Kelas Takmir, Masjid Tanah

Kelas Takmir, Masjid Tanah Masjid Al-Sultan Abdullah, Masjid Tanah

13/06/2021
21/03/2021

Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat?

1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat?

Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan.

2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat.

Sabda Rasulullah:

إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى

“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)

3. Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat.

Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu.

Maka Rasulullah berpesan:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ

“(Yang mengganggu kamu) itu ialah syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)

4. Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah.

Ucapkan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.

Semoga Allah membimbing kita.

[Dr. Ahmad Sanusi Azmi]

31/10/2020

Facebook Masjid Al-Sultan Abdullah, Masjid Tanah ini akan menghentikan penghantaran status (Informasi, Kuliah, Tazkirah, Live Facebook) berkuat kuasa pada 1 November 2020M bersamaan 15 Rabiulawal 1442H.

Mohon maaf.

Admin.

31/10/2020
Kuliah Subuh, 31hb Okt 2020/14 Rabiulawal 1442HHari: Sabtu (Setiap Minggu)Penceramah: Ustaz Mohd Zaidi bin Haji Harun (I...
30/10/2020

Kuliah Subuh, 31hb Okt 2020/14 Rabiulawal 1442H

Hari: Sabtu (Setiap Minggu)
Penceramah: Ustaz Mohd Zaidi bin Haji Harun (Imam 1).
Kitab: Tafsir Al-Quran, surah Al-Baqarah.

30 Okt 2020.14 Rabiulawal 1442H.Kuliah Maghrib, malam ini.Hari: Jumaat (Setiap Minggu)Penceramah: Ustaz Mohd Zaidi bin H...
30/10/2020

30 Okt 2020.
14 Rabiulawal 1442H.

Kuliah Maghrib, malam ini.

Hari: Jumaat (Setiap Minggu)
Penceramah: Ustaz Mohd Zaidi bin Haji Harun (Imam 1).
Kitab: Al-Kabair (Dosa-Dosa Besar)

Address

Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Takmir, Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category