Masjid Cahaya Iman Membakut Sabah

Masjid Cahaya Iman Membakut Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Cahaya Iman Membakut Sabah, Mosque, Pekan Membakut, Membakut.
(1)

21/08/2026
πŸŒ™βœ¨ HEBAHAN KARNIVAL CINTA RASUL 2026M / 1448H βœ¨πŸŒ™πŸ“£ Jom hadir dan meriahkan Karnival Cinta Rasul!Anjuran Masjid Cahaya Ima...
11/08/2026

πŸŒ™βœ¨ HEBAHAN KARNIVAL CINTA RASUL 2026M / 1448H βœ¨πŸŒ™

πŸ“£ Jom hadir dan meriahkan Karnival Cinta Rasul!
Anjuran Masjid Cahaya Iman, Pekan Membakut.

πŸ’š β€œCintai Rasulullah SAW, Teladani Sunnahnya, Eratkan Ukhuwah Sejagat” πŸ’š

Pelbagai aktiviti yang disediakan:

πŸ•Œ 26 Ogos 2026 (Rabu)
πŸŽ™οΈ Ceramah Maulidur Rasul
⏰ Selepas Solat Maghrib
πŸ“ Masjid Cahaya Iman, Pekan Membakut
🎀 Penceramah: Dr Hj Sarip bin Adul
Pengarah Pusat Islam UMS

🏹 29 Ogos 2026 (Sabtu)
🎯 Pertandingan Memanah
⏰ 7.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Padang SMK Membakut

🎨 Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
⏰ 8.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Masjid Cahaya Iman
(Tarikh tutup penyertaan: 26 Ogos 2026)

πŸ“š Pertandingan Kuiz Sirah Rasul
⏰ 9.00 - 11 pagi
πŸ“ Masjid Cahaya Iman, Pekan Membakut, Sabah

✨ AKTIVITI SAMPINGAN ✨
πŸ” Gerai jualan makanan & minuman
πŸ“– Pameran Sirah Rasulullah SAW πŸ₯½ menggunakan VR Headset

🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR DAN MEMERIAHKAN KARNIVAL CINTA RASUL! 🌟

πŸ“ Masjid Cahaya Iman, Pekan Membakut
πŸ“ž Sebarang pertanyaan: 019-377 1839 (Puan Zuraidah)









Alhamdulillah 27 Jun 2026 bersamaan 11 Muharram 1448H telah berlangsung Program Memasak dan Sedekah Bubur Asyura di Masj...
29/06/2026

Alhamdulillah

27 Jun 2026 bersamaan 11 Muharram 1448H telah berlangsung Program Memasak dan Sedekah Bubur Asyura di Masjid Cahaya Iman Pekan Membakut.

Ini merupakan tahun kedua pihak Masjid Cahaya Iman mengadakan program Memasak & Sedekah Bubur Asyura.

Pada tahun ini, program ini dijayakan oleh :
βœ…AJK Masjid Cahaya Iman
βœ… Puan Haliza (Ketua Tukang Masak yang datang khas dari Kelantan)
βœ… Muslimah Kelas Mengaji Raudatul Jannah
βœ…Sukarelawan

Sebanyak 180 bekas bubur asyura versi Kelantan telah diagihkan kepada jemaah &:orang awam sekitar Membakut. Proses memasak bubur asyura ini berlangsung hampir 8 jam bermula dari pukul 8.30 pagi - 5.30 petang.

Majlis merakamkan ucapan tahniah dan setinggi perhargaan kepada Penyelaras Program Puan Zuraidah Daud dan Cik Dg Senandong Ajor kerana telah merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya.

Pihak masjid turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Tukang Masak, para petugas, para sukarelawan, muslimah Kelas Mengaji Raudatul Jannah serta penyedia jamuan sarapan dan makan tengahari kerana telah membantu dan melicinkan perjalanan program.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

26/06/2026

Rasulullah SAW bersabda bahawa puasa pada hari ’Asyura menjadi sebab dihapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu.

Jangan lepaskan peluang meraih keampunan dan rahmat Allah.

Semoga Allah menerima amalan kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan istiqamah dalam ketaatan.




Address

Pekan Membakut
Membakut
89720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Cahaya Iman Membakut Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share