Masjid Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2

Masjid Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2 Muslim Community Centre

KHUTBAH JUMAAT๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026๐Ÿ“† Bersamaan:  9 Safar 1448H๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Ambok๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hairi๐Ÿ“š ...
21/08/2026

KHUTBAH JUMAAT

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026
๐Ÿ“† Bersamaan: 9 Safar 1448H

๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Ambok
๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hairi
๐Ÿ“š Kuliah Jumaat : Ustaz Syed Muhammad Nasiruddin

๐Ÿ•Œ Tajuk Khutbah:
KERINDUAN TERHADAP JUNJUNGAN MULIA
NABI MUHAMMAD SAW

โ€œโ€ฆkasih dan rindu yang tiada berpenghujungโ€ฆโ€
RINDU ITU SUATU ANUGERAH
Rasa kerinduan terhadap junjungan baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan suatu anugerah dan perasaan yang sangat istimewa bagi orang yang beriman.
DAKWAH UNTUK TAUHID DAN AKHLAK
Baginda bukan sahaja diutuskan untuk menjadi pemimpin kepada umat, akan tetapi berdakwah menyebarkan ajaran tauhid serta mengajar hakikat ilmu, iman dan akhlak.
CINTA DAN SANTUN TERHADAP FAKIR MISKIN
Mencintai dan menyantuni golongan fakir dan miskin adalah diantara teladan yang sering diingatkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada seluruh umatnya.
KASIHILAH, NESCAYA KAMU AKAN DIKASIHI
Rasulullah SAW juga sering menzahirkan rasa kasih sayang baginda terhadap ahli keluarga. Baginda pernah berpesan, โ€œBarangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihiโ€.
SIFAT KASIH SAYANG ADALAH KEKUATAN
Sifat kasih sayang yang ada pada diri Rasulullah SAW bukanlah suatu kelemahan, akan tetapi sebuah kekuatan yang mampu untuk menarik hati manusia kepada keimanan.

Alhamdulillah selesai menyelesaikan ibadah bersama murid sekolah dengan kerjasama pasukan rela Insyaallah segala perkara...
17/08/2026

Alhamdulillah selesai menyelesaikan ibadah bersama murid sekolah dengan kerjasama pasukan rela
Insyaallah segala perkara baik yang dilakukan oleh kita akan dilindungi oleh Allah

05/08/2026
KHUTBAH JUMAAT๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026๐Ÿ“† Bersamaan:  9 Safar 1448H๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Ambok๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hairi๐Ÿ“š ...
24/07/2026

KHUTBAH JUMAAT

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026
๐Ÿ“† Bersamaan: 9 Safar 1448H

๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Ambok
๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hairi
๐Ÿ“š Kuliah Jumaat : Ustaz Syed Muhammad Nasiruddin

๐Ÿ•Œ Tajuk Khutbah:
MELENTUR BULUH DARIPADA REBUNGNYA

Didikan Hari Ini, Warisan Untuk Hari Esok
7 TAHUN PERTAMA
Teman Bermain
(Usia 7 tahun pertama)
Ilmu Akidah dan Tauhid
Menanamkan asas akidah dan kefahaman tauhid yang sebenar.
Perdengarkan bacaan ayat al-Quran, zikir dan doa-doa harian.
USIA 7โ€“14 TAHUN
Tahap Bertegas
(Usia 7โ€“14 tahun)
Ketegasan dan tauladan.
"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukul mereka (jika meninggalkan solat) apabila mereka berumur sepuluh tahun, serta pisahkanlah pada tempat tidur di antara mereka."
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)
USIA 15โ€“21 TAHUN
Tahap Bersahabat
(Usia 15โ€“21 tahun)
Sabar dan hikmah.
Menjadi rakan dan teman yang dipercayai.
Mendengar masalah dan menasihati mereka dengan cara berhikmah.
Mengajar makna disiplin dan panduan yang jelas tentang perkara yang baik dan yang buruk.
AKAR YANG KUAT, BUDI YANG MULIA, MEMBENTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB MINGGUAN ๐ŸŒ™Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir bagi...
17/07/2026

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB MINGGUAN ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat sekalian dijemput hadir bagi mengimarahkan Kuliah Maghrib bersama:

๐Ÿ•Œ Ustaz Md Ariff bin Abd Kadir
๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 18 Julai 2026
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2, Mersing, Johor

Mari bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
โ€” (Riwayat Muslim)
Semoga dengan kehadiran kita, Allah SWT mengurniakan keberkatan, menambahkan kefahaman agama serta mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.

KHUTBAH JUMAAT๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 17 Julai 2026๐Ÿ“† Bersamaan:  2 Safar 1448H๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Heshak๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hadi๐Ÿ•Œ ...
16/07/2026

KHUTBAH JUMAAT

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 17 Julai 2026
๐Ÿ“† Bersamaan: 2 Safar 1448H

๐ŸŽ™ Khatib/Imam : Imam Heshak
๐Ÿ”Š Bilal: Bilal Hadi

๐Ÿ•Œ Tajuk Khutbah:
PEMUDA CERDIK NAFSU TERDIDIK

- Golongan muda dan remaja adalah tunjang penting kepada agama, bangsa dan negara kerana mereka adalah bakal pemimpin pada masa hadapan.

- Usia yang muda itu hakikatnya menjadi cabaran yang hebat kepada mereka kerana sering kali berhadapan dengan ujian emosi, kecelaruan pemikiran, dan keinginan hawa nafsu yang amat tinggi.

- Antara ujian keimanan yang dihadapi oleh golongan muda pada zaman ini ialah akses kandungan yang terpapar pada skrin telefon bimbit dan peranti yang mereka miliki.

- Medan jihad pada zaman ini bermula apabila seseorang anak muda itu berjaya menundukkan pandangan matanya dan mengawal gejolak hawa nafsunya ketika sedang bersendirian.

- Orang muda seharusnya meletakkan sifat gerun terhadap Allah sebagai perisai utama ketika melayari laman sesawang, terutamanya pada paparan yang boleh mencuit hawa nafsunya.
Latih diri untuk tinggal dalam persekitaran yang soleh dan isi masa lapang dengan bijaksana supaya dapat menutup ruang kosong pada hati yang sering menjadi pintu kepada godaan hawa nafsu.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.๐ŸŒธ JEMPUTAN KE PROGRAM ROADSHOW TAKLIMAT D...
15/07/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

๐ŸŒธ JEMPUTAN KE PROGRAM ROADSHOW TAKLIMAT DAN PAMERAN PEMURNIAN AL-QURAN 2026 ๐ŸŒธ

Masjid Jamek Umar Al-Khattab Felda Tenggaroh 2 dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Pejabat Kadi Daerah Mersing menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke program yang penuh bermanfaat ini.

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 24 Julai 2026
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Jamek Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2

๐ŸŽ™ Penceramah:
Ustaz Syed Muhammad Nasiruddin bin Syed Khalid

๐Ÿ“– Antara pengisian program:
โœ… Taklimat berkaitan Pemurnian Al-Quran
โœ… Pameran Al-Quran dan bahan-bahan berkaitan
โœ… Perkongsian ilmu mengenai penjagaan serta pemeliharaan kesucian Al-Quran

โœจ Ayuh luangkan masa bersama keluarga untuk menambah ilmu dan menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran.

Semua dijemput hadir.
Semoga kehadiran kita diberkati Allah SWT dan mendapat manfaat dunia serta akhirat. ๐Ÿคฒ

Address

Masjid Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2
Mersing
86810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Umar Al-Khattab, Felda Tenggaroh 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share