Brotherhood Berideologi-Dari Jalanan Menuju Jannah

Brotherhood Berideologi-Dari Jalanan Menuju Jannah Page ini bertujuan untuk membincangkan fikrah fikrah islam secara santai.

30/01/2023
😉
29/12/2022

😉

As Salam...Kepada yang ada acc tik tok...boleh la follow acc tiktok kami....Semoga bermanfaat buat semua...
14/05/2022

As Salam...Kepada yang ada acc tik tok...boleh la follow acc tiktok kami....Semoga bermanfaat buat semua...

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah..Maka tumbanglah sebuah peradaban agung umat islam.. ゚viral

20/02/2022

Skinhead Hijrah kepada Islam Kaffah?
Fem:Aku lihat sumber rujukan jemaah ni apa dan dari baik ke buruk pun hijrah?
Mim:sampai satu tahap aku rasa dah cukup?
sooper:Aku tengok kawan2 aku ni buat apa sampai aku tertanya?

As Salam semua...sempena bulan Rejab ni...Kami cuba bertemu beberapa sahabat kami dr seorang skinhead kini telah berubah dan berhijrah ....Dan sesi perbincangan santai kami banyak perkara yang dikongsikan oleh mereka...Nak tahu?Play video ni...Komen & Share....Dan jangan lupa Like & Subscribe FB & Youtube Brotherhood Berideologi.

Semoga bermanfaat buat semua...

Sumber Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=FSSszjNspLQ&ab_channel=BrotherhoodBerideologi

Islam Kaffah Di Bawah Khilafah==========================Perkataan Khilafah sudah tidak asing lagi pada saat ini.Dahulu n...
07/02/2022

Islam Kaffah Di Bawah Khilafah
==========================
Perkataan Khilafah sudah tidak asing lagi pada saat ini.Dahulu nama ini agak janggal atau ada segelintir yang tidak tahu malah ada yang mengatakan tiada istilah Khilafah yang ada hanya Khalifah.Tidak terhenti disitu nama Khilafah seakan memberi alergi pada mereka yang gagal faham malah ada yang menjadi penghalang dan menjadi penyambung fitnah dan sedaya upaya ingin menenggelamkan para pejuangnya.Namun sehebat mana pun rencana mereka untuk melakukan makar tapi perancangan Allah itu hebat dan Allah juga pasti akan mencipta makar nya terhadap mereka yang cuba menjadi penghalang.Akhirnya nama khilafah ini sudah menjadi fenomena dan menjadi perbualan umat manusia baik muslim mahupun non muslim.

Khilafah adalah sebuah sistem yang mengatur urusan umat yang berpandukan Al-Quran & As Sunnah sebagai tolak ukur sebuah permasalahan.Khilafah adalah sebuah sistem dimana segala hukum Syara' akan diterapkan untuk mengikat umat manusia baik muslim mahupun non muslim agar terus tunduk akan segala perintah Allah S.W.T.Malah dizaman kekhalifahan mereka yang hidup dibawah Khilafah baik muslim mahupun non muslim diberi kesamarataan dan tidak ada kasta mahupun perbezaan antara muslim atau sebaliknya.

Tapi apakah tanpa Khilafah Islam dapat diterapkan dengan Kaffah.Kerana Allah telah memerintahkan kita dengan firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Artinya, “Wahai orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam Islam secara kaffah(keseluruhan) dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagi kalian,” (Surat Al-Baqarah ayat 208).

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan Kaffah?Islam diturunkan cukup lengkap dan disertai dengan solusi.Islam terkait dengan 3 aspek yang perlu berjalan seiring dan bukan mengambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian.

HablumMinallah.
Aspek ini adalah hubungan diri dengan Allah S.W.T dimana ianya terkait dan terikat dgn akidah dan ibadah dengan melaksanakan amal ibadah sprt solat,puasa,haji dan segala yang terkait dgn ibadah² ruhiyah.Pastinya semua faham akan hal ini dimana ianya menjadi suatu kewajipan pada setiap muslim untuk menunaikan perintah Allah S.W.T.

