Surau Al Barakah

Surau Al Barakah SURAU AL BARAKAH MELAKA PERDANA RESORT HOMES

31/03/2024
18/07/2022

Alhamdulillah, berikut adalah senarai Kuliah Magrib/Majlis Ilmu bagi bulan Julai Minggu ini.

1. - 19 hb Julai 2022 -Selasa
- Kuliah tafsir Al Quran
- Ustaz Abd.Quddus Mohd Badari.
- Kitab Tafsir Al - Jalalain

2. - 20 hb Julai 2022 - Rabu
- Kuliah Pengajian Al Hadith.
- Ustaz Mohammad Huzaifah
- Kitab - Midraj Ul -Fawatih ' Tangga Pembuka Ilmu' Fisyarh Misykat Il- Masobih.

3. - 21hb Julai 2022 - Khamis
- Kuliah Pengajian Fekah
- Ustaz Abd Karim Ibrahim
- Kitab Safinatu An-Naja

4. - 022 hb Julai 2022 - Jumaat
- Kelas Al Quran
- Ustaz Zakaria Abd Ghani
- Kitab Al Quran dan 'Al Taisir Lihusulit Tartil - Jalan Mudah Utk Menghasilkan Bacaan Al Quran Secara Tartil.

5. - 24b Julai 2022 - Ahad
- Kuliah Subuh
- Kitab Tafsir Al-Munir Juz 1

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir utk menimba ilmu dan mempertingkatkan iman.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ🕌 SURAU AL B...
24/02/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ

🕌 SURAU AL BARAKAH,
MELAKA PERDANA RESORT HOMES.

🗒 1 MARCH 2022 (SELASA)/27 REJAB 1443 H

🕗Masa: 7.45 MALAM
MAGRIB

📔 KULIAH KHAS MAGHRIB

CERAMAH BICARA MURABBI
“ISRA’ DAN MIKRAJ : PENGUKUH ATAU PELUNTUR AQIDAH?

Bersama:
PENCERAMAH :
👳‍♂ USTAZ NORHISHAM BIN
AHMAD
# Imam Masjid Bukit Lintang
# Penceramah Bebas (Tauliah JAIM)

DI JEMPUT SEMUA KARIAH PENDUDUK MELAKA PERDANA RESORT HOMES DAN KELUARGA SERTA JIRAN TAMAN BERDEKATAN.

Sila kongsikan : 📡🔴
"Sampaikanlah dariku, walau satu ayat"

Bermula selepas subuh 21/11/2021
20/11/2021

Bermula selepas subuh 21/11/2021

Gantikan Tarawih Dengan 4 Rakaat Sunat==============1. Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan Solat Taraw...
17/05/2021

Gantikan Tarawih Dengan 4 Rakaat Sunat
==============
1. Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan Solat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan. Barangkali kita boleh menggantikan kekuatan menunaikan Solat Tarawih kita dengan Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya. Ini kerana Rasulullah dikatakan sering melakukannya.

2. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Saidina Ibn Abbas ada menceritakan bagaimana Rasulullah setelah selesai menunaikan solat isya’ akan pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 4 rakaat. Kata beliau:

وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا ، فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ العِشَاءَ ، ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ ، فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ نَامَ

“Rasulullah menunaikan solat Isya, kemudian pulang ke rumahnya dan menunaikan solat (sunat) empat rakaat dan kemudian Baginda tidur.” (HR al-Bukhari)

3. Perkara ini turut disahkan oleh Saidatina Aisyah yang menyebutkan:

مَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ قَطُّ فَدَخَلَ عَلَيَّ إِلَّا صَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَوْ سِتَّ رَكَعَاتٍ

“Tidaklah Rasulullah itu menunaikan solat isya melainkan Baginda akan pulang ke rumahku dan menunaikan solat sunat empat atau enam rakaat.” (HR Abu Daud)

4. Lebih luar biasa lagi Saidina Abdullah bin Mas’ud menganggap Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya ini mempunyai ganjaran yang sangat besar seperti ganjaran Lailatul Qadar. Kata Saidina Abdullah bin Mas’ud:

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Barangsiapa menunaikan solat sunat selepas isya sebanyak empat rakaat dengan satu salam, maka pahalanya seumpama pahala Lailatul Qadar. (Athar diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah).

5. Oleh yang demikian, sekiranya kita masih mempunyai kekuatan Tarawih seperti dalam Ramadan yang lalu, teruskan dengan menunaikan solat sunat selepas isya’ sebanyak 4 rakaat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

JOM KITA MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG AKAN TIBA
06/04/2021

JOM KITA MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK YANG AKAN TIBA

06/11/2020

Tiga Haiwan Dalam Kehidupan Luqman.

Biasanya kita mendengar Luqman dikaitkan dengan himar. Kali ini, saya akan kongsikan tiga jenis haiwan yang ada kaitan dengan Luqman al-Hakim; dua daripadanya secara tersirat.

Haiwan yang pertama ialah kuda. Allah Taala berfirman [وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ] maksudnya, “Dan sungguh, Kami kurniakan Luqman al-hikmah.”
Hikmah berasal daripada perkataan al-hakamah الحكمةyang bermaksud besi yang mengekang mulut kuda. Tujuan besi itu ialah untuk memudahkan pengendalinya mengawal kuda tersebut dengan sebaiknya.
Sehubungan itu, perkataan hikmah diguna pakai untuk merujuk kepada kebijaksanaan. Ini kerana, nilai kebijaksanaan yang terhasil daripada ilmu dan amal itulah yang akan mengawal orang tersebut sebagaimana fungsi besi pengekang mulut kuda.

Haiwan yang kedua ialah haiwan secara umum seperti lembu dan kambing. Ini dapat difahami melalui ayat yang menjelaskan tujuan kurniaan hikmah, iaitu [أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ] maksudnya, “agar kamu mensyukuri Allah Taala.”
Perkataan syukur ini membawa dua nilai. Satu, seperti ayat شكر الدابة bermaksud haiwan yang berpada dengan rumput yang sedikit; maka syukur bermaksud kita berpada dengan nikmat yang ada.
Kita tiada perasaan untuk merampas hak orang lain. Tiada hasad tiada iri hati.
Dua, seperti ayat شكر الغنم bermaksud kambing yang menemui padang rumput dan menjadi gemuk. Saya melihat definisi ini lebih tepat, dengan maksud, “Didiklah manusia dengan hikmah aduhai Luqman, sehingga mereka menjadi kenyang dan puas.”

Haiwan yang ketiga ialah keldai sebagaimana firman Allah Taala [إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ] maksudnya “Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” Keldai merujuk kepada manusia yang tidak menjaga budi dan tatasusila.
Jika tiada hikmah yang mengawal mulut, maka kita akan bersuara keldai.

Wallah a`lam.
Saudaramu,
Di-zu-alkhair.......................................................................................................................
Sumber: FB Ustaz Dzulkhairi.

Bacaan Rasulullah Dalam Solat==========Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah...
27/10/2020

Bacaan Rasulullah Dalam Solat
==========
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan. Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber:
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

25/10/2020

Jangan Jemu Mendoakan Anak
=========
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)

2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:

إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ

“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.

3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)

5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:

رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”

Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.

6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ

“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)

7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.

8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Address

Melaka Perdana Resort Homes
Malacca City
75450

Telephone

0175727725

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Barakah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category