Majlis Taa'lim Faidhul Imdad

Majlis Taa'lim Faidhul Imdad Kami menawarkan pakej Pengajian, Daurah, Talaqqi online bersama asatizah lepasan Hadhramaut, Yaman

ALLAHUAKBAR!!! RAMAI WANITA YANG MASIH LALAI!!!Ramai wanita yang masih tertanya-tanya kalau wanita keluar darah sikit² d...
31/05/2024

ALLAHUAKBAR!!! RAMAI WANITA YANG MASIH LALAI!!!

Ramai wanita yang masih tertanya-tanya kalau wanita keluar darah sikit² dan terpisah-pisah adakah ia dikira darah haid???

Ada juga yang masih beranggapan sekiranya darah keluar lebih dari 15 hari, maka darah pada hari ke 16 adalah istihadhah sedangkan hukumnya berbeza² bergantung pada wanita itu sendiri!!

Ramai yang kami jumpa wanita yang tersilap tentukan waktu period sampai perlu qodo' solat sehingga ratusan bahkan ribuan waktu solat!!

Jangan tangguhkan lagi, jom kita belajar dan mendalami Ilmu Fiqh Wanita/Darah wanita serendah rm60 sebulan

📎 Kelebihan kelas:
✅ Kelas secara ONLINE (Google Meet)
✅ Module PDF kelas disediakan
✅ E-Sijil akan diberikan setelah tamat Daurah
✅ Daurah 4 Bulan / 32 Sesi (seminggu 2 sesi)
✅ Rakaman kelas disediakan untuk ulangkaji
✅ Group khas soal jawab berkenaan darah wanita
✅ Boleh join semula daurah setelah tamat secara PERCUMA seumur hidup

Hubungi kami segera melalui WS 014-5400375
atau klik link berikut sekarang !!! ⬇️⬇️⬇️

MASIH KELIRU DENGAN DARAH-DARAH WANITA??Keliru dengan kiraan sebenar kitaran haid?Darah Istihadhah itu apa? semua wanita...
31/05/2024

MASIH KELIRU DENGAN DARAH-DARAH WANITA??

Keliru dengan kiraan sebenar kitaran haid?
Darah Istihadhah itu apa? semua wanita ada ke?
Kalau suci kurang 15 hari, darah yang keluar tu haid ke?

Jangan risau, jom sertai Daurah Fiqh Darah Wanita bersama kami di MATFI untuk mendalami lagi ilmu fiqh darah wanita bersama asatizah berpengalaman serendah RM 60 sebulan

📎 Kelebihan kelas kami :
✅ Kelas secara ONLINE (Google Meet)
✅ Huraian secara tuntas beserta Slide
✅ Module PDF kelas disediakan
✅ E-Sijil akan diberikan setelah tamat Daurah
✅ Asatizah berpengalaman

📎 Maklumat Kelas :
📍Daurah 4 Bulan / 32 Sesi (seminggu 2 sesi)
📍Hanya RM 60 sebulan untuk satu family
📍Rakaman kelas disediakan untuk ulangkaji
📍Group khas soal jawab berkenaan darah wanita
📍Boleh join semula daurah setelah tamat secara PERCUMA seumur hidup

Jangan tangguhkan lagi, hubungi kami segera melalui WS 014-5400375
atau klik link berikut sekarang !!! ⬇️⬇️⬇️
https://wa.me/message/NEQ2I2HMSDX5M1

🔶 SERBA SERBI MENGENAI DARAH HAID 🔶Sebelum tu, tulisan ini khas untuk kaum wanita tapi tak salah dibaca oleh kaum lelaki...
21/05/2024

🔶 SERBA SERBI MENGENAI DARAH HAID 🔶

Sebelum tu, tulisan ini khas untuk kaum wanita tapi tak salah dibaca oleh kaum lelaki. Sama-sama belajar. Insya Allah.

Untuk pengetahuan, haid dari segi bahasa bermakna mengalir.

Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu. Yang ni semua dah sedia maklum kan ?

Apa p**a syarat-syarat darah haid?

1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.

2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.

3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulama.

4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.

5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.

6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.

Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Next apakah warna darah haid?

Menurut ulama' warna-warna darah haid ada lima, iaitu:
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia BOLEH mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila p**a tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan, para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

(Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada f***j mereka hanyalah kesan kuning dan keruh).

Lalu ‘Aisyah menjawab;
“Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”.

-Riwayat Imam al-Bukhari

Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan;

“Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”.

-Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud

Saya doakan semua wanita semakin faham bab ini. Boleh share untuk manfaat bersama. Ulang kaji apa salahnya ? 😊

Kredit : Nurul Hasanah

Berminat ingin mendalami Ilmu Fiqh Wanita/Darah wanita serendah rm60 sebulan/8 sesi? Klik link berikut 👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.link/mp88cw

JENIS-JENIS DARAH YANG KELUAR DARI RAHIM WANITABerminat ingin mendalami Ilmu Fiqh Wanita/Darah wanita serendah rm60 sebu...
21/05/2024

JENIS-JENIS DARAH YANG KELUAR DARI RAHIM WANITA

Berminat ingin mendalami Ilmu Fiqh Wanita/Darah wanita serendah rm60 sebulan/8 sesi? Klik link berikut 👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.link/mp88cw

🩸BERHATI-HATI KETIKA MENGAJAR BAB DARAH WANITA🩸- Istilah FATRAH (فترة) dan NAQA’ (نقاء) dalam ILMU FIQH WANITA/DARAH WAN...
21/05/2024

🩸BERHATI-HATI KETIKA MENGAJAR BAB DARAH WANITA🩸

- Istilah FATRAH (فترة) dan NAQA’ (نقاء) dalam ILMU FIQH WANITA/DARAH WANITA, mempunyai perbezaan yang besar.

FATRAH: situasi di mana kita lihat darah haid tiada di luar ie nampak dah kering sebab tiada di tuala wanita misalnya, TETAPI bila cek kat dalam f***j dengan kapas misalnya, masih ada darah. Hukumnya sama seperti darah haid yang kat luar iaitu dikira darah tersebut darah yang berterusan jua.

Contoh: Aminah bangun pukul 5 pagi nampak ada darah pada panty liner. Pada pukul 12 tghari bila cek lagi dia dapati tiada darah. TETAPI bila cek dalam f***j darah tetap ada. Andaikan situasi begitu berterusan sehingga pukul 5 pagi esoknya iaitu darah hanya ada dalam f***j sahaja tetapi tiada di panty liner misalnya, maka DARAH TERSEBUT SUDAH CUKUP 24 jam meskipun dia hanya duduk di dalam sahaja. Ini tetap dikira sebagai darah yang BERTERUSAN KELUAR dari jam 5 pagi hingga 5 pagi esoknya.

NAQA’: situasi di mana darah tiada di luar f***j (ظاهر الفرج) DAN JUGA di dalam f***j (باطن الفرج). Ringkasnya dia alami suci di celah-celah hari haid.

Contoh: Aminah bangun 5 pagi nampak ada darah. Pukul 12 tengahari dia cek lagi tiada darah BAIK DI LUAR ATAU DALAM F***J. Pukul 5 ptg cek lagi, tiada darah. Pukul 7.00 mlm cek lagi, tiada ada darah juga. Cek pukul 8.30 mlm, tiada darah lagi. Bangun pukul 5 pagi esoknya ada darah kembali.

Jadi jumlah darah yang keluar antara 5 pagi hingga 12 tengahari adalah 7 jam. Dari 12 tgh hingga 5 pagi esoknya adalah NAQA’. Darah hanya keluar kembali mulai 5 pagi esknya.

Ini dinamakan darah yang putus-putus iaitu tidak berterusan. Dalam mengira 24 jam darah putus-putus ini TIDAK SAMA DENGAN MENGIRA DARAH BERTERUSAN. Jam-jam keluar darah pada setiap hari hingga hari ke 15 (tempoh maksimum haid 15H15M) hendaklah digabung atau dicampur. Jika cukup 24 jam hanya pada hari terakhir iaitu hari ke 15 misalnya, maka pada ketika itu baru confirm bahawa itu adalah haid dan jumlah haidnya adalah 15 hari. Jika gabungan itu tidak mencukupi 24 jam, maka ia darah istihadah.

Had maksimum untuk gabung darah putus-putus ini adalah setakat hari ke 15 shj iaitu dlm tempoh 15H15M sahaja. Tetapi jika gabungan dlm tempoh 10 hari misalnya sudah cukup 24 jam, maka pada hari ke 10 tersebut sudah confirm haid dan tidak perlu lagi teruskan gabungan jam2 keluar darah sehingga hari ke 15 kerana tiada keperluan lagi sebab sdh cukup 24 jam pada hari ke 10.

Wallahu a’lam

Credit : Dr Shamsiah Mohamad

Berminat ingin mendalami Ilmu Fiqh Wanita/Darah wanita serendah rm60 sebulan/8 sesi? Klik link berikut 👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.link/mp88cw

Address

Taman Kenanga Seksyen 1
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60145400375

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Taa'lim Faidhul Imdad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Majlis Taa'lim Faidhul Imdad:

Share