HablumMinafsi
Ini adalah aspek hubungan diri dengan diri sendiri.Ianya terkait dengan cara kehidupan kita dari segi pemakaian,makan ,minum serta akhlak.Bagi seorang muslim yang benar² beriman pada Allah S.W.T pastinya akan melaksanakan segala hal yang bersangkutan dengan cara pemakaian nya dengan syari'e.Yang pastinya cara pemakaian itu wajib menutup aurat baik bagi lelaki mahupun wanita.Begitu juga dengan makan dan minum mestilah bersumberkan yang halal dan bukan yang haram.

HablumMinannas

Ini p**a adalah aspek kehidupan yang mengatur hubungan manusia dengan manusia yang lain.Ini adalah yang terkait dengan aturan² yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T melalui wahyunya dan telah dilakukan oleh Rasullulah S.A.W.Aturan ini terkait dengan Sistem Pemerintahan,Sistem Ekonomi,Sistem Sosial,Sistem Hukum,Sistem Pendidikan,Politik luar mahupun dalam negara.Namun apakah segala aturan ini telah diterapkan saat ini?Malah sistem² ini telah diganti dengan Sistem Kapitalis,Sistem Sekular,Sistem Demokrasi yang nyata bukan lahir dari Islam itu sendiri.

Melihat 3 aspek diatas apakah seruan Allah S.W.T kepada hambanya dengan melaksanakan Islam secara Kaffah dapat diterapkan dan dilaksanakan?Tentu skali sukar dan pasti tidak dapat dilaksanakan kerana Sistem pada harini sangat bertentangan dengan apa yang Allah perintahkan.Jadi bagaimana untuk melasanakan seruan Allah ini?Sebagai manusia yang beriman akan Allah S.W.T dan Rasul sebagai pesuruh Allah,selayaknya tidak berdiam diri atau menjadi penunggu yang berdosa apatah lagi mereka yang bermati matian mempertahankan sistem kufur ini sepatutnya sedar bahawa sistem pada harini adalah sebuah sistem yang bercanggah dengan hukum syara'.Sudah sampai masanya kaum muslimin sedar dan berusaha bersama² dengan jemaah sekaligus menjadi barisan hadapan dengan mengembalikan kehidupan islam dalam bingkai Khilafah.Hanya dengan Khilafah segala aturan² yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dapat diterapkan dan dilaksanakan.

Jadi dimana posisi kita pada harini?
1)Berdiam diri.
2)Menjadi penunggu.
3)Menjadi penentang atau penghalang.
4)Berjuang bersama

Hidup ini senantiasa ada pilihan...Dan pilihan itu juga akan dipertanggungjawap didepan Allah S.W.T.

Semoga bermanfaat buat semua.

Islam Kaffah Dibawah Khilafah
Takbir!!!!

Wallahualam...

Banjir: Mangsa Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa TanggaKerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kump**an W...
31/12/2021

Banjir: Mangsa Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Itu antara kenyataan yang sungguh menyakitkan bagi mangsa banjir. Mereka telah mengalami kerugian dan kehilangan besar, dan memerlukan wang yang bukan sedikit untuk memulihkan keadaan, malangnya wang mereka sendiri pun mereka tidak dapat keluarkan!

Kerajaan yang zalim ini sudah tidak berfikir bahawa berapa ramai mangsa yang tidak mempunyai sumber lain untuk mengembalikan kehidupan mereka seperti biasa, dan hanya mengharapkan sumber KWSP.

Mereka kehilangan kenderaan, atau memerlukan wang yang banyak untuk membaik pulihnya, demi meneruskan pencarian nafkah untuk keluarga. Mereka juga kehilangan pakaian yang biasa dipakai serta kelengkapan lain seperti dapur, perabot dan lain-lain perkakas rumah tangga, tetapi kerajaan tidak mempedulikan semua ini.

Bantuan RM1000 daripada kerajaan yang terpaksa melalui proses birokrasi yang menyulitkan tentunya tidak dapat menampung segala keperluan untuk menyambung kelestarian hidup mereka. Itu pun entah bila mereka akan mendapatkannya.

Manakala kemudahan-kemudahan dalam bentuk pinjaman p**a sebenarnya bukanlah bantuan dalam ertikata yang sebenarnya, kerana jumlah ini perlu dip**angkan semula pada masa hadapan.

