26/03/2026
Assalamualaikum semua😊🌷
Salam Jumaat Penuh Keberkatan🌙
Pihak pengurusan Masjid🕌
An-Nur Felda Melur Jengka 12 membuka peluang buat semua untuk berinfaq mencari bekalan akhirat.
Marilah kita semua bersama-sama merebut peluang keemasan untuk berinfaq dalam usaha pembinaan mihrab baharu Masjid An-Nur Felda Melur Jengka 12, sebagai satu langkah memperindahkan dan memuliakan rumah ALLAH SWT agar lebih cantik, indah, tenang dan sempurna.
"إِنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ"
"Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan"
( Hadis sahih riwayat Muslim ) (147)
Mihrab bukan sekadar elemen fizikal, tetapi menjadi simbol kesatuan saf dan kekhusyukan dalam beribadah.
Sehubungan itu pihak masjid menganjurkan “KEMPEN INFAQ MIHRAB”. Kami dengan penuh rendah hati mengajak tuan/puan yang budiman lagi dermawan untuk sama-sama menginfaq dan menyumbang mengikut kemampuan. Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, amatlah bermakna dan menjadi salah satu bukti kasih sayang kita kepada masjid serta tanda sokongan dalam mengimarahkan syiar Islam di kawasan kariah Felda Melur Jengka 12.
Sebarang infaq dan sumbangan boleh di masukkan/transfer/qr terus ke akaun masjid👇🏾
AKAUN BANK RAKYAT
MASJID AN NUR FELDA JENGKA 12
NO AKAUN:- 1102453041
UPDATE KUTIPAN 27/3/2026
JUMLAH TERKUMPUL: RM1,300.00
BAKI DIPERLUKAN: RM48,700.00
SASARAN KUTIPAN: RM50,000.00
KOS MERANGKUMI:-
1- PEMASANGAN MIHRAB
2- PARTITION UNTUK MIHRAB
3- PENDAWAIAN LAMPU MIHRAB DAN MENGUBAH KEDUDUKAN PLUG, SUIS, KIPAS DAN SEBAGAINYA
4- MENGECAT
Semoga setiap sen/ringgit yang disumbangkan dan diinfaqkan akan menjadi saham akhirat yang berkekalan, mengalir pahalanya walaupun kita telah tiada, serta dikurniakan ganjaran berlipat ganda oleh ALLAH SWT. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati, dipermudahkan segala urusan, dan menjadi asbab kebaikan serta kesejahteraan buat kita semua di dunia dan akhirat.🤲✨
SEBARANG PERTANYAAN👇🏻
📱PGRSI. USTZ SYED 0195045536
📱BEND. EN SHAHRUDIN 0196440637
📱S.U. EN SHUHADI 01115744706