Masjid Tebakang

Call Directions Contact the place of worship

Masjid Tebakang Kearah Masjid mesra komuniti

19/09/2026

❤️ Kalau benar kita mencintai Rasulullah ﷺ…

Bukankah kita akan rasa rindu untuk mendengar kisah Baginda?
Bukankah kita mahu mengenali insan yang paling kita cintai?

Malam ini, mari kita luangkan sedikit masa untuk duduk dalam majlis ilmu, menghayati sirah dan menyuburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ.

📖 CERAMAH KHAS SEMPENA MAULIDUR RASUL ﷺ

🎙️ Profesor Madya Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir
(Pensyarah UMT)

📅 19 September 2026
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Tebakang

Jom datang. Bawa keluarga, ajak sahabat.

Mungkin kita datang kerana ajakan orang,
tetapi mudah-mudahan kita pulang dengan hati yang lebih dekat dengan Rasulullah ﷺ. ❤️

Jangan biarkan malam ini berlalu begitu sahaja.

Rasulullah ﷺ adalah insan yang paling kita cintai. Maka, marilah kita zahirkan kecintaan itu dengan menghadiri majlis il...
13/09/2026

Rasulullah ﷺ adalah insan yang paling kita cintai. Maka, marilah kita zahirkan kecintaan itu dengan menghadiri majlis ilmu, menghayati sirah dan meneladani akhlak Baginda.

📖 Ceramah Khas sempena Maulidur Rasul ﷺ

🎙️ Profesor Madya Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir
(Pensyarah UMT)
📅 19 September 2026
🕰️ Selepas solat Maghrib
📍 Masjid Tebakang

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat.

Semoga majlis ini menjadi medan menambah ilmu, menyuburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ dan menguatkan ukhuwah sesama kita.


10 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS AGIHAN DUIT ANAK YATIM DAN PENYERAHAN BAUCAR BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA (DIPLOMA DAN IJAZAH)A...
13/09/2026

10 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS AGIHAN DUIT ANAK YATIM DAN PENYERAHAN BAUCAR BANTUAN PERSEDIAAN KE IPTA (DIPLOMA DAN IJAZAH)

Ada rezeki yang Allah titipkan kepada kita, bukan untuk kita simpan semuanya, tetapi untuk kita kongsikan dengan mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, Masjid Tebakang berkesempatan menyempurnakan Majlis Agihan Duit Anak Yatim dan Penyerahan Baucar Bantuan Persediaan ke IPTA (kategori Diploma & Ijazah).

🤍 25 orang anak yatim
menerima bantuan RM500 seorang secara tunai.

🎓 11 orang pelajar IPTA
• Diploma — RM500 seorang
• Ijazah — RM700 seorang
Disalurkan melalui pemindahan terus ke akaun bank.

Mungkin nilainya tidak seberapa,namun mudah-mudahan ia menjadi sebesar-besar makna buat mereka yang menerima.

Buat anak-anak yatim, semoga bantuan ini menjadi tanda bahawa kalian tidak pernah sendiri.

Buat anak-anak yang melangkah ke menara ilmu, semoga dipermudahkan setiap langkah, dilapangkan jalan dan dikurniakan kejayaan yang membawa manfaat buat agama, keluarga dan ummah.

Dan buat semua yang menghulurkan sumbangan,
terima kasih kerana memilih untuk menjadi sebahagian daripada kebaikan ini.

Kerana akhirnya, yang kita bawa pulang bukanlah apa yang kita miliki,
tetapi apa yang pernah kita beri.

Dari orang kampung, kepada orang kampung jua, kerana, anok wanok kita belaka.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal yang terus mengalir pahalanya. 🤲🏻


🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺBukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi memperbaharui cinta dan tekad untuk menelad...
24/08/2026

🌙 Salam Maulidur Rasul ﷺ

Bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda, tetapi memperbaharui cinta dan tekad untuk meneladani sunnahnya.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Semoga cinta kepada Rasulullah ﷺ terus hidup dalam hati, keluarga dan kehidupan kita. 🤍

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Masjid Kampung Tebakang

🌙 Jom Pakat Mari Kuliah Maghrib!Assalamualaikum wbt.Insya-Allah, Sabtu ni (8 Ogos 2026) kita akan mengadakan Kuliah Magh...
04/08/2026

🌙 Jom Pakat Mari Kuliah Maghrib!

Assalamualaikum wbt.

Insya-Allah, Sabtu ni (8 Ogos 2026) kita akan mengadakan Kuliah Maghrib di Masjid Kampung Tebakang.

🎙 Penceramah: Dato' Dr. Zulkifli Muda (Mantan M***i Terengganu)

🗓 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕌 Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang

Jom pakat-pakat datang bawa keluarga, anak-anak, ibu ayah dan kawan-kawan. Rebut peluang menimba ilmu daripada tokoh yang tidak asing lagi di negeri Terengganu.

