10/04/2026
*ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู*
*๏บู๏บดููููููููููููููู๏ปขู ๏บ๏ป๏ป ๏ปชู ๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปคู๏ปฆู ู๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปดูููููู๏ปข*
๐ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐
๐ *TARIKH : 21 SYAWAL 1447H/ 10 APRIL 2026*
๐ *_TAJUK: BERTEDUH DI BAWAH PAYUNG MAHKOTA_*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ibrahim Ayat 7 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
๐1๏ธโฃ- Bertaqwa kepada Allah SWT.
๐2๏ธโฃ- Bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan & Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim pada minggu ini, mimbar ingin mengajak seluruh umat Islam sekalian agar bersama-sama menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita sebuah payung pemerintahan yang sangat besar, prihatin & sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di negeri ini.
๐3๏ธโฃ- Alhamdulilah, berkat daripada nikmat yang besar itu, maka hari ini kita dapat menumpang teduh & terus hidup dengan suasana yang aman & harmoni. Pada hari ini juga keamanan, keharmonian, serta kesejahteraan negeri dapat terus kekal dipelihara.
๐4๏ธโฃ- Diantara nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas sesuatu bangsa adalah apabila ia dipimpin oleh orang yang bijaksana. Kepimpinan yang baik adalah tiang seri & kekuatan bagi sesebuah tamadun. Apabila sebuah bangsa itu dipimpin oleh pemimpin yang baik, maka akan sejahtera rakyat & negerinya.
๐5๏ธโฃ- Terdapat beberapa peranan besar yang telah dimainkan oleh para pemimpin kita dalam mencorakkan masa depan tanah air ini. Pertama, hubungan diantara para ulama & pemimpin adalah merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah umat & ia menjadi pintu kepada kejayaan atau kejatuhan sesebuah masyarakat.
๐6๏ธโฃ- Golongan Ulama & Umaraโ adalah golongan yang sangat penting dalam sesebuah pemerintahan. Para Ulama bukan sahaja terhad kepada mereka yang menguasai dalam bidang agama, akan tetapi istilah Ulamaโ merangkumi mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Mereka inilah yang bertanggungjawab untuk memberi pandangan & nasihat yang baik kepada pemimpin.
๐7๏ธโฃ- Kedua, pemerintah yang berlaku adil & melaksanakan kebajikan untuk rakyatnya akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah SWT. Begitu juga rakyat yang mentaati para pemerintah akan mendapat ganjaran pahala yang sama. Begitu juga ganjaran terhadap seorang pemimpin yang adil, maka dia akan berada dibawah naungan Allah pada hari kiamat kelak.
๐8๏ธโฃ- Ketiga, kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT & menghargai seluruh perjalanan panjang dalam pemerintahan di negeri Johor ini. Maka seluruh rakyat seharusnya mematuhi & menghormati undang-undang yang telah ditetapkan oleh Ulil Amri, menjaga keharmonian dalam masyarakat, serta berusaha membantu dalam membangunkan negeri ini ke taraf yang lebih tinggi.
๐9๏ธโฃ- Kesimpulan, bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan & yang di-Pertuan bagi negeri & jajahan takluk Johor Darul Takzim, marilah sama-sama kita memohon keberkatan daripada Allah SWT agar baginda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kekuatan untuk meneruskan kepimpinannya dengan adil & saksama, serta sentiasa berada dalam lindungan & rahmat Allah SWT.
Waallahuaโlam.