Surau Al-Aminun

Surau Al-Aminun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Aminun, Religious Center, Taman Muhibbah Fasa 8, Merlimau.

โœจ INFAQ BARANGAN KERING & BASAH โœจSurau Al Aminun membuka ruang kepada para jemaah dan masyarakat untuk bersama-sama meny...
24/07/2026

โœจ INFAQ BARANGAN KERING & BASAH โœจ

Surau Al Aminun membuka ruang kepada para jemaah dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang keperluan harian surau seperti beras, gula, telur, makanan tin, sayur-sayuran, ayam, daging dan lain-lain keperluan dapur.

๐Ÿ“ Sumbangan boleh diletakkan di : Dapur Surau Al Aminun Jalan Muhibbah Fasa 8, Taman Muhibbah B, Merlimau.

๐Ÿค Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam membantu kelancaran program, jamuan serta kebajikan warga surau.

๐ŸŒฑ โ€œSedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan Allah menambah keberkatan bagi orang yang bersedekah.โ€

Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala berlipat ganda kepada semua penyumbang.
Jazakumullahu khairan kathira.

Jadual Kuliah Mingguan Surau Al-Aminun
09/07/2026

Jadual Kuliah Mingguan Surau Al-Aminun

Assalamualaikum wbt.Ahli kariah dijemput hadir ke Surau Al Aminun bagi memeriahkan Kuliah Subuh, Dhuha Muslimat & Kelas ...
03/07/2026

Assalamualaikum wbt.

Ahli kariah dijemput hadir ke Surau Al Aminun bagi memeriahkan Kuliah Subuh, Dhuha Muslimat & Kelas Fardhu Ain Kanakยฒ & Remaja (10 tahun keatas).

Jom luangkan masa menimba ilmu dan menghidupkan surau bersama-sama.

Semoga Allah memberkati langkah kita.

Hari Sabtu โ€ข 4 Julai 2026


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bagi menghidupka...
30/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bagi menghidupkan majlis ilmu serta menambah kefahaman dalam ilmu tasawwuf dan penyucian hati.

๐Ÿ“š Kitab : Penawar Bagi Hati
๐ŸŽ™๏ธ Penyampai : Al-Fadhil Ustaz Hamdi Hamid
๐Ÿ“… Hari : Setiap Rabu Minggu 1, 3, 4 & 5
๐Ÿ“ Lokasi : Surau Al Aminun, Taman Muhibbah Fasa 8, Merlimau, Melaka

Tentatif Program :
๐Ÿ•Œ Solat Maghrib Berjemaah
๐Ÿ“– Pengajian Kuliah
๐ŸŒ™ Solat Isyak Berjemaah
๐Ÿ“˜ Bacaan Surah Al-Mulk
๐Ÿฝ๏ธ Jamuan

Marilah bersama-sama kita hadir ke taman-taman syurga. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi cahaya di hati, penawar bagi jiwa dan panduan hidup menuju reda Allah SWT.

Semua dijemput hadir.






๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB | PENGAJIAN TAUHIDSemua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Herman bagi pengajian ...
30/06/2026

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB | PENGAJIAN TAUHID

Semua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Herman bagi pengajian kitab Allah: Syariat & Hakikat 1.

๐Ÿ“… Setiap Hari Selasa Mingguan
๐Ÿ“ Surau Al Aminun, Taman Muhibbah Fasa 8, Merlimau Melaka

Tentatif program:
Solat Maghrib berjemaah โ€ข Pengajian kuliah โ€ข Solat Isyak berjemaah โ€ข Bacaan Surah Al-Mulk โ€ข Jamuan

Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman tauhid, kukuhnya iman dan dekatnya hati kepada Allah SWT.

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB | PENGAJIAN FEQAHSemua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Abdus Qudus bagi pengaj...
28/06/2026

๐ŸŒ™ KULIAH MAGHRIB | PENGAJIAN FEQAH

Semua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib bersama Al-Fadhil Ustaz Abdus Qudus bagi pengajian kitab Syarah Safinah An-Naja.

