Surau Al Diniah Kampung Tengah

Surau Al Diniah Kampung Tengah Halaman untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti berkaitan.

11/03/2025

As salam,

Tuan\Puan\Encik\Cik,

PERKARA : PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PEMASANGAN 4 UNIT PENGHAWA DINGIN DI SURAU AL-DINIAH KAMPUNG TENGAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Surah Al-Diniah, Kampung Tengah, merupakan pusat ibadah dan aktiviti keagamaan bagi masyarakat setempat. Sejak penubuhannya, surau ini telah menjadi tempat bagi umat Islam menjalankan ibadah, menuntut ilmu, dan menjalin silaturahim. Namun, dengan peningkatan jumlah jemaah dan aktiviti yang dijalankan, kami menghadapi kesulitan untuk menyediakan persekitaran yang selesa terutamanya pada musim panas.

2. Oleh itu, pihak jawatankuasa surau berhasrat untuk memasang 4 unit penghawa dingin bagi memastikan keselesaan jemaah dan meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti keagamaan yang dijalankan. Namun, kos pemasangan dan pembelian peralatan ini adalah tinggi dan memerlukan sumbangan daripada pihak yang prihatin.

3. Untuk makluman Tuan\Puan\Encik\Cik, kos keseluruhan untuk pemasangan penghawa dingin adalah sebanyak RM20,000. Sumbangan Tuan\Puan\Encik\Cik amatlah dihargai dan akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat setempat.

4. Butiran untuk sumbangan adalah seperti berikut:

Nama Akaun : SURAU AL DINIAH KAMPUNG TENGAH
Nombor Akaun : 2-00-0381-00004226-9
Bank : AGRO BANK
Perincian : Sumbangan pemasangan penghawa dingin

Kami juga bersedia untuk memberikan sebarang maklumat lanjut atau dokumen yang diperlukan bagi menyokong permohonan ini. Anggaran kos pemasangan 4 unit penghawa dingin dilampirkan beserta surat ini.

5. Kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan\Puan\Encik\Cik. Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

13/06/2024

MEMO
As Salam
Yang Dihormati Tuan / Puan / Encik / Cik,
SELAKU AHLI KARIAH SURAU AL-DINIAH
KAMPUNG TENGAH

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH QURBAN PERINGKAT KAMPUNG TENGAH 1445H / 2024M

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .
02. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H / 2024M, Kampung Tengah melalui Jawatankuasa Sementara Surau Al-Diniah Kampung Tengah akan mengadakan Majlis Sambutan Aidiladha dan Ibadah Qurban peringkat kampung seperti maklumat berikut :

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Tempat : Surau Al-Diniah Kampung Tengah .
Tarikh : 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445H ( ISNIN )
Masa : 8.15 Pagi

Majlis Ibadah Qurban
Tempat : Surau Al-Diniah Kampung Tengah .
Tarikh : 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445H ( ISNIN )
Masa : 9.30 Pagi

03 . Sehubungan dengan itu , Tuan / Puan / Encik / Cik adalah dipelawa untuk menyertai Majlis Sambutan Aidiladha dan Ibadah Qurban tersebut . Bersama - sama dengan memo ini , disertakan aturcara program seperti di bawah untuk rujukan dan tindakan Tuan/Puan/Encik/Cik selanjutnya. Semoga usaha murni ini akan mendapat ganjaran pahala dan balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

Sekian , terima kasih.
JAWATANKUASA SEMENTARA SURAU AL-DINIAH KAMPUNG TENGAH.

TENTATIF PROGRAM

8.15 PAGI - SOLAT SUNAT AIDIL ADHA
9.30 PAGI - TAKLIMAT PESERTA QURBAN
• Kedudukan haiwan sembelihan peserta Qurban
• Bilangan Haiwan Qurban : 4 Ekor Lembu

9.45 PAGI - TAKLIMAT PETUGAS QURBAN
• Keselamatan petugas
• Agihan peralatan petugas

17/07/2023

As Salam

Yang Dihormati Tuan / Puan / Encik / Cik,
SELAKU AHLI KARIAH SURAU AL-DINIAH
KAMPUNG TENGAH

