Tranquerah TV

Directions Website

Tranquerah TV Masjid Tengkera Melaka

13/08/2026

Jumaat, 14 August 2026 M
1 Rabiul Awwal 1448 H

Selamat datang bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad shalallahu
alaihi wasallam. 🌹

🇲🇾🇮🇩

25 JUN 2026 Khamis9 MUHARRAM 1448 HMahabbah Asyura Bersama Anak Yatim.“Sesungguhnya setiap senyuman yang diukir, setiap ...
25/06/2026

25 JUN 2026 Khamis
9 MUHARRAM 1448 H
Mahabbah Asyura Bersama Anak Yatim.

“Sesungguhnya setiap senyuman yang diukir, setiap kasih yang dicurah, dan setiap bantuan yang dihulurkan kepada anak yatim adalah jalan menuju keberkatan dan rahmat Allah.”

“Aku dan penjaga anak yatim seperti dua jari ini di dalam syurga.”
(Riwayat Muslim, 2983)

SELAMAT MENYAMBUTTAHUN BARU ISLAM 1448 HIJRIAH“Hijrah Jiwa, Membina Ummah, Meraih Redha Allah”Semoga Tahun Baru Hijriah ...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT
TAHUN BARU ISLAM 1448 HIJRIAH

“Hijrah Jiwa, Membina Ummah, Meraih Redha Allah”

Semoga Tahun Baru Hijriah membawa keberkatan, kedamaian dan kemudahan buat kita semua. 🤲🌙

27 Mei 2026 | Rabu 10 Zulhijjah 1447Alhamdulillah selesai sudah program korban Masjid Tengkera. Juga setinggi-tinggi pen...
27/05/2026

27 Mei 2026 | Rabu
10 Zulhijjah 1447

Alhamdulillah selesai sudah program korban Masjid Tengkera. Juga setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua anak qariah , penyumbang dan jemaah yang membantu sepanjang majlis korban berlangsung.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan setiap amal diterima Allah SWT.



Selamat Hari Raya AidiladhaRaikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kebersamaan.
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan kebersamaan.

14.03.2026 Sabtu | Majlis Tautan Kasih Ramadhan bersama Anak Yatim dari Kariah Tengkera.“Dalam senyuman anak-anak yatim ...
14/03/2026

14.03.2026 Sabtu | Majlis Tautan Kasih Ramadhan bersama Anak Yatim dari Kariah Tengkera.

“Dalam senyuman anak-anak yatim ini, ada doa yang tidak pernah putus kepada mereka yang menghulurkan kasih. Semoga setiap tangan yang memberi hari ini, dibalas dengan rahmat dan keberkatan yang tidak ternilai.”

﷽
02/02/2026

﷽

Majlis Istimewa Ceramah Perdana Isra' & Mikraj' bersama TG USTAZ MUHAMMAD HATTA SYAMSUL ARIFFIN BIN ABD RAHIM( Mudir Rub...
16/01/2026

Majlis Istimewa Ceramah Perdana Isra' & Mikraj' bersama TG USTAZ MUHAMMAD HATTA SYAMSUL ARIFFIN BIN ABD RAHIM
( Mudir Rubath Ad-Dhiyaullamie Tambak Bugis ) bertempat Masjid Tengkera Melaka.

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, be...
22/11/2025

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, berkat, dan izin-Nya, majlis Maulid Nabi Muhammad SAW yang kita adakan pada hari ini telah berjalan dengan penuh keberkatan dan kesempurnaan.

Majlis ini bukan sekadar perhimpunan, tetapi suatu manifestasi kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW – insan yang membawa sinar hidayah, akhlak yang terpuji, dan rahmat buat seluruh alam. Semoga penghayatan yang kita peroleh dengan selawat, qasidah, ceramah, dan kebersamaan meraikan anak yatim qariah moga majlis ini menambah kan cinta kita kepada Baginda dan mendorong kita meneladani sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur JAWATANKUASA SURAU BETING & PERSATUAN PENDUDUK SERI PANTAI , para penceramah, penyumbang serta ANAK QARIAH TRANQUERAH yg menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga segala usaha dan kebaikan ini diganjarkan Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Akhir kata, marilah kita terus memperkukuh ukhwah, memperbanyakkan selawat, serta memelihara akhlak yang mulia sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Moga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan, dan kesejahteraan buat kita semua.

Address

Km 2, Jalan Tengkera, Tengkera, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malacca City
75200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tranquerah TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share