Walaupun kita tahu alasan kerajaan bahawa KWSP adalah simpanan untuk hari tua, tetapi persoalannya ialah mereka sedang terdesak memerlukan wang untuk digunakan pada masa sekarang bagi membina semula kehidupan yang telah terjejas. Apakah perkara semudah ini pun tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Kerajaan bukan sahaja gagal menyalurkan bantuan dengan baik dalam musibah ini, bahkan simpanan rakyat sendiri juga disekat daripada dikeluarkan tatkala mereka terdesak memerlukannya!

Mangsa banjir kini ibarat jatuh ditimpa tangga. Lebih buruk, tangga yang tertimpa itu ialah hasil perbuatan khianat kerajaan yang sengaja menimpakan tangga tersebut ke atas mereka.

Kerajaan perlu ingat bahawa rakyat kini semakin sedar dan semakin mengenali siapakah kerajaan, dan sudah pasti rakyat akan “menghukum” mereka. Hanya masa yang akan menentukan.

Timah oh TimahBeberapa hari kebelakangan ini kita dihebohkan dengan isu wiski berjenama ‘Timah’ keluaran sebuah syarikat...
21/10/2021

Timah oh Timah

Beberapa hari kebelakangan ini kita dihebohkan dengan isu wiski berjenama ‘Timah’ keluaran sebuah syarikat tempatan. Perkara ini menjadi viral setelah dibangkitkan oleh segelintir pihak yang membantah pengeluaran arak tersebut kerana menggunakan perkataan bahasa Melayu ‘Timah’ yang turut memaparkan wajah seorang yang berjanggut dan kelihatan memakai kopiah. Tidak kurang juga yang berspekulasi bahawa ‘Timah’ itu dikatakan merujuk kepada nama Fatimah yang juga merupakan nama anakanda junjungan mulia Rasulullah (saw), yang sekali gus dikatakan satu penghinaan kepada Islam.

M***i Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Nor dalam sebuah kenyataannya yang dipetik oleh Astro Awani (18/10/2021) turut menyentuh mengenai perkara tersebut serta menggesa agar jenama arak tersebut ditukar demi “memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini”.

Pengeluar arak tersebut bagaimanapun telah tampil memberikan penjelasan mengenai asal-usul nama “Timah” dan sosok lelaki yang ditampilkan pada label wiski tersebut.

Dalam pada itu, kritikan turut ditujukan kepada kerajaan “Keluarga Malaysia” khususnya PAS sebagai parti Islam yang merupakan sekutu dalam pemerintahan sekarang ini. Namun, parti tersebut mengambil langkah defensif tatkala membalas kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadap mereka.

Terdahulu, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan (Astro Awani, 17/10/2021). Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS melalui Ketua Penerangannya p**a telah mengeluarkan kenyataan mendesak operasi arak Timah dihentikan, di samping menempelak pembangkang yang “galak bermain isu ini supaya tidak menjadikannya modal sentimen politik murahan” (Harakahdaily, 16/10/2021).

Namun hakikatnya bukanlah nama ‘Timah’ mahupun logo sosok berjanggut dan berkopiah itu yang sewajarnya menjadi isu utama yang perlu diberikan perhatian. Bukanlah juga dengan menuding jari menyalahkan pentadbiran terdahulu atas alasan arak tersebut telah dikeluarkan semasa pemerintahan sebelum ini. Persoalannya, apa yang telah dilakukan dan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan pada hari ini setelah mengetahui hal ini? Apakah tindakan kerajaan pada hari ini dalam menangani keharaman yang berleluasa ini? Inilah persoalannya!

Isunya ialah air kencing syaitan itu telah dihasilkan pada skala industri, sehingga ke tahap “mengharumkan” (baca: memalukan) nama negara kerana dilaporkan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa sebagai air kencing syaitan yang terbaik! Semua ini bukan sahaja mengundang kehinaan kepada kerajaan yang memerintah di mata umat Islam, bahkan mengundang kemurkaan Allah (swt) kerana pemerintah hakikatnya melakukan keharaman yang jelas lagi nyata.

Sudahlah kes-kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian insan tak berdosa terus meningkat, kilang arak yang sedia ada tidak ditutup, kini kilang baru p**a dibenarkan untuk terus beroperasi. Memang hal ini sungguh memalukan dan menjengkelkan bagi sebuah kerajaan yang kononnya berbangga dengan gelaran kerajaan Melayu-Islam!

