Surau Al Mukminin Bandar Seri Alam

Surau Al Mukminin Bandar Seri Alam MOSQUE MANAGEMENT MARKETING TOPIC

JOM... musim cuti sekolah ini jika anda ingin mengisi aktiviti percutian khususnya memilih ke Desaru, singgahlah bersola...
08/03/2020

JOM... musim cuti sekolah ini jika anda ingin mengisi aktiviti percutian khususnya memilih ke Desaru, singgahlah bersolat Jumaat di Masjid As-Syifa’ Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Apa yang ada di sana?

Ikutilah:
- Pengajian Kelas Iqra’
- Zikir Kautsaran & Tausiah
- Food Truck
- Penjualan buku
- Ceramah Herba dan Rawatan Islam
- Kuliah Subuh
- Kuliah Pra Khutbah
- Rawatan Islam : Pendedahan antara ruqyah syariah dan syirik
- Pelancaran buku
- Kemuncak Syarahan Maulidur Rasul
oleh Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak (Ahli Falak Johor)
- Penutupan program oleh YB Dato’ (Dr.)
Haji Nooh bin Gadot (Penasihat MAIJ)

Sebarang pertanyaan hubungi : 012 735 1714 (Abd Latif)

Inilah program julung kali menampilkan acara padat bertemakan ‘Jom Imarah Masjid’ anjuran bersama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah UTHM dan Masjid As-Syifa’.

Awasi tarikh 13 Mac 2020 bermula jam 6.15 Subuh hingga 10.30 malam!

Penyertaan kuliah rawatan Islam akan menerima sijil dan pendaftaran adalah percuma.

Jom datang, jangan tak datang!

IKLANAMBILAN APRIL 2020PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF IMAM PROFESIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MAL...
11/12/2019

IKLAN

AMBILAN APRIL 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM
DIPLOMA EKSEKUTIF IMAM PROFESIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program Diploma Eksekutif Imam Profesional UTHM. Program ini dirangka khas kepada imam dan pelapis imam sebagai kelayakan ikhtisas bagi meningkatkan profesionalisme sebagai seorang imam profesional.

Syarat kelayakan pemohon :
1. Memiliki SPM atau Sijil-sijil Agama yang diiktiraf
2. Berumur melebihi 21 tahun
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
4. Lulus sesi temubual

Tempoh pengajian; 1 Tahun (Kelas pada hujung minggu).
Berminat untuk mendaftar? Pautan pendaftaran : https://bit.ly/BorangPermohonanDEIP

Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Pusat Pendidikan Berterusan (CEC),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Tel/Whatsapp : http://bit.ly/deiputhm

Quickly send and receive WhatsApp messages right from your computer.

Laluan iklan...
10/12/2019

Laluan iklan...

Kisah Dan Teladan(Ust Fuad SMAKJ) Pada suatu siang yang indah sepasang suami isteri masuk ke dalam zoo. Semasa melalui k...
10/12/2019

Kisah Dan Teladan
(Ust Fuad SMAKJ)

Pada suatu siang yang indah sepasang suami isteri masuk ke dalam zoo. Semasa melalui ke kawasan monyet, mereka melihat sepasang monyet sedang bercumbuan mesra.

Berkatalah si isteri : Alangkah romantiknya kehidupan monyet ini.

Setelah itu mereka melalui kandang singa dan mereka mendapati singa jantan duduk berjauhan dengan singa betina. Berkatalah si isteri : Hmmm malang sungguh pasangan haiwan ini, tak romantik langsung.

Setelah mendengar ungkapan si isteri, si suami pun berkata kepada isterinya : Adakah dinda ingin melihat sesuatu? Kalau ingin, mari kita cuba baling botol ke arah kedua jenis haiwan tadi dan lihat apa yang berlaku.

Berkata si isteri : sayang ok je, memang nak tau juga apa reaksi kedua jenis binatang itu.

Maka si suami melontar botol ke arah singa betina. Tak semena-mena singa jantan bergerak pantas ke arah singa betina kerana ingin melindunginya.

Kemudian pasangan suami isteri berpatah balik ke arah pasangan monyet. Si suami melontar ke arah monyet betina dengan botol yang ada di tangannya. Monyet jantan melarikan diri meninggalkan pasangannya.

Berkatalah si suami : adakalanya kita tidak boleh mengukur kemesraan pasangan yang kita lihat di facebook atau di media massa, adakalanya itu hanya sandiwara sahaja.

BERITA baik untuk agamawan, pendidik, imam dan pendakwah. Kohort ke-3 akan dibuka tidak lama lagi. Awasi tarikh tawarann...
08/12/2019

BERITA baik untuk agamawan, pendidik, imam dan pendakwah. Kohort ke-3 akan dibuka tidak lama lagi. Awasi tarikh tawarannya. Buat julung kalinya Institut Ahli Sunnah Waljamaah UTHM dengan kerjasama MAIJ memperkenalkan pengajian hujung minggu diploma hingga master bagi mengangkat martabat mereka dikenali eksekutif imam profesional selama setahun. Setakat ini pelajar yang menyertai kohort 1 dan ke-2 turut menarik penyertaan golongan imam, ustaz, guru, pelajar tahfiz termasuk mereka yg sudah memiliki P.hD, Master, Ijazah dan Diploma.

08/12/2019
CERITA GENG SURAU(Kelolaan Al-Jufri)Bab PoligamiTajuk ngobrol sambil ngeteh yang disukai lelaki tetapi tidak bagi wanita...
05/12/2019

CERITA GENG SURAU
(Kelolaan Al-Jufri)
Bab Poligami

Tajuk ngobrol sambil ngeteh yang disukai lelaki tetapi tidak bagi wanita adalah poligami. Geng surau yang hanya berani cakap tapi tak berani buat cukup ramai.

