IKRAM Melaka

IKRAM Melaka Ukhuwah Teras Kegemilangan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Melaka adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Pertubuhan ini terbahagi kepada 3 kawasan cawangan iaitu Alor Gajah, Bandaraya Melaka dan Jasin yang mana aktivis dan ahlinya mencurahkan amal.

JELAJAH SEKOLAH MYCARE KE SR ISLAM I MUSLEH PADA 12 MEI 2026Program ini telah disertai oleh 6 Sukarelawan Mycare & baris...
13/05/2026

JELAJAH SEKOLAH MYCARE KE SR ISLAM I MUSLEH PADA 12 MEI 2026

Program ini telah disertai oleh 6 Sukarelawan Mycare & barisan AJK MyCARE.

Jelajah ini adalah untuk memupuk semangat kes**arelawanan sedari kecil dan menjentik sifat cakna terhadap isu kemanusiaan terhadap murid murid terutamanya ahli kelab Mycare SRI I Musleh.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak sekolah & para pelajar.

Terima kasih kepada barisan AJK & s**arelawan yang berkampung di sekolah dari pagi hingga ke petang untuk menjayakan program ini.



Selamat Hari Jururawat Sedunia buat semua "Wira Putih" di seluruh Malaysia, khususnya di bumi Melaka! ๐Ÿฉบ๐ŸคSering kali mere...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia buat semua "Wira Putih" di seluruh Malaysia, khususnya di bumi Melaka! ๐Ÿฉบ๐Ÿค
Sering kali mereka adalah insan pertama yang tersenyum menyambut kita, dan insan terakhir yang berjaga memastikan keselesaan kita di kala sunyi malam.

Tema tahun ini, โ€œJururawat Kita. Masa Depan Kita. Kuasa Ekonomi Penjagaan,โ€ mengingatkan kita bahawa setiap titisan peluh dan khidmat mereka bukan sekadar tugas, tetapi nadi yang menggerakkan kesejahteraan negara.

Buat para jururawat:Terima kasih atas kesabaran yang tiada sempadan.Terima kasih atas ihsan yang menyembuhkan jiwa.Terima kasih kerana menjadi tangan yang menyalurkan rahmat Allah buat para pesakit.Semoga setiap langkah kalian di wad dan klinik dicatat sebagai amal jariah yang berpanjangan. Kalian adalah kebanggaan kami, Kesuma Bangsa yang sebenar.

Tag jururawat hebat yang anda kenali di ruangan komen sebagai tanda penghargaan!




AI Untuk Islah: Mengemudi Dakwah Dengan Teknologi Masa HadapanAlhamdulillah! Selesai sudah Bengkel AI FOR ISLAH (Module:...
11/05/2026

AI Untuk Islah: Mengemudi Dakwah Dengan Teknologi Masa Hadapan
Alhamdulillah! Selesai sudah Bengkel AI FOR ISLAH (Module: NotebookLM) yang berlangsung dengan jayanya pasa sabtu 9 Mei 2026 di TEMU Creative Studio! ๐Ÿค–โœจ
Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Melalui kolaborasi hebat antara IKRAM Melaka dan TEMU Academy, seramai 11 peserta telah diteroka potensinya untuk memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan Islah dan dakwah.
Apa yang menarik di bengkel semalam?
Fokus utama kami adalah NotebookLM. Peserta didedahkan bagaimana alat AI ini boleh membantu:
โœ… Memproses rujukan dakwah yang besar dengan lebih pantas.
โœ… Menyusun idea penulisan dan bahan tarbiyah dengan lebih sistematik.
โœ… Membina pemahaman yang lebih mendalam terhadap teks-teks kompleks untuk tujuan Islah.
Inilah masa depan dakwahโ€”menggunakan kebijaksanaan akal yang dibantu oleh kehebatan teknologi untuk menyebarkan rahmah dengan lebih meluas!

Jutaan terima kasih kepada:
๐Ÿค TEMU Academy atas perkongsian ilmu yang sangat praktikal dan "eye-opening". Ie Penceramah: Akhi Ubaidillah
๐Ÿ“ TEMU Creative Studio untuk ruang yang sangat selesa dan inspiratif.
๐Ÿš€ Serta semua peserta yang hadir dengan semangat ingin belajar yang sangat luar biasa.
Semoga ilmu yang diperoleh semalam menjadi titik tolak untuk kita menghasilkan kandungan dakwah yang lebih kreatif, berfakta, dan berimpak tinggi di bumi Melaka ini.
"Islah Melalui Inovasi"
Jemput lihat momen-momen "celik AI" kami dalam album ini! ๐Ÿ‘‡๐Ÿ“ธ

11/05/2026

Program Wacana Sambutan Hari Wanita telah diadakan pada 10 Mei 2026 di Auditorium Baiduri Hospital Besar Melaka. Kebetulan sama hari dengan sambutan hari Ibu.


