PBM St Columba Miri

PBM St Columba Miri Kebaktian perjamuan kudus PBM bermula pada 9.00 pagi hingga 10.45 pagi, setiap Ahad, di Dewan Parish/ Parish Hall Gereja St. Columba Miri.

✔️Pelayanan Bahasa Malaysia (PBM) merupakan kebaktian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan antara jemaat-jemaat di Gereja Anglikan St Columba Miri.

✔️Para jemaat dialu-alukan untuk datang dan beribadah bersama di gereja ini pada setiap Ahad, bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

✔️Jemaat-jemaat sangat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Puji dan Sembah, sebagai Pe

nyambut Jemaat (Usher), Pendoa Syafaat dan Pembaca Alkitab.

✔️Jemaat-jemaat juga digalakkan untuk menyertai sebarang aktiviti yang diadakan oleh pihak PBM. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi pejabat rasmi Gereja St Columba Miri:
📞 +6085-417284 atau ✉️ [email protected]

31/05/2026

Selamat Hari Gawai dan Hari Kaamatan kepada jemaat yang merayakan. Semoga Tuhan melimpahkan berkat-Nya serta menjaga perjalanan pulang ke kampung dan keberadaan di sana dengan penuh keselamatan.

17 Mei 2026Jamuan Pra Gawai dan Kesyukuran PBM telah menjadi tanda kasih dan kesatuan jemaat dalam Kristus. Dalam suasan...
18/05/2026

17 Mei 2026

Jamuan Pra Gawai dan Kesyukuran PBM telah menjadi tanda kasih dan kesatuan jemaat dalam Kristus. Dalam suasana penuh syukur, kita bersama-sama merayakan Hari Ibu, Hari Guru, serta memberi penghargaan kepada warga IPG — para pelajar yang sedang dipersiapkan Tuhan untuk menjadi pendidik pada masa depan.

Juadah yang dihidangkan melalui potluck hasil tangan kaum ibu dan pramusaji, bukan sekadar makanan jasmani tetapi juga lambang kasih yang mengikat hati jemaat. Lebih indah lagi, setiap orang hadir dengan pakaian tradisi masing-masing, menambahkan warna-warni yang mencerminkan kepelbagaian budaya dalam satu tubuh Kristus.

Segala yang berlaku pada hari itu bukan hanya perayaan sosial, tetapi juga peringatan bahawa syukur dan kasih adalah inti kehidupan rohani. Dalam kebersamaan, kita belajar bahawa persekutuan adalah anugerah, dan setiap pertemuan menjadi kesempatan untuk memuliakan Tuhan yang menyatukan kita.

Syabas dan tahniah atas pentahbisan sebagai Paderi kepada Reverend Yeo Win Ton dan Reverend Gandau Naga pada 19 April 20...
20/04/2026

Syabas dan tahniah atas pentahbisan sebagai Paderi kepada Reverend Yeo Win Ton dan Reverend Gandau Naga pada 19 April 2026 di gereja St. Barnabas, Taman Tunku, Miri.

Kami daripada Pelayanan Bahasa Malaysia turut bergembira menerima berita penuh sukacita ini. Semoga pelayanan yang dipimpin beliau terus diberkati Tuhan, menjadi saluran kasih, pengharapan, dan kekuatan iman bagi seluruh jemaat.

5 April 2026Kanak-kanak daripada Sekolah Minggu Pelayanan Bahasa Malaysia (PBM) dengan penuh sukacita mengucapkan Selama...
06/04/2026

5 April 2026

Kanak-kanak daripada Sekolah Minggu Pelayanan Bahasa Malaysia (PBM) dengan penuh sukacita mengucapkan Selamat Hari Paskah kepada seluruh jemaat yang hadir beribadah pada hari Ahad.

Ucapan ini disampaikan bersempena dengan perjamuan Paskah dalam memperingati kebangkitan Kristus pada Hari Paskah.

Kami menggalakkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menyertai Sekolah Minggu PBM. Di sini, mereka akan belajar firman Tuhan, bertumbuh dalam iman, serta merayakan kasih Kristus bersama rakan sebaya dalam suasana penuh sukacita dan pengajaran yang membina.🌸

31/03/2026
Sempena Upacara Menyalakan Lampu Pokok Natal, Pemberkatan Palungan dan Karoling Gereja bagi tahun 2025, kami daripada Pe...
16/12/2025

Sempena Upacara Menyalakan Lampu Pokok Natal, Pemberkatan Palungan dan Karoling Gereja bagi tahun 2025, kami daripada Pelayanan Bahasa Malaysia (PBM) telah mengambil bahagian dalam persembahan nyanyian karol dengan menyampaikan lagu “Ding D**g Mari Berdendang”. Walaupun masa latihan terhad, persembahan ini telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya memeriahkan suasana majlis. Keseluruhannya, penyertaan ini mengeratkan perpaduan warga PBM serta menjadi satu kesaksian iman dan tanda kesyukuran kami dalam menyambut kelahiran Kristus.

Address

St. Columba Anglican Church, Jalan Kubu
Miri
98000

Opening Hours

09:00 - 10:30

Telephone

+6085417284

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBM St Columba Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PBM St Columba Miri:

Shortcuts

Share