Alasan klasik : “Bukan aku takut bini tapi bini yang tak takut aku.”

Pagi itu Lebai bercerita hal satu dialog seorang ustazah dengan suaminya, seorang ustaz.

Isteri : Apa yang abang rasa dengan jiran kita yang baru menambah satu lagi tu?

Suami: Ok le tu. Asal mampu dan sefahaman.

Isteri: Betul, yang penting jaga giliran. Kalau tak ikut jadual, ada yg terlebih perhatian dan ada yg terkurang.

Suami: Itu yg senget bahu kat akhirat nanti.

Isteri: Poligami itu sunnah Nabi. Bertuah mereka yg mampu menghidupkannya.

Suami: Betul tu atau...

Isteri: Saya positif menerima takdir, bang. Kalau sudah ketentuan-Nya, taat je la.

Suami: Ai? Macam sokong je?

Isteri: Benda yang baik, bolh je terima. Jgn tak adil sudah.

Suami: Jadi takde masalah le klu sang suami berpoligami.

Isteri: Saya sokong 100%

Suami : Tanpa syarat?

Isteri: Ada la jugak. Kecil je syaratnya.

Suami: Wah, itu sudah bagus. Apa syaratnya tu?

Isteri: Asal bukan suami aku, sudah. Siaaap dia!

Suami: ??? (melepas)

“Anda Bertanya, Perawat Islam Menjawab”Kelolaan Al-Jufri(Penyusun buku Ruqyah: Antara Syarie dan Syirik)Siri Kedua (3)CE...
04/12/2019

“Anda Bertanya, Perawat Islam Menjawab”
Kelolaan Al-Jufri
(Penyusun buku Ruqyah: Antara Syarie dan Syirik)

Siri Kedua (3)

CERITA AIR JAMPI

Soalan: Mengapa air jampi yang dibaca tidak dibenarkan untuk dilangkah dan dikongsikan dengan orang lain?

Jawapan: Air mukjizat iaitu air zamzam boleh dibuat minum atau mandian. Air itu boleh diniatkan atas niat apa sahaja termasuk mohon kepada Allah kesembuhan. Ia boleh dikongsikan tanpa tempoh hayat.

Sebelum bercerita lanjut, fahami satu kisah ini.

Pernah kerap berlaku kecurian air mineral di sebuah asrama gara2 kawan2 yg nakal. Walau ditulis “Jgn diminum, Allah melihat apa yang kamu buat”. Ehhh... dikebas juga dek kawan2 sampai kering.

Langkah bijak selepas beberapa kali air kiriman orang tuanya itu diminum tanpa izin, pelajar ini dapat satu akal.

Ditulisnya pada badan botol air mineral isian 1.5 liter dengan kata2: “Ini air jampi. Awas!”

Setelah seminggu berlalu, orang tuanya datang bertanya kepada si anak. “Masih ada lagi bekalan air mineral, nak?

Si anak menjawab, “Masih. Semua kwn tak berani usik. Takut tersampuk barangkali. Hi2”

Demikian tebalnya kepercayaan orang kita dalam bab air jampi.

Air jampi atau yang diruqyah dengan niat wasilah kerana mendapatkan kesembuhan daripada-Nya tidak dilarang utk minum atau mandian. Yang dipindahkan ke dalam air bukannya ayat tetapi nur. Nanti khadam ayat (jin) mencelah masuk bila kita tersalah niat.

Satu lagi jika air jampi dalam botol tak dibenar dilangkah, buat mandi pun tak boleh. Alasan klasik sesetengah bomoh adalah itu air ayat Quran. Tak boleh dilangkah. Peliknya, disuruh buat mandi. Tak terlangkah ke namanya tu?

Hebat sangatkah kesan doa bomoh berbanding air mukjizat zamzam tu?

Kambing mulia kerana al-Quran. Cium kulit kambing dapat pahala dan menyentuhnya mesti wuduk. Itu kalau kulit kambing jadi cover al-Quran.

Kalau air dalam botol konon dah berstatus suci kerana dibacakan al-Quran, maka botol yg menampung air pun kita perlu wuduk jika mahu menyentuhnya. Kalau botol dah berstatus Quran, boleh ke dibawa masuk ke bilik air?

Seperkara lagi, biasanya botol ditulis dengan nama pesakit tertentu supaya jgn tertukar. Sifatnya air yg didoakan, tentunya semua orang boleh minum. Tetapi kenapa bomoh kata tak boleh dikongsi? Salahkah doa tu?

Ditulis nama sebenarnya supaya jin yg duduk dalam botol tidak jadi keliru.

“Siapa dia sebenarnya yang aku nak rawat ni?” kata jin.

Dilangkah botol itu konon katanya boleh jadi bengkak. Rupa2nya ada jin di dalam botol tu sdg menunggu arahan tuannya. Marahla dia kalau dilangkah.

Habis, bagaimana mengelak supaya doa yg dibaca itu tidak dimasukki jin menerusi ayat (khadam ayat)?

Betulkan niat. Belajar lagi supaya kita terelak dari membabitkan jin sama ada kita perasan atau tidak. Jin licik menipu daya dan sanggup membantu perawat demi agenda jahatnya.

Waullahu a’lam.

Ikuti siri berikutnya, esok insyaaallah.

Address

Jalan Rimba 37, Seri Alam
Masai
81750

Telephone

+60127351714

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Mukminin Bandar Seri Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share