Masjid At Taqwa IKTBN Pagoh

Masjid At Taqwa IKTBN Pagoh Masjid At Taqwa terletak di dalam kawasan IKTBN Pagoh

PENILAIAN ANUGERAH MASJID & SURAU CEMERLANG (4P) DAERAH MUAR, JOHOR 2026
16/07/2026

PENILAIAN ANUGERAH MASJID & SURAU CEMERLANG (4P) DAERAH MUAR, JOHOR 2026

03/03/2026

Assalamualaikum WBT

🔊PROGRAM IFTAR, SOLAT DAN KHUTBAH KHAS GERHANA BULAN SERTA SOLAT SUNAT TARAWIH ANJURAN MASJID AT-TAQWA IKTBN PAGOH

Tarikh: 3 Mac 2026
Hari: Selasa
Masa: 7.15 petang
Tempat: Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh

Tentatif Program
7.00 ptg:
- Jemaah Luar Hadir Ke Masjid
- Pelajar berada di Dewan Makan

7.25 ptg:
- Azan Maghrib
- Iftar Pelajar (Dewan Makan)
- Iftar Jemaah Luar (Masjid At-Taqwa IKTBN)

7.40 ptg:
- Solat Maghrib Berjemaah
- Solat Sunat Gerhana Bulan
- Khutbah Khas Gerhana Bulan

8.35 mlm:
- Azan Isyak
- Solat Isyak
- Solat Sunat Tarawih

10.15 mlm:
- Bersurai

DIJEMPUT SEMUA UNTUK HADIR

Sekian harap maklum
TERIMA KASIH

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID KG. SUNGAI RANGGAM, PANCHURPada 7 Februari 2026 (Sabtu), pihak Pengurusan Masjid At-Taqw...
23/02/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI MASJID KG. SUNGAI RANGGAM, PANCHUR

Pada 7 Februari 2026 (Sabtu), pihak Pengurusan Masjid At-Taqwa dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKTBN Pagoh telah menganjurkan Program Gotong-Royong bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Ranggam, Panchur bagi tahun 2026.

Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai IKTBN Pagoh, penduduk Kampung Sungai Ranggam serta para pelajar IKTBN Pagoh. Kesemua peserta berganding bahu bersama jawatankuasa dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah kerja-kerja membersihkan kawasan tanah perkuburan seperti memotong rumput, mengutip sampah, membersihkan laluan serta memastikan kawasan berada dalam keadaan teratur dan selamat. Program ini turut menjadi platform khidmat masyarakat yang mengeratkan hubungan antara pihak institusi dan komuniti setempat.

Turut hadir memeriahkan dan menjayakan program ini ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan IKTBN Pagoh) merangkap Pengerusi Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh serta Ketua Kampung Sungai Ranggam yang bersama-sama penduduk kampung menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mendidik para pelajar dalam membentuk semangat kerjasama, memupuk jati diri, serta menyemai nilai cintakan kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha berterusan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga institusi dan masyarakat.





Program Khatan Perdana Anjuran Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh bersama Klinik Syafi Pagoh JayaSabtu 27 Disember 2025, bertem...
29/12/2025

Program Khatan Perdana Anjuran Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh bersama Klinik Syafi Pagoh Jaya

Sabtu 27 Disember 2025, bertempat di Klinik Syafi Taman Pagoh Jaya, telah berlangsung program Khatan Perdana yang dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa IKTBN Pagoh bersama klinik Syafi Taman Pagoh Jaya. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Dimulakan dengan sesi pertama seramai 10 orang dan sesi kedua pada jam 10.30 pagi juga seramai 10 orang peserta.

Para peserta merupakan ahli kariah dan sekitar Taman Pagoh Jaya. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan telah berakhir pada jam 1.30 tengahari. Semoga adik-adik yang berkhatan cepat sembuh dan dengar cakap dokter agar cepat pulih seperti sediakala.

Address

Km 21 Jalan Panchor
Muar
84600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At Taqwa IKTBN Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid At Taqwa IKTBN Pagoh:

Shortcuts

Share