Masjid Darul Ehsan

Masjid Darul Ehsan Masjid Darul Ehsan, Piasau

Siapa pun yg jd IM, itu adalah Urusan Allah swt, bukan kita sendiri yg menentukannya..Petunjuk yg terpenting sekali yg p...
20/06/2026

Siapa pun yg jd IM, itu adalah Urusan Allah swt, bukan kita sendiri yg menentukannya..

Petunjuk yg terpenting sekali yg perlu kita tahu tentang Kemunculannya (IM) ada 4. iaitu,

1. Apabila IM dibaiah oleh 313 & Wazir 7.

2. Apabila dapat tahu IM telah dibaiah, wajib bergabung walau terpaksa merangkak atas salji.

3. Apabila mengetahui tentera Sufyani di Al-Baida' ditenggelamkan oleh Allah swt.

4. Apabila terjadi peperangan besar di Tanah Arab, iaitu 12,000 tentera dari Yaman & Syria menuju ke Mekah untuk membantu IM, ketika itu Madinah telah dijajah oleh bangsa Laknatullah.

Sekiranya ada diantara 4 perkara ini berlaku, maka Wajiblah umat islam segera melaksanakan Perintah Besar Allah swt, iaitu 8 perkara yg disebut oleh Allah swt dalam Surah At-Taubah ayat 24.

Sebelum berlaku 4 perkara diatas, akan disusuli dengan kejadian² yg lebih NGERI dari peristiwa perampasan tanah yg berlaku di GZ.

Tak kisah num ke berapa kita nak bertolak untuk bersama IM, yg penting kita tidak tersenarai dalam golongan yg terkeluar dari Islam dan Munafik.

Jangan ditanya "Bila?", "Dimana?", "Bagaimana?" & "Untuk apa?", dan itu ini.
Kebarangkalian masa dah tak lama, bersiap sedia Iman & Taqwa itu lebih baik.

InshaaAllah,
Wallahu swt a'lam

13/03/2026

Malam ini adalah malam ke 23 Ramadan. Apa mungkin lailatul qadr jatuh pada malam ini? JOM SEDEKAH SUBUH!

Lailatul Qadr ialah malam yang penuh kemuliaan, keberkatan, dan rahmat Allah SWT, yang kelebihannya disebut dalam al-Qur...
10/03/2026

Lailatul Qadr ialah malam yang penuh kemuliaan, keberkatan, dan rahmat Allah SWT, yang kelebihannya disebut dalam al-Quran sebagai lebih baik daripada seribu bulan.

Beribadah pada malam ini bersamaan dengan melakukan amal soleh selama lebih 83 tahun, menjadikannya waktu mustajab untuk memohon keampunan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan.

Menyingkap Tabir Al-Masih ad-DajjalKemunculan Dajjal bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi ia adalah kemuncak kepada s...
07/03/2026

Menyingkap Tabir Al-Masih ad-Dajjal

Kemunculan Dajjal bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi ia adalah kemuncak kepada segala ujian tauhid. Rasulullah SAW telah memberikan perincian yang sangat tajam agar umatnya tidak tertipu oleh pesona ketuhanan palsu yang bakal dibawanya.

1. Hakikat Penciptaan dan Status Semasa

Makhluk Fizikal:
Dajjal adalah seorang manusia (anak Adam), bukannya jin, syaitan, atau sekadar simbolik sistem.

Keberadaan Sekarang:
Berdasarkan Hadis Tamim ad-Dari, Dajjal sudah wujud dan sedang terbelenggu di sebuah pulau, menunggu izin Allah untuk dilepaskan.

2. Ciri Fizikal Sebagai Bukti Kebohongan (Cacat)

Kecacatan mata:
Mata kanan buta (tersembul seperti anggur), mata kiri tertutup selaput. Ini bukti dia bukan Tuhan, kerana Tuhan tidak cacat.

Tanda "Kafir" (ك ف ر):
Tulisan di dahi yang merentasi kedua matanya. Hanya boleh dibaca oleh orang beriman (celik huruf atau buta huruf).

Fizikal Spesifik:
Lelaki muda, berambut keriting kaku (seperti dahan pokok), berkulit kemerahan, dan bertubuh pendek namun tegap (kaki kengkang).

3. Fitnah Istidraj (Ujian Keimanan).

Kawalan Sumber Alam:
Allah mengizinkan Dajjal membawa "gunung roti" (makanan) dan memerintah hujan turun sebagai ujian bagi manusia yang sedang kebuluran.

Paradoks Syurga & Neraka:
Dia membawa dua aliran, yang nampak seperti air sejuk sebenarnya api, dan yang nampak seperti api sebenarnya air sejuk.

Kepantasan Luar Biasa:
Dia mengelilingi dunia dengan kelajuan "awan yang ditiup angin", mendatangi setiap pelosok kecuali Mekah dan Madinah.

4. Batasan dan Kelemahan Mutlak.

Sekatan Malaikat:
Dajjal dihalang masuk ke Mekah dan Madinah oleh barisan malaikat yang menghunus pedang.

Goncangan di Luar Kota:
Dia hanya mampu berkhemah di kawasan bergaram (Sabhah) dan menghentakkan kaki untuk mengeluarkan kaum munafik melalui gempa.

Kematian yang Hina:
Dajjal tidak berdaya di hadapan Nabi Isa A.S. Dia akan "mencair" seperti garam dalam air sebaik melihat Nabi Isa dan dibunuh di Pintu Ludd.

5. Benteng Perlindungan (Amalan)

Surah Al-Kahfi:
Kepentingan menghafal dan menghayati 10 ayat terawal/terakhir.

Doa Tasyahud Akhir:
Perlindungan khusus daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal yang diajar oleh Rasulullah SAW.

​Ketahuilah bahawa saat Dajjal muncul, dunia tidak lagi mengenal warna kelabu, hanya hitam atau putih, iman atau kufur. Persiapkan diri, kerana bayang-bayang fitnah itu kini sedang menghampiri kita.

Wallahu A'lam.

credit FB -Firdaus Ismail.

25/01/2026
sharing
25/01/2026

sharing

Address

Piasau
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share