24/08/2026
“KAMU TIDAK TERLALU JAUH UNTUK KEMBALI!”
Bayangkan seseorang sedang memandu ke suatu destinasi.
Dia membuka aplikasi Maps.
Maps menunjukkan jalan A.
Tetapi kerana tidak memberi perhatian,
dia tersalah masuk jalan B.
Apa yang berlaku?
Maps tidak berkata, “Sudahlah, kamu sudah salah jalan. Tidak boleh sampai.”
Sebaliknya, Maps akan mengira semula perjalanan dan menunjukkan:
“Recalculating… @ Mengira semula”
Kemudian Maps memberikan arah yang baru
supaya dia boleh kembali ke laluan yang betul dan sampai ke destinasi.
Begitu juga kehidupan kita.
Kadang-kadang kita tersalah membuat keputusan.
Kadang-kadang kita memilih jalan yang salah.
Kadang-kadang kita jauh daripada Tuhan.
Kadang-kadang kita kehilangan arah dalam pelayanan, keluarga, pekerjaan atau iman.
Tetapi berita baiknya:
Kesalahan kita bukan bermaksud perjalanan kita sudah berakhir.
Selagi kita mahu kembali mendengar suara Tuhan dan mengikuti Firman-Nya, Tuhan masih boleh mengarahkan langkah kita.
“Kita mungkin tersasar daripada jalan Tuhan, tetapi apabila kita kembali mendengar Firman-Nya, Tuhan masih mampu mengarahkan kita ke destinasi yang Dia tetapkan.”
Rujukan firman : Yesaya 55 : 8-9
Pengkhutbah : Pastor Annie