Dengan wujudnya kilang arak, dan penjualan arak secara terbuka, walaupun majoriti umat Islam mematuhi perintah Allah (swt) dari sudut tidak meminum khamr, namun yang pastinya masih tetap ada yang meminumnya, malah masih ramai yang terlibat dengan rantaian arak lainnya yang diharamkan oleh Islam.

Masih ramai Muslim yang bekerja di kilang arak, masih ramai yang menjadi pembawa arak, baik dari segi pengangkutan atau menghidangkannya di hotel-hotel, masih ramai yang terlibat dengan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka dan banyak lagi rantaian lainnya. Terdapat juga umat Islam yang menganggap arak ini sah-sah sahaja sebagai salah satu sumber hasil ekonomi dan merupakan hak orang-orang kafir yang wajib dijaga oleh kaum Muslimin. Inilah bahana arak yang berleluasa dalam negara ke atas kaum Muslimin.

Inilah isu yang perlu disedari oleh kerajaan yang memerintah khususnya PAS. Kuasa untuk meluluskan lesen operasi dan penjualan arak ada pada kerajaan. Begitu juga dengan lesen judi, kelab-kelab malam dan segala kemaksiatan yang ada dalam negara ini, semua di tangan kerajaan sama ada untuk meluluskannya atau tidak, yang mana PAS adalah sebahagian daripadanya. Jadi, tidak perlulah PAS berdalih dan “mensucikan” diri bahawa kilang arak ini didirikan di bawah kerajaan lama. Umat Islam mahu melihat PAS mengotakan kata-katanya semasa menjadi pembangkang yang berapi-api ingin menutup kilang arak, judi dan lain-lain.

Sugguh besar dosa yang ditanggung oleh pemerintah yang bukan sahaja tidak menerapkan hukum Allah, malah meluluskan segala perbuatan dan aktiviti yang memaksiati Allah.

Jika ditukar nama ‘Timah’ kepada nama apa sekalipun, ia bukanlah penyelesaian kepada isu ini, jauh sekali untuk mengundang redha Allah, kerana isunya ialah kilang dan minuman haram itu sendiri yang perlu ditangani menurut syarak. Alangkah hebatnya Keluarga Malaysia yang bersungguh-sungguh menjaga hati anak-anaknya yang kafir sehingga sanggup “menghidangkan” segala yang haram kepada anak-anaknya yang Muslim!

Sumber: mykhilafah

17/09/2021

SN 570 – Kuota Dan Kasta Di Rumah Allah

Pada Sep 17, 2021
Kongsi

SN57017 September 2021 M / 9 Safar 1443 H


Setelah tularnya video seorang kenamaan (VIP) dibenarkan memasuki masjid Putra, Putrajaya dengan memotong barisan orang ramai yang semuanya tidak dapat masuk walaupun datang lebih awal, rata-rata netizen telah mengecam kejadian ini sehingga memaksa pihak pengurusan masjid memberi penjelasan dan memohon maaf. Malangnya Imam Besar masjid berkenaan tetap mempertahankan tindakan tersebut sehingga memuatnaik videonya sendiri yang kemudian menambahkan lagi kemarahan orang ramai. Walaupun beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui keterlanjurannya, namun tetap mendapat kecaman kerana pendedahan beliau mengenai jumlah kuota sebanyak 10% untuk VIP di masjid berkenaan dan penegasan beliau bahawa itu adalah masjid kerajaan, ternyata sangat tidak disenangi.

Layanan dua darjat ini bukanlah suatu yang baru dan bukanlah suatu yang tidak diketahui umum. Cuma bezanya kali ini ialah kerana video tersebut tular dan peristiwa tersebut telah mendapat kritikan hebat di alam maya. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak lebih setahun lalu, telah pun wujud sistem kuota, diskriminasi dan kedudukan dua darjat manusia yang dibenarkan memasuki masjid di seluruh Malaysia. Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid dan surau mendapat kuota secara automatik untuk solat di masjid di kala orang ramai dilarang memasukinya. Menteri-menteri dan VIP juga tidak pernah dihalang dari bersolat Jumaat semasa PKP di kala rakyat dihalang berbuat demikian. Fenomena ini boleh dilihat di mana-mana masjid walaupun tidak ada yang merakam dan menularkannya. Hal ini jelas merupakan satu diskriminasi dan amalan kasta, yang tidak dapat dinafikan oleh siapa pun. Apabila PKP kemudiannya dilonggarkan sedikit, AJK masjid tetap menikmati keistimewaan ini dan sistem kuota dan kasta untuk solat Jumaat tetap diteruskan hingga kini.

