18/08/2026
JOM BERINFAK
PEMBELIAN 2 UNIT KHEMAH 20' X 20'
SURAU AL-HIDAYAH TAMAN MENTAKAB INDAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan penuh hormat dan rendah hati, pihak Surau Al-Hidayah Taman Mentakab Indah membuka ruang kepada para jemaah, penduduk setempat serta seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyumbang infak bagi pembelian 2 unit khemah bersaiz 20' x 20' untuk kegunaan surau dan masyarakat setempat.
๐ช KEPERLUAN KHEMAH
Kuantiti: 2 unit
Saiz: 20' x 20' setiap unit
Jumlah keperluan: RM6,000
Baki kutipan diperlukan: RM4,000
SPESIFIKASI MENGIKUT QUOTATION
- Rangka: Besi Hot Dip GI
- Material: PVC Tarpaulin
- Warna: Putih / Silver
- Khemah bersesuaian untuk kegunaan pelbagai program dan aktiviti surau.
๐ง๏ธ KENAPA KHEMAH INI DIPERLUKAN?
Khemah-khemah lama yang digunakan sebelum ini telah rosak akibat banjir kilat yang berlaku pada tahun 2021 dan 2022.
Oleh itu, 2 unit khemah baharu ini amat diperlukan bagi menggantikan khemah yang telah rosak serta memastikan aktiviti surau dapat dijalankan dengan lebih selesa dan teratur.
Khemah ini akan digunakan untuk pelbagai keperluan seperti:
- Program keagamaan dan kuliah
- Majlis berbuka puasa
- Sambutan Hari Raya dan Aidiladha
- Program gotong-royong
- Aktiviti kemasyarakatan
- Majlis dan program penduduk setempat
- Keperluan kecemasan dan aktiviti komuniti
๐คฒ AYUH BERSAMA BERINFAK
Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, selagi mana khemah tersebut digunakan untuk manfaat jemaah dan masyarakat.
โSesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di syurga.โ
โ Riwayat al-Bukhari dan Muslim
๐ Sasaran keseluruhan: RM6,000
๐ Baki diperlukan: RM4,000
JOM SAMA-SAMA KITA LENGKAPKAN RM4,000 INI.
Semoga Allah SWT menerima setiap infak dan sedekah yang diberikan serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua penyumbang.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
SURAU AL-HIDAYAH
TAMAN MENTAKAB INDAH