31/08/2026
KEMPEN JOM DERMA DARAH SEMPENA PROGRAM KOMUNITI MUSLIMAH SIHAT
TARIKH: 30 Ogos 2026 | 17 Rabiulawal 1448H (Hari Ahad)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. 🤲🏻❤️
Usaha murni yang telah diungkayahkan melalui Team Muslimah & HELWA Masjid Nur Ihsan, dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nur Ihsan, Daerah Kecil Menumbok, telah berjaya membantu Tabung Darah Hospital Daerah Kuala Penyu menerusi Program Kempen Jom Derma Darah. 🩸❤️
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang begitu tinggi daripada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pengurusan program.
Tidak dilupakan juga layanan mesra dan sikap prihatin kepada para tetamu yang hadir untuk menderma darah. Sikap mesra, sopan dan penuh keikhlasan yang ditunjukkan amat membanggakan dan wajar dipuji. 👏🏻
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! 🌹
Semoga usaha kecil yang kita lakukan ini menjadi amal jariah dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga lebih banyak program kebajikan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.
Terbaik Team Muslimah & HELWA Masjid Nur Ihsan! ❤️🩸