesaan yang lebih baik kepada para jemaah setelah kerja-kerja selesai.

Tarikh penutupan: 17 Ogos 2026 (Isnin)

Tempat: Ruang Solat Surau Ibn Khaldun, UiTM Kampus Mukah

Kerjasama dan perhatian semua warga UiTM Kampus Mukah amatlah dihargai. Para jemaah juga dipohon untuk menggunakan ruang solat alternatif yang telah ditetapkan sepanjang tempoh penutupan sementara ini.

Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut amatlah dikesali. Semoga usaha penambahbaikan ini dapat memberikan keselesaan, kebersihan dan suasana ibadah yang lebih kondusif kepada seluruh warga UiTM Kampus Mukah.

Sekian, terima kasih.

🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒🟒

اوسھا، ΨͺΩ‚ΩˆΩ‰ΨŒ Ω…Ω„ΫŒΨ§
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Muhd Faiz Bin Kadir
Pegawai Eksekutif
Unit Hal Ehwal Islam
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah





Address

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Mukah, K. M 7. 5 Jalan Oya
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengurusan Surau Ibn Khaldun Kampus Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pengurusan Surau Ibn Khaldun Kampus Mukah:

Shortcuts

Share