๐Ÿ“… Setiap Hari Isnin Mingguan (1,3,4&5)
๐Ÿ“ Surau Al Aminun, Taman Muhibbah Fasa 8, Merlimau Melaka

Tentatif:
Solat Maghrib berjemaah โ€ข Pengajian kuliah โ€ข Solat Isyak berjemaah โ€ข Bacaan Surah Al-Mulk โ€ข Jamuan

Semoga majlis ilmu ini menjadi jalan menambah kefahaman agama dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Assalamualaikum wbt.Dijemput kepada semua jemaah dan penduduk setempat untuk menyertai Channel WhatsApp Surau Al Aminun ...
27/06/2026

Assalamualaikum wbt.

Dijemput kepada semua jemaah dan penduduk setempat untuk menyertai Channel WhatsApp Surau Al Aminun bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti surau, kuliah, program keagamaan, hebahan majlis, infaq serta makluman semasa.

Sila klik pautan di bawah untuk sertai channel:

https://whatsapp.com/channel/0029VakGAjwFnSzGs9m4gC1x

Semoga dengan adanya channel ini, segala makluman dapat disampaikan dengan lebih cepat dan mudah kepada semua jemaah.

Terima kasih atas sokongan tuan/puan.

Jom bersama-sama mengimarahkan Surau Al Aminun.

Alhamdulillah, selesai sudah Program Memasak Bubur Lambuk sempena mengimarahkan bulan Muharam di Dapur Surau Al Aminun.S...
27/06/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Memasak Bubur Lambuk sempena mengimarahkan bulan Muharam di Dapur Surau Al Aminun.

Syukur ke hadrat Allah SWT, program ini dapat dijalankan dengan penuh semangat ukhuwah dan gotong-royong. Jemaah lelaki bersama-sama berganding bahu memasak bubur lambuk, manakala jemaah perempuan turut menyediakan masakan daging dendeng sebagai pelengkap juadah untuk diagihkan dan dinikmati bersama.

Terima kasih diucapkan kepada semua jemaah, petugas, penyumbang dan ahli kariah yang telah membantu dari awal hingga selesai program. Semoga segala tenaga, masa, sumbangan dan keikhlasan yang diberikan dikira sebagai amal soleh serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim, menyuburkan semangat kebersamaan dan menjadikan Surau Al Aminun terus makmur dengan amal kebajikan.

Bersedekah, Berkat Berpanjangan.
Jom Sama-Sama Mengimarahkan Rumah Allah.

11 Muharam 1448H โ€ข 27 Jun 2026 โ€ข Sabtu

Alhamdulillah, selesai sudah program Qiamullail dan Kuliah Subuh dengan penuh ketenangan dan keberkatan.Terima kasih diu...
27/06/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program Qiamullail dan Kuliah Subuh dengan penuh ketenangan dan keberkatan.

Terima kasih diucapkan kepada para jemaah yang hadir mengimarahkan majlis, bermula dengan ibadah malam, solat berjemaah, zikir, doa serta disusuli dengan Kuliah Subuh yang memberi peringatan dan pengisian rohani.

Semoga segala amal ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah SWT, menjadi asbab ketenangan hati, kekuatan iman dan istiqamah dalam mendekatkan diri kepada-Nya.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah menghidupkan rumah Allah dengan ilmu dan ibadah.

๐ŸŒธ JEMPUTAN KULIAH DHUHA MUSLIMAT ๐ŸŒธAssalamualaikum wbt.Muslimat semua dijemput hadir ke Kuliah Dhuha Muslimat bagi pengaj...
26/06/2026

๐ŸŒธ JEMPUTAN KULIAH DHUHA MUSLIMAT ๐ŸŒธ

Assalamualaikum wbt.

Muslimat semua dijemput hadir ke Kuliah Dhuha Muslimat bagi pengajian Feqah bersama:

Al Fadhilah Ustazah Naidah
๐Ÿ“š Kitab: Syarah Safinah An-Naja
๐Ÿ—“ Setiap Hari Sabtu Minggu Ke-2 & Ke-4
โฐ Jam: 9.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Surau Al Aminun, Taman Muhibbah Fasa B, Merlimau, Melaka

Tentatif program:
โ€ข Pengajian kuliah
โ€ข Jamuan

Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya kefahaman agama, keberkatan hidup dan mengeratkan ukhuwah sesama muslimat.

Semua muslimat dijemput hadir.





Address

Taman Muhibbah Fasa 8
Merlimau
77300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Aminun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share