16/08/2026
ππππ π
π ππππππ πππππππ π-π ππ ππππ πππ π
π
MIRI, 16 Ogos 2026: SDRC FC mencatat kemenangan bergaya ke atas SJY FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Miri, di sini, malam tadi.
Gol-gol kemenangan SDRC FC telah dijaringkan oleh Benedic Herman Lanying (tiga gol), Rexjeson Pitirus (dua gol) dan Ezekiel Lawai Jalong (1 gol)
Manakala, SJY (St. Joseph Youth) FC yang dipimpin oleh George Ng, selaku pengurus, dan jurulatih pasukan Lawrence Wat tetap memberikan cabaran hebat apabila berjaya membolosi pintu gol SDRC FC dengan dua gol menerusi jaringan saudara Daniel.
Kemenangan ini pastinya menjadi suntikan semangat bagi anak buah Terence Kari Nyalang selaku Pengurus dan juga Jurulatih pasukan.
Beliau berharap, pasukan St. Dominic and The Rosary (SDRC FC) dapat mengekalkan momentum ini serta memberikan komitmen, semangat juang dan kerjasama yang tinggi menjelang aksi sebenar bermula 24 Ogos 2026 ini.
βKita bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi juga membawa nama pasukan dan paroki dengan penuh kebanggaan demi kemuliaan Tuhan. Apa yang paling penting, kita bermain sebagai satu keluarga, saling menyokong dan tidak mudah berputus asa walau apa jua cabaran yang dihadapi,β ujar beliau.
Beliau berharap SDRC FC terus berjuang, memberikan yang terbaik di setiap perlawanan dan menjadi pasukan yang membanggakan dan sekali gus dapat menjuarai Liga ini.
Sementara itu, perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan awal kedua-dua pasukan bagi menghadapi Liga Antara Paroki sempena Ulangtahun Ke-50 Keuskupan Miri, disamping memberi peluang untuk menguji keserasian, stretegi dan tahap kesiapsiagaan Pasukan sebelum beraksi dalam pertandingan sebenar.
Kepada pasukan SDRC FC, syabas! dan teruskan momentum menuju Liga Antara Paroki! Manakala untuk semua umat paroki, ayuh, sama-sama kita hadir untuk memberikan sokongan dalam setiap perlawanan yang akan datangβ½π