01/09/2026
ISNIN, 31 OGOS 2026 | 18 RABIUL AWAL 1448 H
LENSA PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 PERINGKAT MASJID MAHMUDI MUKIM KEDAI MELORπ²πΎ
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69 Peringkat Masjid Mahmudi Mukim Kedai Melor yang dianjurkan oleh Komuniti Mukim Kedai Melor.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat antaranya Perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah, Cabutan Bertuah, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Booth Jualan serta Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara, malah menjadi ruang untuk masyarakat berkumpul, berukhuwah dan mengeratkan hubungan antara komuniti dalam suasana penuh kemeriahan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, para penganjur, penyumbang, petugas, peserta serta seluruh komuniti Mukim Kedai Melor atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Semoga semangat perpaduan, kebersamaan dan cintakan Malaysia terus subur dalam jiwa kita semua. π²πΎβ€οΈ
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! π²πΎ