Surau Darul Ulama Marang

Surau Darul Ulama Marang Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Assalamualaikum... Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Kuca Bubur Asyura secara gotong-royon...
27/06/2026

Assalamualaikum... Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Kuca Bubur Asyura secara gotong-royong hari ini. Semoga segala pengorbanan, sumbangan dan kerjasama yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala, keberkatan rezeki serta ukhuwah yang semakin erat.
Semoga kita dipanjangkan usia dan rezeki bertemu lagi di tahun hadapan.
Jazakumullahu Khairan Kathira. 🤲

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Ibadah Qurban ...
27/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Ibadah Qurban Perdana Surau Darul Ulama telah berjaya dilaksanakan dengan penuh lancar dan jayanya.

Sebanyak 8 ekor lembu telah selamat dikorbankan hasil kerjasama, sokongan dan semangat ukhuwah daripada semua pihak yang terlibat. Semoga setiap pengorbanan, sumbangan tenaga, masa dan rezeki yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Pihak surau juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta qurban, para penyumbang, petugas, sukarelawan serta seluruh ahli kariah yang bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan terus mengeratkan silaturrahim serta semangat kebersamaan dalam komuniti kita. Insya-Allah, semoga kita dipertemukan lagi tahun hadapan dan di dalam program-program kebaikan yang akan datang.

Alhamdulillah selesai solat sunat Aidiladha di Surau Darul Ulama yang diimamkan oleh Uztaz Zainul Parhi.Ramai jemaah yan...
27/05/2026

Alhamdulillah selesai solat sunat Aidiladha di Surau Darul Ulama yang diimamkan oleh Uztaz Zainul Parhi.

Ramai jemaah yang hadir dan setelah selesai solat ada sedikit hidangan untuk semua jemaah.
Semoga semua amal ibadah kita diterima Allah.

SALAM AIDILADHA 1447H 🌙🐄✨Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Surau Darul Ulama ingin mengucapkan Sela...
27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H 🌙🐄✨

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Surau Darul Ulama ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

Semoga Hari Raya Aidiladha ini menjadi medan untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Mudah-mudahan setiap amal ibadah, doa dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati oleh-Nya.

Semoga Aidiladha kali ini juga membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah buat anda sekeluarga. Eratkanlah silaturahim, suburkan kasih sayang dan semangat saling membantu dalam kehidupan bermasyarakat.

“Korban itu bukan hanya pada sembelihan, tetapi juga pada keikhlasan hati dalam mentaati perintah Ilahi.”

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa & jemaah
Surau Darul Ulama 🤍

26/05/2026

Alhamdulillah malam ini selesai diadakan mesyuarat ringkas untuk perlaksanaan Ibadah Qurban Perdana Surau Darul Ulama bagi tahun 2026.
Program ini akan dilaksanakan selepas solat sunat Aidiladha pagi raya esok.
Sebanyak 8 ekor lembu akan dikorbankan. Semoga program ini akan dipermudahkan Allah dan semuanya berjalan lancar, InsyaAllah..

JOM KORBAN BERSAMA SURAU DARUL ULAMA! ​Masih mencari tempat untuk laksanakan ibadah korban tahun 2026? Jom sertai kami d...
17/04/2026

JOM KORBAN BERSAMA SURAU DARUL ULAMA!

​Masih mencari tempat untuk laksanakan ibadah korban tahun 2026? Jom sertai kami di Surau Darul Ulama, Kg. Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

RM750 Satu Bahagian termasuk kos pengurusan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
👉 Ustaz Hairuddin (016-9258240)
👉 Hj Marzuki (013-9271264)
👉 Hj Zubir (0199890084)

Pembayaran boleh dilakukan melalui :
🏦 *Bank Rakyat: 1101757862*

​Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua. Amin.

Alhamdulillah selesai mesyuarat khas Surau Darul Ulama Marang untuk Program Ibadah Qurban 1447H. Semoga program ini akan...
12/04/2026

Alhamdulillah selesai mesyuarat khas Surau Darul Ulama Marang untuk Program Ibadah Qurban 1447H. Semoga program ini akan berjalan lancar

Mekar mawar di pagi hari,Harum melur di dalam taman,Sepuluh jari disusun rapi,Ampun maaf kami pohonkan.Raikan kemenangan...
21/03/2026

Mekar mawar di pagi hari,
Harum melur di dalam taman,
Sepuluh jari disusun rapi,
Ampun maaf kami pohonkan.

Raikan kemenangan dengan hati yang bersih, eratkan silaturrahim dan sebarkan kasih sayang.

​Semoga hari raya ini membawa keceriaan buat kita semua.

​Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami di Surau Darul Ulama, Marang. 🌙

Assalamualaikum...🌙 Rebut Peluang Terakhir Ramadhan & Jumaat Mulia 🌙Hari ini adalah Jumaat yang penuh keberkatan, dan ju...
20/03/2026

Assalamualaikum...

🌙 Rebut Peluang Terakhir Ramadhan & Jumaat Mulia 🌙

Hari ini adalah Jumaat yang penuh keberkatan, dan juga antara hari-hari terakhir di bulan Ramadhan yang mulia…

Satu waktu yang sangat istimewa untuk kita gandakan amalan dan rebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Bayangkan…
Setiap ringgit yang kita sedekahkan ke surau, menjadi saham akhirat yang tidak akan putus. Menjadi cahaya di alam kubur dan saksi di hadapan Allah kelak.

Jangan lepaskan peluang ini…
Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita. Mungkin ini juga Jumaat terakhir yang kita sempat rasai.

💖 Hulurkan sumbangan anda untuk kegunaan surau:
– Aktiviti ibadah
– Kebajikan jemaah
– Keperluan harian surau

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan.”

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Jom kita sama-sama rebut peluang terakhir ini 🤲



Address

LOT PT14813, Jalan BUKIT KOR, KG RHU RENDANG
Marang
21600

Telephone

+60169258240

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Darul Ulama Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share