18/02/2021
Jernih tengok muka anak-anak kecil duk belajar agama. Berkopiah putih, bertudung labuh, mulut duk sebut nama Allah, nama Nabi, doa-doa duk hafal.
Sejuk hati, kalau serabut-serabut tengok anak-anak pelajar sekolah agama, rasa tenang balik. Mereka inilah yang bakal warisi perjuangan agama Allah SWT.
Namun, sekolah agama dibawah parti tidaklah segah sekolah-sekolah lain. Apa yang ada itulah yang kita manfaatkan semaksimanya.
Walaupun fasiliti kita terhad, namun kita ada cita-cita yang besar. Anak-anak kecil ini dididik dan diasuh untuk punya cita-cita besar di tempat nan kecil.
"Tak apa sekolah kita kecil nak, namun, kita punya tekad untuk memperjuangkan agama Allah Yang Maha Besar".
Ya, sekolah yang kami ingin bina ini tidak sebesar mana, namun cukup untuk keselesaan anak-anak pelajar menelaah agama.
Namun, sekolah kecil ini perlukan juga kos yang besar. Oleh itu, sukalah kami lancarkan Infaq Subuh sempena penghulu segala hari iaitu Jumaat.
Sumbangan anda boleh terus dimasukkan ke akuan atas nama :
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL QURAN (SRIDQ)
AGRO BANK : 1006562000011200
BANK RAKYAT : 1101437460
BANK MUAMALAT : 13010006407718
SRI DARUL QURAN ENTERPRISE
MAYBANK : 563019275417
Maklumat lanjut hubungi / Whatsapp segera :-
☎ PEJABAT : 09-6181148
☎ Ustaz Najmuddin : 0169374081
☎Puan Sanisah : 01116856748
☎ En. Sharafi : 0164211179
Rebutlah peluang ini, derma dihari Jumaat, kepada institusi pendidikan anak-anak, nanti dari mereka ini akan lahir ulama' dan duat, membangun dunia berwawasan akhirat.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan-tuan yang menderma dan berikan rahmat oleh Allah SWT. Terima kasih.