23/08/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Program Sukaneka Kemerdekaan Masjid Lama Kg. Jengka Batu 13 dengan penuh meriah, ceria dan semangat perpaduan. π²πΎβ€οΈ
Program yang berlangsung ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 300 orang hadirin yang terdiri daripada masyarakat setempat serta para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, menyertai dan bersama-sama memeriahkan program ini. Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, tenaga, masa dan kerjasama bagi memastikan program berjalan dengan lancar.
Sesungguhnya, kemeriahan dan kejayaan program ini adalah hasil daripada sokongan serta kebersamaan seluruh komuniti. Semoga ukhuwah, semangat kejiranan dan perpaduan yang terjalin terus subur dan berkekalan.
Terima kasih atas segala kenangan dan keceriaan yang dicipta bersama. β€οΈπ²πΎ
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! π²πΎ
Daripada:
AJK Masjid Lama Kg. Jengka Batu 13