Masjid Rumah Allah

Sebagai Muslim, kita mengimani bahawa masjid adalah rumah Allah, tidak kira masjid mana sekali pun, tidak kira siapa pun yang membangunkannya, dan tidak kira dari mana pun dana untuk membangunkannya. Hatta jika dana tersebut datang dari kerajaan sepenuhnya atau datang dari hanya seorang individu sahaja, masjid yang didirikan tersebut tetap merupakan rumah Allah. Selama mana yang dibangunkan itu ialah sebuah tempat untuk menyembah Allah, maka ia akan menjadi rumah Allah dan tidak ada siapa pun yang boleh mendakwa atau menuntut bahawa itu adalah miliknya, milik mana-mana syarikat atau milik kerajaan.

Walaupun dari segi pengurusannya, masjid boleh sahaja diuruskan oleh negara atau mana-mana pihak yang dilantik oleh negara, atau oleh mereka yang membangunkannya, namun demikian itu tidak menghilangkan statusnya sebagai rumah Allah, dan segala pengurusannya tidak boleh dipisahkan daripada hukum Allah. Firman-Nya:

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Oleh kerana itu, janganlah kalian menyembah seorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” [TMQ al-Jin (72): 18].

Dari segi hukum kepemilikan (al-milkiyyah), masjid termasuk kepemilikan umum (al-milkiyyah al-ammah) atau dengan kata lain ia merupakan milik umat Islam secara keseluruhannya, dan hukum ini kekal sampai kiamat. Tidak ada mana-mana individu, syarikat mahu pun negara yang boleh memiliki masjid. Hukumnya sama seperti jalan raya, laut, sungai, tasik, padang ternak, Mina (tempat jemaah haji berkumpul) dan sebagainya, yang merupakan al-milkiyyah al-ammah, dan boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja, dan tidak ada orang yang boleh dihalang daripada menggunakannya, atau diusir daripadanya. Ia tidak boleh (haram) dimonopoli oleh mana-mana pihak, dan tidak ada siapa pun yang mempunyai hak eksklusif ke atas al-milkiyyah al-ammah ini.

Masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam yang tertakluk kepada banyak hukum. Kemuliaannya wajib dijaga, ia tidak boleh dikotori, tidak boleh dirosakkan bangunannya, tidak boleh diruntuhkan tanpa apa-apa sebab dan tidak boleh masuk ke dalamnya tanpa menutup aurat. Di dalamnya dilakukan pelbagai aktiviti seperti solat, iktikaf, tadarrus al-Quran, mengajar dan belajar. Masjid merupakan pusat pemerintahan dan pusat aktiviti politik Islam, tempat pengagihan zakat dan bantuan, tempat menyelesaikan persengketaan (mahkamah), tempat menyampaikan segala maklumat, tempat latihan jihad, tempat menetap bagi musafir (di serambi), tempat berlindung, tempat tidur dan istirahat tanpa mengganggu hak orang lain dan banyak lagi, sebagaimana yang dipraktikkan di zaman Rasulullah (saw) dan para Sahabat. Pendek kata ia mempunyai banyak fungsi dan mempunyai hukumnya yang tersendiri, yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim.

Masjid adalah rumah Allah, dan bukan rumah pemerintah, walaupun pemerintah yang menguruskannya. Pengurusan tersebut hanyalah satu amanah untuk memastikan segala hukum-hakam mengenai rumah Allah itu dipatuhi dan dijaga. Amanah pengurusan ini tidak memberikan hak sedikit pun ke atas pemerintah sehingga boleh melakukan apa sahaja dengannya. Pemerintah tidak ada hak sedikit pun untuk menutup atau menghalang orang dari mendatangi masjid, apatah lagi untuk bersolat dan beribadat di dalamnya. Merupakan sebuah kemaksiatan dan kezaliman serta dosa bagi pemerintah yang menutup masjid dan menghalang umat Islam daripada menunaikan solat di dalamnya. Firman-Nya:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya, kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat” [TMQ al-Baqarah (2): 114].

