05/10/2026
Mencungkil Potensi, Membina Generasi Berilmu!
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program Kem STEM yang berlangsung selama dua hari, pada 3 dan 4 Oktober 2026, di Masjid Al-Ummah Tudan telah berjaya dilaksanakan.
Program anjuran Biro Pendidikan Islam, Majlis Islam Sarawak dengan Jawatankuasa Masjid Al-Ummah Tudan sebagai urusetia ini telah menghimpunkan seramai 29 orang pelajar Islam terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut untuk menyertai program berteraskan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM).
Sepanjang dua hari program berlangsung, peserta berpeluang menimba ilmu, meneroka kreativiti, mengasah kemahiran berfikir secara kritis serta memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti pembelajaran yang menarik dan interaktif.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada dunia STEM, malah membuktikan bahawa masjid juga berperanan sebagai pusat ilmu, pendidikan dan pembangunan generasi muda yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, sahsiah dan nilai-nilai Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Biro Pendidikan Islam, Majlis Islam Sarawak, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut, fasilitator serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada para peserta untuk terus meneroka, berinovasi dan melakar kejayaan pada masa hadapan.