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023M PERINGKAT KAMPUNG TENGAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .
02. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Maal Hijrah 1445H/2023M melalui Jawatankuasa Sementara Surau Al-Diniah Kampung Tengah akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M peringkat kampung seperti maklumat berikut :

Tempat : Surau Al-Diniah Kampung Tengah
Tarikh : 19 Julai 2023 / 1 Awal Muharam 1445 H ( RABU )
Masa : Selesai Solat Magrib Berjemaah
Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Omar Fikri
Jamuan : Disediakan

03 . Sehubungan dengan itu , Tuan / Puan / Encik / Cik adalah dijemput untuk menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 tersebut. Marilah kita bersama-sama merapatkan kembali ukhwah dan silaturrahim sesama warga bersempena Maal Hijrah 1445. Saling bermaaf-maafan sesama kita jika ada sengketa. Ya, mungkin kita berbeza pendapat namun janganlah disebabkan pendapat kita berpecah belah. Bersatulah demi syiar Islam.

Sekian , terima kasih.

Halaman untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti berkaitan.

Majlis Qurban 2023M / 1444H
29/06/2023

Majlis Qurban 2023M / 1444H

16/03/2023

As Salam.
Kepada seluruh ahli kariah Surau Al-Diniah Kampung Tengah,
PERKARA : TAJAAN MAJLIS BERBUKA PUASA / MOREE DI SURAU AL-DINIAH KAMPUNG TENGAH TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya perkara di atas adala dirujuk.
2. Pihak Jawatankuasa Pengurusan (Sementara) Surau Al-Diniah Kampung Tengah mempelawa ahli kariah Surau Al-Diniah Kampung Tengah yang berhajat untuk menaja Majlis Berbuka Puasa/Moree sepanjang Bulan Ramadhan 2023 yang dijangka bermula pada 23/03/2023 (Khamis) yakni minggu hadapan.
3. Kos tajaan bagi setiap Majlis Berbuka Puasa/Moree ditetapkan sebanyak RM450 (dikelolakan oleh Pengurusan sementara Surau Al-Diniah Kampung Tengah). Bakal penaja Moree boleh menyalurkan wang tajaan kepada En. Azam atau En. Komar beserta pilihan menu yang dihehendaki (wajib).
4. Manakala bagi penaja persendirian yang berhajat menyediakan sendiri juadah berbuka puasa maka perlu disediakan sekali minuman.
5. Tarikh penajaan harus dimaklumkan lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis kepada saya, Mahadhir (0127835994) supaya penyusunan jadual dapat dilakukan bagi mengelakkan pertindihan tarikh. Tarikh Majlis Berbuka Puasa/Moree akan dikemaskini di papan notis Surau Al-Diniah serta Whatsapp.
6. Pihak Pengurusan (Sementara) Surau juga menjemput seluruh ahli kariah Surau Al-Diniah Kampung Tengah untuk bersama-sama hadir berbuka puasa bersama bagi mengeratkan ukhwah dan sillaturrahim sempena Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh Barokah. Inshaa Allah.
Sekian, Terima kasih.

PROGRAM IBADAH QURBAN  1443H/2022M
10/07/2022

PROGRAM IBADAH QURBAN 1443H/2022M

07/07/2022

Assalamualaikum.

JADUAL PENGAJIAN

Waktu : Selesai Solat Magrib

01-07-22 Jumaat
Ustaz Hj Rozali

08-07-22 Rabu
Ustaz Omar fikri

09-07-22 Jumaat
Ustaz Khairul Subhi

20-07-22 Rabu
Ustaz Omar Fikri

Dialu-alukan untuk membawa sedekah makanan untuk jamuan.

04/07/2022
17/06/2022

Majlis Bacaan Surah Yaa Siin Dan Tahlil

UNTUK MAKLUMAN, KULIAH MAGHRIB MASJID JAMEK SUNGAI LESONG BAGI BULAN 6 (JUN) 2022.
08/06/2022

UNTUK MAKLUMAN, KULIAH MAGHRIB MASJID JAMEK SUNGAI LESONG BAGI BULAN 6 (JUN) 2022.

Address

Kampung Tengah, Simpang 4
Mambang Di Awan
31950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Diniah Kampung Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Diniah Kampung Tengah:

Share

Category