Hukum Kuota Dan Kasta Untuk Solat Di Masjid

Sebagai rumah Allah, dan sebagai al-milkiyyah al-ammah, masjid hendaklah sentiasa terbuka bagi membolehkan umat Islam menggunakannya sesuai dengan perintah Allah. Solat berjemaah lima waktu di masjid hukumnya adalah fardhu kifayah, manakala solat Jumaat adalah fardhu ain. Firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” [TMQ al-Jumu’ah (62): 9].

Al-Hakim telah mengeluarkan dalam al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain dari jalur Thariq bin Syihab dari Abu Musa dari Nabi (saw), baginda bersabda:

“(Solat) Jumaat merupakan hak yang wajib ke atas setiap Muslim dalam berjemaah kecuali empat golongan: hamba sahaya, wanita, anak-anak dan orang yang sakit”.

Selain dari empat golongan di atas, solat Jumaat juga tidak wajib atas orang yang takut berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) bahawa Nabi (saw) bersabda:

“Siapa sahaja yang mendengar seruan (azan) dan tidak menjawabnya (tidak pergi menunaikan solat Jumaat) maka tidak ada solat untuknya kecuali kerana uzur”. Mereka (sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah uzurnya?’ Baginda menjawab: ‘Takut atau sakit’” [HR al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra].

Berdasarkan nas-nas di atas, solat Jumaat adalah fardhu ain, dan pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang disebut oleh nas sahaja. Tidak ada nas yang memberikan hak kepada penguasa untuk menutup masjid atau untuk menghalang umat Islam daripada menunaikan fardhu ain ini. Tidak ada sama sekali! Pengecualian dalam hadis di atas langsung tidak boleh diqiyaskan kepada persoalan wabak atau lain-lainnya, kerana qiyas tidak boleh dilakukan dalam hal ibadah. Dalam hal ibadat tidak ada illat yang membolehkan dilakukan qiyas ke atasnya.

Oleh yang demikian, haram bagi mana-mana Muslim untuk sengaja meninggalkan solat Jumaat dalam keadaan wabak, dan haram hukumnya bagi pemerintah menghalang kaum Muslimin daripada pergi ke masjid untuk menunaikannya. Dalam keadaan terdapat penyakit menular, apa yang seharusnya dilakukan ialah, orang yang sihat pergi solat seperti biasa, manakala orang yang sakit diasingkan dan tidak dibenarkan untuk ke masjid. Dalam masa yang sama, diambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan bagi mencegah penularan tanpa melanggar mana-mana hukum syarak.

Mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah sendiri, melakukan sanitasi, mengimbas suhu, memakai pelitup muka dan sebagainya boleh dilakukan dalam usaha mencegah penularan kerana tidak bertentangan dengan syarak. Namun demikian, saf solat berjemaah tidak boleh dijarakkan kerana merapatkan saf itu merupakan sebahagian daripada kaifiyat (tatacara) solat, dan menjarakkannya adalah satu bidaah. Kaifiyat solat tidak boleh diubah sama sekali. Pemerintah dan siapa sahaja yang menetapkan atau mewajibkan penjarakan saf telah melakukan satu bidaah kerana telah merubah kaifiyat solat berjemaah.

Justeru, menghalang umat Islam daripada masuk ke masjid dengan menetapkan bilangan tertentu, atau memberi keistimewaan kepada orang-orang tertentu, atau meletakkan syarat seperti mesti lengkap divaksin terlebih dahulu, semua ini jelas merupakan satu perkara yang tidak pernah ada dalam Islam, dan tidak dibenarkan oleh Islam. Mana mungkin pemerintah boleh menetapkan syarat tertentu, menetapkan sistem kuota dan kasta untuk memasuki rumah Allah? Sungguh besar keharaman dan dosa yang dilakukan oleh pemerintah dalam hal ini! Sabda Rasulullah (saw):

