Surau Kampung Bahagia, Mersing

Surau Kampung Bahagia, Mersing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Kampung Bahagia, Mersing, Religious organisation, Jalan Surau, Kampung Bahagia, Mersing.

Laman rasmi FB Surau Kampung Bahagia, Mersing ini ditubuhkan untuk menjadi media hebahan berkaitan info & aktiviti Surau Kampung Bahagia kepada masyarakat sekitarnya yang beragama Islam.

4 Oktober 2025 | 12 Rabiul Akhir 1447Sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Kampung Bahagia bagi tahun 2025.Majlis dimu...
04/10/2025

4 Oktober 2025 | 12 Rabiul Akhir 1447

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Surau Kampung Bahagia bagi tahun 2025.

Majlis dimulai dengan perarakan dari parkir surau mengeliling kampung dan berhenti di halaman Rumah Ngaji. Seusai itu, majlis diteruskan dengan perasmian rumah ngaji & van jenazah oleh As-Syeikh Haji Mohd Nazri Bin Jamaluddin Al- Hafiz, Kadi Daerah Mersing.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Tuan Kadi di Surau Kampung Bahagia.

Ahli jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih buat semua penderma & penginfak atas segala sumbangan wang ringgit ataupun tenaga yang telah diberikan bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul kali ini.

26 Jun 2025 | 1 Muharram 1447HAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Awal Muharram peringkat Surau Kampung Bah...
26/06/2025

26 Jun 2025 | 1 Muharram 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Awal Muharram peringkat Surau Kampung Bahagia bagi tahun 2025.

Majlis dimulai dengan bacaan doa akhir tahun, solat mahgrib berjemaah, disusuli bacaan doa akhir tahun. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah Yassin & tahlil.

Semoga doa-doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT dan memohon keberkatan serta perlindungan Allah SWT untuk tahun baru.
Memperkukuh semangat keagamaan dan ukhuwah Islamiyah serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hijrah dalam kehidupan seharian kita. Insya-Allah.

16 Mac 2025 | 15 Ramadan 1446HAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Perdana peringkat Surau Kampung B...
16/03/2025

16 Mac 2025 | 15 Ramadan 1446H

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Perdana peringkat Surau Kampung Bahagia bagi tahun 2025.

Semoga doa-doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, dan juga hati-hati kita terus dekat dengan Al-Quran serta sentiasa dalam rahmat-Nya. InsyaAllah.

Kemeriahan dan kesyukuran menyambut ketibaan Ramadan tahun 1446H dirasai apabila ahli kariah surau mengambil peluang unt...
01/03/2025

Kemeriahan dan kesyukuran menyambut ketibaan Ramadan tahun 1446H dirasai apabila ahli kariah surau mengambil peluang untuk memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan surau bagi menunaikan solat tarawih.

13/02/2025

Rumah mengaji sudah memulakan fasa pembinaannya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Pengerusi Hj Roseli : 017-7222373Imam Danial : 011-26668727S/U Cg Khairom : 013-8730929Bilal En Norezan : 017-4200417

14 Syaaban 1446M | 13 Februari 2025. Sambutan Malam Nisfu Syaaban peringkat Surau Kampung Bahagia. KELEBIHAN MALAM NISFU...
13/02/2025

14 Syaaban 1446M | 13 Februari 2025.

Sambutan Malam Nisfu Syaaban peringkat Surau Kampung Bahagia.

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)

Manfaatkan malam nisfu syaaban dengan melaksanakan amalan seperti membaca al-Quran, qiamullail, istighfar,solat sunat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah SWT.

Isi khutbah Negeri Johor hari ini 🌹
31/10/2024

Isi khutbah Negeri Johor hari ini 🌹

Asalamualaikum Untuk Makluman Jemaah Semua, Kita telah menukar tarikh Sambutan Maulid kita kepada 27 September . Sehubun...
04/09/2024

Asalamualaikum

Untuk Makluman Jemaah Semua,
Kita telah menukar tarikh Sambutan Maulid kita kepada 27 September .
Sehubungan dengan itu Kita membuka ruang dan peluang untuk merebut pahala berinfaq untuk Sambutan Maulid kita ini .

Semoga Segala Urusan Majlis Sambutan Maulid kita berjalan dengan lancar

Pihak AJK surau mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga arwah, moga tabah dan kuat.
20/08/2024

Pihak AJK surau mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga arwah, moga tabah dan kuat.

Salam Jumaat
16/08/2024

Salam Jumaat

Address

Jalan Surau, Kampung Bahagia
Mersing
86800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Kampung Bahagia, Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share