Madrasah Saidatina Khadijah - MASKA

Madrasah Saidatina Khadijah - MASKA Madrasah Saidatina Khadijah (MASKA) merupakan pusat pengajian agama khas buat para muslimat (perempuan).

MASKA menawarkan pengajian tahfiz sepenuh masa dan alimah (berkitab).

Penutup Tahun 2026 | Peperiksaan Akhir Tahun MASKAAlhamdulillah, para pelajar Madrasah Saidatina Khadijah (MASKA) kini s...
10/12/2025

Penutup Tahun 2026 | Peperiksaan Akhir Tahun MASKA

Alhamdulillah, para pelajar Madrasah Saidatina Khadijah (MASKA) kini sedang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun sebagai penutup sesi 2026.

Semoga Allah mudahkan setiap urusan, lapangkan hati para pelajar, dan kurniakan kefahaman yang baik dalam setiap ilmu yang dipelajari.

Doakan mereka berjaya dengan cemerlang dan terus istiqamah dalam adab serta akhlak. 🌿📖

Alhamdulillah, semalam 29 Mei lepas Zohor, pelajar & guru Madrasah Saidatina Khadijah berkesempatan khidmat di Majlis Ta...
30/05/2025

Alhamdulillah, semalam 29 Mei lepas Zohor, pelajar & guru Madrasah Saidatina Khadijah berkesempatan khidmat di Majlis Tahlil di Maqam Tok Pulau Manis.

Syukur diberi peluang bersama-sama baca tahlil & doa, ambil berkat di maqam ulama besar Terengganu. Moga Allah terima segala amalan & beri manfaat buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

PENGAMBILAN PELAJAR BARU MUSLIMAT TAHUN 2025SILIBUS PENGAJIAN▫️PENGAJIAN HAFALAN ALQURAN HAFIZAH & PENGAJIAN ILMU SYARIA...
25/03/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BARU MUSLIMAT TAHUN 2025

SILIBUS PENGAJIAN

▫️PENGAJIAN HAFALAN ALQURAN HAFIZAH & PENGAJIAN ILMU SYARIAH ALIMAH ( SELAMA 4-6 TAHUN)

⛔ TEMPAT ADALAH TERHAD

📍PELUANG MENDAPAT TAJAAN PENUH DARI MADRASAH UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE TARIM YAMAN (BERSYARAT).

🏡 MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH

Lot 2912 Kg Banggol Pasir Tinggi Bukit Payong, 21400 Marang Terengganu.

https://goo.gl/maps/1eKM9fV5U2bWVZcNA

☎️ Setiap pemohon akan dihubungi untuk sesi temuduga. Dapatkan borang pendaftaran di nombor yang tertera dibawah.

📲Mudirah :
http://wasapp.me/601111943130/Daftar2025

✨AKTIVITI PELAJAR: BELAJAR MEMBUAT KUIH✨Alhamdulillah, para pelajar Madrasah Saidatina Khadijah hari ini berpeluang memp...
20/03/2025

✨AKTIVITI PELAJAR: BELAJAR MEMBUAT KUIH✨

Alhamdulillah, para pelajar Madrasah Saidatina Khadijah hari ini berpeluang mempelajari kemahiran membuat kuih. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga melatih pelajar dalam penyediaan makanan dengan penuh ketelitian dan kesabaran.

Semoga ilmu yang diperoleh ini menjadi manfaat dan bekalan berharga untuk masa hadapan, insyaAllah.

✨ PELAJAR MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASSIN ✨Alhamdulillah, para pelajar Madra...
02/03/2025

✨ PELAJAR MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASSIN ✨

Alhamdulillah, para pelajar Madrasah Saidatina Khadijah telah memenuhi jemputan ke Majlis Tahlil & Bacaan Yassin yang diadakan pada 28 Februari 2025 di kediaman Cik Ngoh Lah @ Hajjah Ramlah.

Majlis ini diisi dengan bacaan Yassin, tahlil, serta doa untuk kesejahteraan semua, diiringi ukhuwah yang erat sesama muslimat. Kehadiran para pelajar menunjukkan semangat cintakan majlis ilmu dan penghayatan terhadap sunnah.

Semoga majlis ini membawa keberkatan serta menjadi amalan yang diterima di sisi Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab📌 Berkata Imam al-Shafie : “Sampai kepada kami b...
01/01/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..

Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab

📌 Berkata Imam al-Shafie :

“Sampai kepada kami bahawa ada dikatakan doa akan diterima pada lima malam; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Qurban, malam Hari Raya Puasa, awal malam dari bulan Rajab dan malam pertengahan bulan Sya’ban (malam Nisfu Sya’ban)”.

📌 Doa memasuki bulan Rejab :

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau pertemukan kami dengan bulan Ramadhan.

Pesanan Ustaz Pahrol Mohamad JuoiApa tanda-tanda lalai?🔘 Kurang membaca Al-Quran 🔘 Kurang berzikir 🔘 Lalai dalam solat, ...
02/05/2024

Pesanan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Apa tanda-tanda lalai?

🔘 Kurang membaca Al-Quran
🔘 Kurang berzikir
🔘 Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah, tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
🔘 Banyak membuang masa untuk hiburan
🔘 Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, main hafal je
🔘 Memanjang sibuk dengan urusan dunia, cepat stress
🔘 Cara hidupnya tak macam Muslim
🔘 Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ustaz kata, "Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al-Quran"

Ustaz pesan, beli Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia

Lalai, apa akibatnya pulak?

🔘 Kurang semangat nak beribadah, tak s**a baca Quran
🔘'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
🔘 Hilang fokus dalam hidup
🔘 Mudah lesu dan buntu, sentiasa rasa esok masih ada

Sebab apa boleh lalai?

🔘 Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
🔘 Berkawan dengan orang-orang yang lalai
🔘 Berada dalam persekitaran 'rosak' (contohnya, pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
🔘 Tidak berzikir
🔘 Terjerat dalam perancangan-perancangan licik kaum yang kufar (contohnya, berlebihan dalam mendengar lagu, tengok filem dan rancangan s**an)

Cara mengatasinya:

☑️ Cari sahabat yang baik
☑️ Hadiri majlis ilmu
☑️ Bangun malam dan solat
☑️ Banyakkan zikir
☑️ Rajin baca Quran
☑️ Bersangka baik dengan orang lain

09/04/2024

Rasulullah SAW bersabda“Setiap malam Allah SWT turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir lalu Allah SWT berfirman; sesiapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkan, sesiapa yang meminta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku akan memberinya dan sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku nescaya Aku akan mengampuninya." (Riwayat al-Bukhari).

📖 AL-QURAN“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya w...
06/04/2024

📖 AL-QURAN
“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”.
[ HR Bukhari ]
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
👆🏼 Peringatan Sama Allah Ulang 4X
[ Surah Al-Qamar : Ayat 17, 22, 32 & 40 ]
PANDUAN AL-QURAN LENGKAP ⤵️
🎁 [ MAKHRAJ & SIFAT HURUF AL-QURAN ] Tajwid Huruf Al Khairiyyah: https://youtube.com/playlist...
🎁 [ QURAN ONLINE ] Baca Al-Quran Online (27 Bahasa): https://quranonline.net/al-fatihah
🎁 [ QURAN YOUTUBE ] Bacaan Al-Quran Inteam: https://quran.inteam.my
🎁 [ QURANLY APP ] Rekod Pahala (Hasanat) Bacaan Al-Quran:
✔️ App Store: https://apps.apple.com/my/app/quranly/id1559233786
✔️ Google Play: https://play.google.com/store/apps/details...
🎁 [ TILAWAH APP ] Perbetulkan Bacaan Tajwid: https://www.tilawah.my/download
🎁 [ TARTEEL AI ] Periksa dan Carian Sebutan Ayat Al-Quran: https://www.tarteel.ai
🎁 [ TADABBUR AL-QURAN ] Belajar Memahami Ayat Al-Quran: https://m.facebook.com/TadabburCentre
🎁 [ THE NOOR APP ] Dengar Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu (Audio Neelofa): https://www.thenoor.co/my
🎁[ PERCUMA KELAS AL-QURAN ONLINE ] Join Keluarga Mengaji FB: https://www.facebook.com/groups/1057322071315959
⚠️ HUKUM: DIBOLEHKAN & HARUS membaca Al-Quran Apps Handphone dan Kitab Al-Quran Terjemahan tanpa tutup aurat dan tidak ambil wuduk:

✔️ HUKUM BACA AL-QURAN TANPA TUTUP AURAT: https://maktabahalbakri.com/1468-membaca-al-quran-tanpa...
✔️ HUKUM BACA AL-QURAN APPS TANPA BERWUDUK: https://maktabahalbakri.com/2572-al-quran-dalam-handset...
✔️ HUKUM PEGANG AL-QURAN TERJEMAHAN TANPA BERWUDUK: https://maktabahalbakri.com/847-memegang-tafsir-al-quran...
🎁 HIKMAH & RAHSIA AL-QURAN:
👳🏻‍♂️ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri:
🍃 https://maktabahalbakri.com/4410-fadhilat-mempelajari-al...
🍃 https://maktabahalbakri.com/4541-bertajwid-dan-tartil...
👳🏻‍♂️ Habib Ali Zaenal : https://youtu.be/6JAM5wxvSJM
👳🏻‍♂️ Ustaz Wadi Annuar: https://youtu.be/hMwdIrnsi9g
👳🏻‍♂️ Ustaz Azhar Idrus: https://youtu.be/K7an6rdeQEM
🧕🏼 Ustazah Asma’ Harun: https://youtu.be/-B5nmvH0a1Q
👳🏻‍♂️ Ustaz Kazim Elias: https://youtu.be/msCgpWeUKH0
👳🏻‍♂️ Ustaz Shamsuri: https://youtu.be/JuMUM1u7rpg
👳🏻‍♂️ Syamsul Debat: https://youtu.be/5BVHOXxIFBg

🎁 KELAS BIMBINGAN BUKAN ISLAM & RUJUKAN SOAL JAWAB AGAMA:
✔️ MULTIRACIAL REVERTED MUSLIMS: https://m.facebook.com/MultiracialRevertedMuslims99
✔️ HIDAYAH CENTRE: https://hidayahcentre.org.my/aktiviti/kelas-bimbingan-mualaf
✔️ ADA SOALAN TANYA SINI: https://maktabahalbakri.com/sebarang-pertanyaan
✔️ RUJUKAN SOAL JAWAB MAKTABAH AL-BAKRI: https://maktabahalbakri.com/soal-jawab-agama
💰SUMBANGAN BULANAN MAKTABAH AL-BAKRI: https://maktabahalbakri.com
💰PORTAL SEDEKAH: https://sumbangan.com
💰TABUNG ANAK BULU: https://www.facebook.com/norashikin.ahmad.7
💰 PAHALA BACA AYAT AL-QURAN DALAM SOLAT DAN DI TEMPAT LAIN: https://youtu.be/RXHob-rWyj8
P/S: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?” (Muhammad : 24)
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An’aam : 162)
✅ MOHON COPY MESEJ INI & SHARE DI GROUP WHATSAPP! جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا

Kuliyyah Dhuha Ustaz Azhar Idrus Official 🕌 Masjid Padang Mengkuang, Bukit Payong Marang Terengganu📆 20 Ogos 2020⏰ 9.00 pagi*Channel Rasmi Ustaz Azhar Id...

04/04/2024

"Jauhkan diri kita sekeluarga dari azab neraka dengan bersedekah. Jika tak mampu sedekah wang, berilah ucapan dan kata kata baik sebagai sedekah."
IKIMfm

Salam 23 Ramadan.Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang ditakdirkan untuk melaksanakan Malam Lailatul Qadar...
03/04/2024

Salam 23 Ramadan.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang ditakdirkan untuk melaksanakan Malam Lailatul Qadar,

Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang mendapat pahala yang paling besar padanya,

Dan masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang berbahagia di dalamnya,

Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang merdeka di dalamnya dari neraka dan di antara orang-orang yang diberi khabar gembira di dalamnya akan Syurga Firdaus yang paling tinggi.

Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf yang s**akan pengampunan, maka Ampunilah kami..Rahmatilah kami..

Semoga Allah swt menerima segala amalan kebaikan yang telah kami lakukan & mempermudahkan urusan semua umat Nabi Muhammad SAW.

Address

Lot 2912, Kg Banggol Pasir Tinggi, Bukit Payong
Marang
21400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60143313130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Saidatina Khadijah - MASKA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Madrasah Saidatina Khadijah - MASKA:

Share