“Siapa sahaja yang membuat syarat yang tidak sesuai dengan Kitabullah, maka syarat tersebut adalah batil walaupun seratus syarat, kerana syarat Allah itu lebih benar dan lebih kuat” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Sebagai al-milkiyyah al-ammah, masjid bukan sahaja tidak boleh dihalang untuk dimasuki, malah siapa sahaja yang telah sampai awal dan menduduki satu tempat di sudut masjid, maka tempat itu adalah hak baginya dan tidak ada seorang pun boleh mengusirnya dari situ. Hal ini sebagaimana kedudukan seorang Muslim yang telah sampai terlebih dahulu di Mina, maka di mana sahaja ia duduk di Mina, tempat itu adalah hak baginya dan tidak ada orang yang boleh menghalaunya dari situ. Sabda Nabi (saw):

“Mina adalah tempat menginap siapa sahaja yang lebih dahulu (sampai kepadanya)”

[HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim]

Hukum Mina dan masjid adalah sama sahaja. Orang yang datang lewat tidak boleh memotong barisan atau diberi tempat duduk istimewa, atau mengambil tempat duduk orang lain, tidak kira siapa pun dia dan apa pun pangkatnya. Ini adalah hukum bagi al-milkiyyah al-ammah yang telah gariskan oleh Islam dengan adil untuk semua orang tanpa ada perbezaan darjat. Islam tidak pernah mengiktiraf darjat manusia, apatah lagi dalam memasuki masjid atau dalam menunaikan solat. Islam tidak pernah mengiktiraf sistem kuota dan kasta, dan tidak ada kelebihan bagi seorang kenamaan berbanding rakyat jelata, apatah lagi dalam hal ibadat. Ketinggian dan kemuliaan seseorang di sisi Allah (swt) itu hanyalah kerana takwanya, bukan kerana pangkat dan darjatnya di dunia!

Khatimah

Isu mengenai sistem kuota dan kasta untuk solat di masjid ini seharusnya membuka mata banyak pihak bahawa, jika dalam hal ibadat sahaja pemerintah sudah begitu berani melanggar hukum Allah, maka apatah lagi dalam hal-hal lainnya. Pemerintah telah lama menutup masjid, menghadkan bilangan, menjadikan masjid dan solat berjemaah sebagai hak eksklusif sesetengah orang sahaja, dan paling buruk apabila mereka merubah kaifiyat solat dengan menjarakkan saf. Ini semua merupakan keharaman. Benarlah kata-kata Rasulullah (saw) bahawa simp**an Islam itu akan terurai satu per satu bermula daripada pemerintahan dan berakhir dengan solat. Simp**an pemerintahan telah lama terurai, kini simp**an yang terakhir telah pun terurai, yang merealisasikan bahawa sudah tidak ada lagi apa-apa simp**an Islam yang dipegang oleh pemerintah sekarang! Hanya dengan kembalinya Khilafah sahajalah kesemua simp**an ini akan disatukan kembali insya Allah.

Wallahu a’lam.

27/08/2021

𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇: 𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍

Tindakan dan makna politik penting dari hijrahnya Rasulullah (saw) dari Mekah ke Madinah yang sering dilupa dan dilalaikan oleh umat Islam adalah kewajipan menegakkan Daulah Islam. Hijrah Rasulullah (saw) ke Madinah sesungguhnya merupakan titik penting dalam babak perjuangan baginda berserta para sahabat dalam menegakkan agama Allah (swt) di mana dari hijrah itulah lahirnya Negara Islam secara 𝘥𝘦 𝘧𝘢𝘤𝘵𝘰. Madinah merupakan Negara Islam pertama di dunia yang didirikan oleh Rasulullah (saw), sebuah negara baru yang dibangun berdasarkan akidah Islam. Hukum menegakkan Daulah Islam ini adalah wajib, malah ia merupakan 𝘢𝘩𝘢𝘮𝘮𝘶𝘭 𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣𝘢𝘵 (kewajipan yang paling utama) menurut jumhur ulama. Sesungguhnya hukum ini sedang berjalan kerana Negara Islam (Khilafah) sudah lenyap dan di atas bahu kitalah terletaknya taklif untuk mewujudkannya kembali.

Address

Masai

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brotherhood Berideologi-Dari Jalanan Menuju Jannah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category