22/05/2022
Temuramah dengan Hajjah Masitah Abdul Wahab, waris generasi ke 7
MASITAH ABDUL WAHAB, 66 tahun
Datuk Machap berasal dari Makasar. Orang Bugis. Masa tu zaman berperang. Lepas habis perang, dia ikut arus sungai pakai perahu. Sisa kayu perahunya tertinggal dalam hutan. Bila orang cerita kat orang, orang tak percaya. Nenek tanya kat arwah suami nenek.
Itu jam dia s**a kutip ubat-ubat di dalam hutan. Bila kami ronda, jumpa sisa kayu tu, saya tanya lah, “Bang, ni apa?” Dia kata itu dulu-dulu lepas perang, orang lari ikut sungai naik perahu. Dia kata itu sisa perahu Datuk Machap. Sekarang dah tak ada apa-apa sisa. Dah tolak-tolak semua tanah.
Masjid Machap dulu-dulu memang tempat orang bernazar. Sebab Makam Dato Macap. Melayu, Cina, India berdoa. Allah kabulkan. Allah tak pilih bangsa. Apa-apa bangsa pun Allah tolong.
Selalunya pagi-pagi nenek dah siap mop dan sapu lantai masjid. Jadi bila orang datang melawat, kita tak malu sangat. Kalau orang tak kasi elaun pun, nenek akan jaga.
Asalnya masjid ini dibuat daripada batang nibong. Bila dah maju, dan orang-orang Cina derma, kita buat batu. Orang Cina hormat Datuk Machap. Kalau kita tanya, ‘Macam mana nak pergi jumpa Datuk Machap?’ Orang Cina pasti akan tunjuk jalan. Mereka tak akan bohong. Hari tu Tahun Baru Cina, mereka datang. Ada yang bawa colok untuk dibakar waktu bulan timbul pada hari ke-14 dan 15. Kita takut juga. Kalau kita ada, mereka tak buat. Kita tak ada, mereka ambil kesempatan buat. Kita tak mau orang luar datang ambil gambar, kemudian jadi macam Pulau Besar. Nenek tak mau lah macam tu. Sebab tu kalau nenek nampak lain macam, nenek akan kunci pintu.
Arwah suami nenek keturunan ke-7 Datuk Machap. Jatuh dekat anak-anak, jadi keturunan ke-8. Nama arwah suami Husin Makmor. Dia yang jaga masjid ni. Dia yang ajar budak-budak tajwid. Dulu arwah suami kerja kampung jerr. Tangkap ikan, potong getah, cari duit, besarkan anak-anak. Tangkap ikan dapatlah seratus. Dulu seratus besar. Ini jam seratus dah tak besar.
Dulu masjid ini ada bilal, ada imam. Dulu bila sembahyang Jumaat, orang bergabung dari tempat berbeza. Orang Machap Umboo, Batu 12, sama orang Air Pasir, dan orang Machap Baru. Bergabung sembahyang jemaah. Kalau tak, nanti tak cukup makmum.
Hari ni jam, dah pindah ke Masjid Air Pasir. Tapi kalau kerajaan kata nak buat sembahyang hajat di Masjid Lama Machap, penuhlah orang datang. Atas penuh, bawah penuh dengan kereta. Orang memang minat nak buat sembahyang hajat di sini. Pasal masjid lama.
Diwawancara pada 13. 2. 2020 di Masjid Lama Machap.
MASIH RAGU AKAN KEHEBATAN BANGSA SENDIRI? JOM DAPATKAN SEKARANG KARYA JITRAWIY!https://shopee.com.my/izzuddinaljitrawiy021MASITAH ABDUL WAHAB, 66 tahunDatuk ...