Syukur, Satu Perjalanan Mencari Keanggunan Syurga Selesai Dengan IndahAlhamdulillah, selesai sudah Wacana Sambutan Hari ...
11/05/2026

Syukur, Satu Perjalanan Mencari Keanggunan Syurga Selesai Dengan Indah
Alhamdulillah, selesai sudah Wacana Sambutan Hari Wanita 2026: "Wanita Anggun Idaman Syurga" yang berlangsung penuh bermakna di Auditorium Seri Baiduri, Hospital Melaka pada 10 Mei 2026! โค๏ธ๐ŸŒธ

Sepanjang 5 jam program berlangsung, dewan seakan "hidup" dengan perkongsian ilmu, air mata keinsafan, dan semangat baru yang berkobar dalam jiwa setiap peserta yang hadir.
Apa yang kami pelajari semalam?

Melalui barisan panelis yang hebat, kami dibawa mengembara merentas sejarah kehebatan wanita agung:
โœจ Belajar erti kesucian diri dari Maryam AS.
โœจ Meneladani kebijaksanaan kepimpinan dari Ratu Balqis.
โœจ Menghayati tawakal luar biasa seorang ibu melalui Ibu Nabi Musa AS.
โœจ Mengambil ibrah kegigihan dan pengorbanan tanpa sempadan dari Siti Hajar AS.
Ternyata, "Anggun" itu bukan sekadar pada rupa, tapi pada kentalnya akidah dan cantiknya akhlak yang berpaksikan Allah SWT.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada:
๐Ÿค Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Melaka atas kerjasama yang sangat luar biasa.
๐ŸŽค Barisan panelis: Dr. Maimunah, Pn. Suriyati, Pn. Kamariah, Pn. Rosnah, dan Pn. Huda atas perkongsian yang sangat "deep" dan menusuk kalbu.
๐Ÿ’ Dan pastinya, buat semua peserta yang hadir dari seluruh pelosok Melaka. Kehadiran anda membuktikan wanita Melaka sentiasa dahagakan ilmu dan pemerkasaan diri.

Semoga ilmu yang diperoleh semalam menjadi azimat untuk kita terus menjadi wanita yang memartabatkan keluarga dan memperkukuh negara. Sehingga kita bertemu lagi dalam program akan datang!

โ€œMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ€

Silakan LIKE, KOMEN & SHARE momen kegemaran anda semalam di ruangan komen! ๐Ÿ‘‡๐Ÿ“ธ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISPemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ู’ู…ูŽู„ููŠุญู  ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽ...
04/05/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh

ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุงู„ู’ู…ูŽู„ููŠุญู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุฒููŠูŽุงุฏู ุนูŽุงุฏูŽ ู…ูŽุนู’ู‚ูู„ูŽ ุจู’ู†ูŽ ูŠูŽุณูŽุงุฑู ูููŠ ู…ูŽุฑูŽุถูู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุนู’ู‚ูู„ูŒ ุฅูู†ู‘ููŠ ู…ูุญูŽุฏู‘ูุซููƒูŽ ุจูุญูŽุฏููŠุซู ู„ูŽูˆู’ู„ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ููŠ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ู„ูŽู…ู’ ุฃูุญูŽุฏู‘ูุซู’ูƒูŽ ุจูู‡ู ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ููŠุฑู ูŠูŽู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽุฌู’ู‡ูŽุฏู ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽู†ู’ุตูŽุญู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู’ ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

Daripada Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad telah menziarahi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya: 'Sesungguhnya aku akan menyampaikan kepadamu sebuah hadis, kalaulah bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak akan menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin yang mengurus urusan kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan tidak menasihati mereka, melainkan dia pasti tidak akan masuk syurga bersama mereka'." (HR Muslim No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap pemimpin bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh memberi khidmat, menjaga kebajikan dan kebaikan mereka yang berada di bawah kepimpinannya termasuk memberi nasihat kepada mereka.

2. Sebagai pemimpin, ketua mahupun pentadbir perlu sentiasa memikirkan bahawa seluruh tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.

3. Pemimpin perlu bersungguh-sungguh menjaga kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan dalam kalangan kakitangan atau rakyat yang dipimpin, bukan hanya kelompok yang dia s**a sahaja.

