Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor Darul Ta'zim

Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor Darul Ta'zim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor Darul Ta'zim, Mosque, Jalan Masjid, Mersing.
(1)

MAJLIS JAMUAN RAYA & MARHABAN MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING.16 April 2026M | KhamisAlhamdulillah, dengan limpah kurnia...
16/04/2026

MAJLIS JAMUAN RAYA & MARHABAN MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING.

16 April 2026M | Khamis

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, Majlis Marhaban & Jamuan Hari Raya Masjid Sultan Iskandar telah berlangsung dengan jayanya pada malam Khamis, 16 April 2026 bersamaan 27 Syawal 1447H selepas solat Isyak di Masjid Sultan Iskandar, Mersing.

Pihak Pengurusan Masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para jemaah , para penginfaq dan sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga, masa, wang ringgit dan pelbagai jenis sumbangan berterusan kepada pihak Masjid Sultan Iskandar.

Semoga segala sumbangan dan usaha ikhlas tuan-tuan/puan-puan diterima sebagai amal jariah yang berterusan, diberkati Allah SWT dan digandakan pahalanya di dunia dan akhirat.

Kehadiran semua jemputan dan jemaah juga amat dihargai kerana telah menyerikan majlis ini. Semoga silaturahim & ukhwah yang terjalin kekal sehingga ke syurgaNya.

"Bersama Memakmurkan Masjid, Menyatu Hati Ummah"

PEMBAIKAN JALAN MASUK MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING16 April 2026M | KhamisAlhamdulillah, kerja-kerja baik pulih jalan ...
16/04/2026

PEMBAIKAN JALAN MASUK MASJID SULTAN ISKANDAR, MERSING

16 April 2026M | Khamis

Alhamdulillah, kerja-kerja baik pulih jalan masuk ke Masjid Sultan Iskandar telah berjaya dilaksanakan dengan lancar oleh pihak TETO Engineering.

Usaha ini bertujuan meningkatkan keselesaan dan keselamatan para jemaah serta pengunjung yang hadir ke masjid, khususnya dalam menghadapi peningkatan kehadiran pada waktu solat dan program keagamaan.

Pihak pengurusan masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga mahupun sokongan.

Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Mudah-mudahan usaha murni ini menjadi asbab keberkatan kepada semua, serta terus memakmurkan rumah Allah ini.

"Bersama Memakmurkan Masjid, Menyatu Hati Ummah"

12/04/2026

📸 MASJID SULTAN ISKANDAR DESTINASI IBADAH DAN TARIKAN PELANCONGAN

Berdiri megah di atas Bukit Timbalan, Mersing, Masjid Sultan Iskandar mula dibina pada 18 Mei 1956 dan dirasmikan sekitar tempoh awal selepas negara mencapai kemerdekaan, seterusnya menjadi antara institusi penting masyarakat Islam di daerah ini.

Dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek Bandar Mersing, masjid ini telah melalui kerja-kerja naik taraf dan pembangunan semula sebelum disempurnakan perasmian oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada tahun 2021.

Dengan kedudukannya di atas bukit, masjid ini kini tampil lebih moden dan selesa serta mampu menampung jumlah jemaah yang lebih ramai, di samping menawarkan panorama bandar Mersing dan pemandangan Laut China Selatan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia






Ada yg keciciran/hilang kucing peliharaan?? Harap² bkn buang di msjd ye.....
03/04/2026

Ada yg keciciran/hilang kucing peliharaan??
Harap² bkn buang di msjd ye.....

30/03/2026

M***i Johor, Zaman Darurat dan Amalan Bacaan Surah Yasin...

ALOR SETAR 10 Sept. (Utusan Malaysia) - Isu mengangkat komunis sebagai hero turut mengguris hati M***i Johor sekarang yang menyimpan cerita tersendiri tentang kekejaman komunis di kampungnya sehinggakan ayahnya menamakan beliau 'Tahrir' yang bermaksud 'pembebasan'.

Datuk Mohamad Tahrir Shamsudin berkata, ayahnya iaitu seorang ulama yang dikenali sebagai Kiyai Haji Shamsudin Haji Redzuan berharap beliau akan terlibat dalam usaha membebaskan negara daripada ancaman komunis.

Kampungnya iaitu Kampung Parit Medan, Kundang Ulu di Muar adalah bersebelahan dengan Bukit Kepong yang dipisahkan oleh Sungai Muar dan keadaan ketika itu tegang manakala penduduk ketakutan akibat diancam dan dibunuh oleh komunis.

Mohd. Tahrir, 62, berkata, ketika itu penduduk termasuk ayahnya mempunyai sebilah parang yang tertulis kalimah Lailahaillallah untuk digunakan jika berlaku kecemasan ketika mempertahankan diri, keluarga dan penduduk.

"Parang panjang itu masih ada sampai sekarang.

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Mei 1949, harapan orang tua adalah mahu saya suatu hari kelak membebaskan negara daripada ancaman komunis dan sebab itu beliau menamakan saya Tahrir," katanya kepada Mingguan Malaysia, hari ini.

Tahrir berkata, ayahnya memberitahu, ketika itu penduduk tidak mempunyai senjata api untuk mempertahankan diri melainkan parang sahaja jika terdapat ancaman komunis terutama pada waktu malam.

Justeru, menurutnya, penduduk mengadakan bacaan Surah Yasin setiap malam Jumaat di masjid atau surau manakala ayahnya mengarahkan lebih kurang 200 pelajar Madrasah Shamsudiniah membaca surah tersebut setiap malam selepas Isyak bagi mendoakan keselamatan daripada ancaman komunis.

"Alhamdulillah berkat bacaan surah Yasin, doa umat Islam dimakbulkan. Ini bukan sahaja di Muar tetapi juga difahamkan diamalkan di seluruh negara dan hingga ke hari ini amalan membaca Yasin diteruskan di mana-mana tempat," katanya sambil meminta agar umat Islam jangan terpengaruh dengan pendapat yang membidaahkan amalan membaca surau Yasin.

Walaupun tragedi Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, namun kawasan Muar dan sekitarnya hanya diisytiharkan sebagai kawasan putih pada 1961.

Dalam tempoh tersebut, beberapa kejadian berlaku antaranya penduduk yang mencari burung di hutan dibunuh oleh pengganas komunis.

"Ancaman pengganas komunis terlalu menakutkan hingga ketika saya berumur antara enam atau tujuh tahun saya bermimpi seorang anggota komunis wanita datang ke rumah untuk meminta makanan.

"Tetapi, saya sebagai anak lelaki dalam mimpi itu cuba mempertahankan keluarga, tetapi apa yang pelik mimpi itu masih segar dalam ingatan hingga ke hari ini," jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan umat Islam di negara ini supaya bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan Allah serta perlu terus berdoa dan berusaha akan dikekalkan nikmat tersebut.

"Sebab itu dalam bacaan doa tahlil biasanya (di Johor) akan disebut kita memohon negara Malaysia secara amnya dan kampung kita khususnya agar diselamatkan daripada sebarang ancaman bahaya dan ini telah dilakukan sejak zaman dahulu, termasuk sewaktu diancam pengganas komunis," katanya.

20/03/2026
15/03/2026
12/03/2026

Address

Jalan Masjid
Mersing
86800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor Darul Ta'zim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Sultan Iskandar Mersing, Johor Darul Ta'zim:

Share

Category