PDM Ranting Bahagian Miri Cawangan Sarawak

Directions

PDM Ranting Bahagian Miri Cawangan Sarawak Menjalankan Aktiviti Mempertingkatkan Akidah Kepada Kaum Etnik Dayak Selepas Memeluk Agama Islam

24/09/2026
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebuah negara terletak pada perpaduan rakyatnya, dalam kepelbagaian budaya, bangsa, agama dan latar kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, saling menghormati dan memperkukuhkan semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, serta rakyatnya terus bersatu hati membina masa depan yang lebih baik.

🌺 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🌺

“Agi Idup Agi Beriman”

Ikhlas daripada:
Ustaz Hj. Fadilah Abdullah @ Matteus Naong
Presiden Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) serta Seluruh Jawatankuasa Tertinggi (JKT) Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK)

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

01/09/2026

KUCHING - Majlis Penangguhan Ngiling Bidai Dayak Muslim 2026 anjuran Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) berlangsung meriah dalam usaha mengangkat

22/07/2026

♥️SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK 2026 ♥️
22 Julai 2026
"Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai."

Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
Semoga Hari Sarawak menjadi medan untuk kita terus memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kaum yang menjadi kekuatan negeri yang kita cintai ini.
Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, mempererat silaturahim dan berganding bahu membangunkan Sarawak yang aman, maju, makmur serta sejahtera untuk generasi hari ini dan masa hadapan.
Bersatu dalam kepelbagaian, teguh dalam perpaduan, demi Sarawak yang terus gemilang.
Selamat Hari Sarawak! ❤️💛🖤

Ikhlas daripada:
Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK)

20/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M
“Hijrah Membina Ummah, Memperkukuh Persaudaraan”
Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam, memperkukuh iman serta mempererat ukhuwah dalam kehidupan bermasyarakat.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kedamaian, kesihatan yang baik dan rahmat Allah SWT kepada kita semua. Mudah-mudahan setiap langkah penghijrahan ke arah kebaikan menjadi asbab kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
Daripada
Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan
"Budaya dan Agama Berpisah Tiada" 🌙✨

26/10/2025

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali"
Al-Fatihah
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya ﺁﻣِّﻴْﻦ

الْفَاتِحَة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ1 وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ۞

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.
إن شاء الله
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Ikhlas daripada Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan.

20/09/2025

Address

Miri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDM Ranting Bahagian Miri Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share