4. Rasulullah SAW memberi amaran kepada pemimpin yang tidak bersungguh-sungguh bekerja mengurus rakyat atau pekerja di bawah kepimpinannya juga membimbing dan menasihati mereka, dengan tiada jaminan syurga keatasnya.

5. Saidina Umar Ibnu Khattab RA pernah menyatakan: "Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan mempertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak."

6. Mengabaikan rakyat juga mereka yang berada dibawah tanggungjawab kepimpinannya adalah dosa besar.

Bagi mereka yang dilantik sebagai pemimpin, ketua, pengurus tidak kira diperingkat mana pun, seperti Menteri, Wakil Rakyat, Pegawai, Ketua, Pentadbir dan lain-lain, anda wajib melaksanakan tanggungjawab dalam urus tadbir tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang dilantik sebagai pemimpin, ketua, pegawai adalah khadam kepada rakyat.

Kredit: IKRAM Johor

KAPSUL TAZKIRAHZulkaedah Bulan Damai, Bulan MuhasabahAllah SWT berfirman bahawa terdapat empat bulan haram yang perlu ki...
03/05/2026

KAPSUL TAZKIRAH
Zulkaedah Bulan Damai, Bulan Muhasabah

Allah SWT berfirman bahawa terdapat empat bulan haram yang perlu kita hormati. Dalam bulan-bulan ini, dosa lebih berat dan pahala dilipatgandakan. Maka, Zulkaedah bukan sekadar bulan biasaโ€”ia adalah bulan latihan jiwa.

1. Bulan Menahan Diri dari Kezaliman

Zulkaedah dikenali sebagai bulan damai. Pada zaman Arab dahulu, peperangan dihentikan. Islam datang bukan sekadar mengekalkan tradisi itu, tetapi memperbetulkan jiwa manusia:

โžก๏ธ Bukan hanya berhenti berperang, tetapi berhenti menzalimi.
โžก๏ธ Bukan hanya menahan tangan, tetapi menahan hati.

Kadang-kadang kita tidak memukul orang, tetapi kita menyakiti dengan kata-kata.
Kadang-kadang kita tidak merampas hak orang, tetapi kita berlaku tidak adil.

Tanya diri kita p**a;
Adakah kita sudah berlaku adilโ€ฆ sekurang-kurangnya terhadap diri sendiri?

2. Ibrah Perjanjian Hudaibiyah

Dalam bulan ini berlaku peristiwa besar iaitu Perjanjian Hudaibiyah.

Para sahabat ketika itu merasa berat kerana syarat perjanjian kelihatan tidak memihak kepada umat Islam. Namun Rasulullah SAW melihat dengan pandangan wahyu dan hikmah.

Akhirnya, perjanjian itu menjadi pintu kemenangan besar.

Pengajaran:
โžก๏ธ Tidak semua yang nampak kalah itu benar-benar kalah.
โžก๏ธ Kadang-kadang kita perlu bersabar untuk menang.
โžก๏ธ Ketenangan lebih kuat daripada kemarahan.

3. Jiwa yang Mengakui Kesalahan

Salah satu penyakit besar manusia ialah ego.

Kita s**ar mengaku salah.
Kita lebih s**a mempertahankan diri daripada memperbaiki diri.

Sedangkan orang yang kuat bukanlah yang sentiasa menang, tetapi yang berani berkata:
โ€œAku silap.โ€

Zulkaedah mengajar kita:
โžก๏ธ Rendahkan ego
โžก๏ธ Perbaiki diri
โžก๏ธ Kembalilah kepada kebenaran

4. Kesetiaan Para Sahabat

Dalam peristiwa yang sama berlaku Baiโ€™ah al-Ridwan, di mana para sahabat berjanji setia kepada Nabi SAW walaupun berdepan risiko kematian.

Allah meredai mereka.

Zulkaedah adalah bulan sebelum Zulhijjah, seolah-olah Allah sedang mempersiapkan jiwa kita sebelum datangnya musim haji dan korban.