"Luangkan satu malam untuk ilmu, semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat." 🤲

📲 Tolong share hebahan ini kepada seramai mungkin. Semoga setiap orang yang hadir menjadi saham pahala buat kita semua.

Jumpa Sabtu ini, insya-Allah! 😊

Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengurus kehidupan, jangan lupa untuk memberi ruang kepada hati menikmati santapan il...
08/06/2026

Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengurus kehidupan, jangan lupa untuk memberi ruang kepada hati menikmati santapan ilmu dan peringatan.

Justeru, marilah bersama-sama menghadiri Kuliah Maghrib Khas pada:

📅 Tarikh : 09 Jun 2026
🕰️ Masa : Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat : Masjid Kg Tebakang

Suatu kesempatan untuk menambah ilmu, memperkukuhkan kefahaman agama serta mengambil manfaat daripada perkongsian yang insya-Allah menyentuh jiwa dan memberi panduan dalam kehidupan seharian.

"Majlis ilmu bukan sekadar tempat mendengar, tetapi medan untuk menyuburkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah SWT."

✨ Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
✨ Kongsikan hebahan ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Semoga kehadiran kita menjadi sebahagian daripada langkah menuju keredhaan Allah SWT. 🤲🏻


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙✨Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang keik...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙✨

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang keikhlasan hati dalam mentaati Allah.
Pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita bahawa cinta kepada Allah perlu diletakkan mengatasi segala-galanya.

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati kita untuk terus kuat berkorban; demi agama, keluarga, perjuangan dan insan yang kita sayangi. Moga setiap pengorbanan yang lahir dari hati yang ikhlas menjadi asbab hadirnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Salam Aidiladha penuh keinsafan, kasih sayang dan pengorbanan. 🤍

Ikhlas daripada;
Seluruh Jawatankuasa Masjid Tebakang

17 Mei 2026.Jawatankuasa Masjid Kampung Tebakang berpeluang menyampaikan sedikit tanda penghargaan berupa kek sempena Sa...
18/05/2026

17 Mei 2026.

Jawatankuasa Masjid Kampung Tebakang berpeluang menyampaikan sedikit tanda penghargaan berupa kek sempena Sambutan Hari Guru kepada empat institusi pendidikan di sekitar Kampung Tebakang iaitu Sekolah Kebangsaan Tasek, Tabika KEMAS Tebakang 1, Tabika KEMAS Tebakang 2, serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KQF) Tebakang.

Semoga sumbangan kecil ini menjadi tanda ingatan dan penghargaan atas segala jasa serta pengorbanan para guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk generasi ummah. 🌹

“Guru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membina masa depan dan mencorak akhlak insan.”

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik.
Terima kasih cikgu.

📚 Selamat Hari Guru 2026 Setiap teguran itu didikan,setiap nasihat itu pedoman,dan setiap ilmu yang diberi menjadi bekal...
16/05/2026

📚 Selamat Hari Guru 2026

Setiap teguran itu didikan,
setiap nasihat itu pedoman,
dan setiap ilmu yang diberi menjadi bekalan sepanjang kehidupan.

Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah lelah membina generasi demi generasi.

Semoga Allah membalas setiap pengorbanan dengan sebaik-baik ganjaran. 🤍
Terima kasih Cikgu!

“Guru Bitara Nadi Negara"


“Nabi ﷺ bersabda:‘Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di syurga seperti ini.’Lalu Baginda menunjukkan j...
14/05/2026

“Nabi ﷺ bersabda:
‘Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada di syurga seperti ini.’
Lalu Baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah serta merapatkan kedua-duanya.”
— Hadis Riwayat al-Bukhari

13 Mei 2026

Mereka-mereka ini tak sama seperti anak-anak lain, membesar tanpa kasih seorang ayah.

Maka, hari ini Masjid Tebakang berkesempatan memberikan sedikit agihan buat 28 orang anak-anak yatim iaitu sebanyak RM500 seorang, agar mereka tahu, mereka tidak pernah sendiri di dunia ini.

Dan hari ini juga turut berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025, sebagai penghargaan buat anak-anak yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada langkah yang lebih besar,
dan terus menjadi kebanggaan keluarga, masyarakat serta agama.

Program pada hari ini berlangsung hasil daripada sumbangan orang ramai yang sentiasa menyokong setiap usaha kebajikan yang dijalankan.

Justeru, segala sumbangan yang diamanahkan ini kami pulangkan semula kepada masyarakat kampung,melalui program-program kebajikan, bantuan dan penghargaan buat mereka yang memerlukan.

Moga setiap kebaikan yang diberi menjadi saham akhirat, dan semangat saling membantu ini terus subur dalam masyarakat kita.


Address

Marang
21400

Telephone

+601156762309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Tebakang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Tebakang:

Shortcuts

Share

Category