Masjid Al Muhajirin Taman Bintang Bintangor

Masjid Al Muhajirin Taman Bintang Bintangor Masjid

Alhamdulillah. program sempena maal hijrah 1448 H Masjid Al - Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor. Penceramah jemputan :...
16/06/2026

Alhamdulillah. program sempena maal hijrah 1448 H Masjid Al - Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor. Penceramah jemputan : Ustaz Muhd Faiz Bin Kadir dari UiTM Mukah.

Alhamdulillah selesai program ceramah malam tuk. Terima kasih kepada Ust Abang Abdull Rajak dan Pejabat Agama Islam Baha...
25/05/2026

Alhamdulillah selesai program ceramah malam tuk. Terima kasih kepada Ust Abang Abdull Rajak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei atas kerjasama pengelolaan majlis ilmu ini.

Jom rami - rami kita hadir memeriahkan majlis tuk kelak.
10/04/2026

Jom rami - rami kita hadir memeriahkan majlis tuk kelak.

Suasana Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al - Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor
21/03/2026

Suasana Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Al - Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor

Majlis Khatam Al-Quran 2026Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang, BintangorAlhamdulillah, pada 15 Mac 2026 (Ahad telah berl...
15/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran 2026
Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor

Alhamdulillah, pada 15 Mac 2026 (Ahad telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran 2026 di Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor yang diadakan selepas Solat Tarawih.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada Program Tadarus Al-Quran Ramadan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan selepas Solat Tarawih. Program tadarus tersebut melibatkan seramai 30 orang peserta, yang terdiri daripada kumpulan dewasa lelaki, kumpulan kanak-kanak serta kumpulan muslimah.

Sepanjang bulan Ramadan, para peserta telah bersama-sama mengimarahkan masjid dengan bacaan Al-Quran secara berkumpulan, sekali gus menyemarakkan lagi suasana ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini.

Majlis khatam ini menjadi tanda kesyukuran atas kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada para peserta untuk menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran secara berjemaah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata kepada para peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan mereka sepanjang program berlangsung. Penyampaian cenderamata tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Bin Zoll, selaku Pengerusi JKP Masjid Al-Muhajirin Taman Bintang, Bintangor.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta kepada Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta tadarus serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

“Al-Quran di hati, Ramadan diberkati.”

Alhamdulillah, pada awal pagi 15 Mac 2026 (Ahad) bersamaan malam-malam terakhir Ramadan, telah berlangsung Program Qiamu...
15/03/2026

Alhamdulillah, pada awal pagi 15 Mac 2026 (Ahad) bersamaan malam-malam terakhir Ramadan, telah berlangsung Program Qiamulail Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang, Bintangor bermula jam 4.00 pagi.

Program ini telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Akmal Bin Mohd Roslan dengan kehadiran seramai 20 orang jemaah yang hadir untuk menghidupkan malam dengan ibadah.

Antara pengisian program ialah:
• Solat Sunat Taubat
• Solat Sunat Tahajjud
• Solat Sunat Hajat

Program ini diadakan sebagai usaha mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadan, yang merupakan waktu terbaik bagi umat Islam memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan daripada Allah SWT, di samping mengharapkan keberkatan serta peluang bertemu Lailatul Qadar.

Selepas selesai qiamulail, para jemaah turut menikmati sahur secara berjemaah, yang sekali gus mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli kariah.

Semoga amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan semoga lebih ramai lagi jemaah dapat bersama-sama menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan di masjid.





Ceramah Isra' & Mikraj  di Masjid Al Muhajirin Taman Bintang oleh Ustaz Zahrul Marthan
17/01/2026

Ceramah Isra' & Mikraj di Masjid Al Muhajirin Taman Bintang oleh Ustaz Zahrul Marthan

✨ JEMPUTAN ISTIMEWA ✨Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa agung Isra’ & Mi‘raj dalam satu majlis ilmu yang penuh ...
14/01/2026

✨ JEMPUTAN ISTIMEWA ✨
Marilah kita sama-sama menghayati peristiwa agung Isra’ & Mi‘raj dalam satu majlis ilmu yang penuh pengajaran dan ibrah.

🕌 Program: Isra’ & Mi‘raj – Menyingkap Ibrah Perjalanan Agung
📅 Tarikh: 17 Januari 2026
⏰ Masa: Selepas Maghrib
📍 Tempat: Masjid Al-Muhajirin, Taman Bintang
🎙 Penceramah: Ustaz Zahrul Effendi bin Marthan

📢 Dijemput hadir beramai-ramai.
Semoga majlis ini menjadi asbab menambah keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ.

Address

Lot 1552 Lorong 7
Maradong
96500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Muhajirin Taman Bintang Bintangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share