Ambillah peluang ini untuk:
โ€ข Muhasabah diri
โ€ข Perbaiki hubungan dengan manusia
โ€ข Tingkatkan hubungan dengan Allah

ุงู„ู„ู‡ู… ุฃุตู„ุญ ู‚ู„ูˆุจู†ุงุŒ ูˆุงู‡ุฏู†ุง ู„ู„ุญู‚ุŒ ูˆุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุนุฏู„ ูˆุงู„ุฅุญุณุงู†

โ€œYa Allah, perbaikilah hati-hati kami, tunjukilah kami kepada kebenaran, dan jadikanlah kami dalam kalangan orang yang berlaku adil dan berbuat ihsan.โ€

Kredit: IKRAM Johor

Laksanakan Amanah Jangan Menipu ู…ูŽุนู’ู‚ูู„ูŽ ุจู’ู†ูŽ ูŠูŽุณูŽุงุฑู ุงู„ู’ู…ูุฒู†ููŠู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุน...
03/05/2026

Laksanakan Amanah Jangan Menipu

ู…ูŽุนู’ู‚ูู„ูŽ ุจู’ู†ูŽ ูŠูŽุณูŽุงุฑู ุงู„ู’ู…ูุฒู†ููŠู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ูŠูŽุณู’ุชูŽุฑู’ุนููŠู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุนููŠู‘ูŽุฉู‹ ูŠูŽู…ููˆุชู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ูŠูŽู…ููˆุชู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุบูŽุงุดู‘ูŒ ู„ูุฑูŽุนููŠู‘ูŽุชูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุญูŽุฑู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah amanahkan kepadanya urusan rakyat (di bawah jagaannya), lalu dia meninggal dunia dalam keadaan menipu atau mengkhianati rakyat, melainkan Allah mengharamkan Syurga keatasnya. (HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan sama ada kecil atau besar meliputi pemimpin negara, pegawai dan pentadbir, guru juga ibu bapa.

2. Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut. Penipuan juga pengkhianatan adalah dilarang termasuk penyalah gunaan kuasa, mengabaikan kebajikan orang bawahan, tidak menunaikan tanggungjawab juga segala bentuk ketidak jujuran.

3. Pemimpin atau ketua sewajarnya menunjukkan kejujuran melaksanakan amanah dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat atau pekerja di bawahnya daripada tukang sapu hinggalah pegawai tertingginya.

4. Ancaman keras daripada Rasulullah SAW dengan pengharaman syurga kepada mana-mana pemimpin atau pegawai yang mengkhianati amanah yang diberi dibawah tanggungjawabnya.

5. Ibnu Bathal berkata: โ€œIni adalah ancaman keras terhadap para pemimpin atau petugas yang menyia-nyiakan amanah yang diberikan kepada mereka, atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut kerana menzalimi rakyat pada hari kiamatโ€.

6. Sebagai pemimpin, ketua, pegawai, sama ada di peringkat tertinggi Negara mahupun dalam sebuah organisasi kecil perlu bersungguh-sungguh dalam urus tadbir melaksanakan tanggungjawab kepimpinan bukan menipu rakyat atau orang bawahan.

7. Milikilah sifat kepimpinan yang kompeten dan berintegriti dalam urus tadbir ke arah kecemerlangan organisasi dan negara.

8. Hadis ini merupakan salah satu dalil dalam Islam tentang etika kepimpinan dan amanah dalam urus tadbir. Ia menegaskan bahawa pengkhianatan terhadap rakyat bukan sekadar kesalahan moral, tetapi dosa besar yang membawa ancaman berat di akhirat.

Pekerja Madani Kesuma Bangsa

Kredit: Pertubuhan IKRAM Johor

Selamat Hari Pekerja 2026 โ€“ Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSetiap titisan peluh yang jatuh, setiap idea yang dicurahkan...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 โ€“ Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Setiap titisan peluh yang jatuh, setiap idea yang dicurahkan, dan setiap usaha yang tidak kenal erti penat adalah baja bagi kemajuan tanah air kita.Tahun ini, kita mengangkat tema "Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa". Anda bukan sekadar penggerak ekonomi, tetapi anda adalah "Kesuma" (bunga bangsa) yang mewangikan nama Malaysia di mata dunia dengan nilai integriti, ihsan, dan daya cipta.Terima kasih kepada semua wira tidak didendang โ€” daripada petani di ladang, guru di kelas, hinggalah teknokrat di pejabat tinggi. Tanpa anda, tidak teguh gagasan Malaysia MADANI.
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia!

๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ‘”

28/04/2026

Krisis Kehidupan: Belajar Cara Nabi SAW dengan Hikmah

Dalam menghadapi tekanan dan konflik, Nabi SAW tidak pernah membiarkan emosi mendahului pertimbangan wahyu dan hikmah, bahkan baginda memilih untuk tenang, berfikir dan menilai sebelum bertindak...

Baca artikel penuh di ruangan komen๐Ÿ“ฒ

Address

No. 1-1, Jalan KNMP 2A, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to IKRAM Melaka:

Share