Masjid As-Syakirin Pasir Puteh Bachang Melaka

Masjid As-Syakirin Pasir Puteh Bachang Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid As-Syakirin Pasir Puteh Bachang Melaka, Religious Center, Lorong Hj Yang, Kampung Bachang, Malacca City.

Majlis Sambutan Aidilfitri dan meraikan bakal-bakal Haji dan Hajjah di DUN Pengkalan Batu, Bachang.Hadir Sama Adun Pengk...
04/06/2022

Majlis Sambutan Aidilfitri dan meraikan bakal-bakal Haji dan Hajjah di DUN Pengkalan Batu, Bachang.
Hadir Sama Adun Pengkalan Batu, Datuk Hjh Kalsom Nordin.
Sebelum itu diadakan Majlis Tahlil bersama anak-anak Kariah masjid.
Terima kasih kepada semua yang bersama membantu meraikannya.. Alhamdulilah

Syukur kita dapat bersama  menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Assyakirin Pasir Putih Kg Bachang Melaka.  Sebelu...
02/05/2022

Syukur kita dapat bersama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Assyakirin Pasir Putih Kg Bachang Melaka.
Sebelum itu jemaah diberikan penerangan jitu dan jelas mengenai pendtadbiran terkini masjid oleh pengerusinya, Cikgu Kadir.
Kita juga dapat bersama-sama jemaah bertakbir sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri yang diimamkan Imam Satu, Imam Azmi.
Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, kita beramah mesra dengan jemaah.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata dan dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.
Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Mohon ampun dan maaf atas segalanya.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

Menyusuri hari terakhir Ramadhan maka agenda terbaik adalah untuk merealisasikan program Tadarus Al-Qur’an.  Alhamdulill...
28/04/2022

Menyusuri hari terakhir Ramadhan maka agenda terbaik adalah untuk merealisasikan program Tadarus Al-Qur’an.
Alhamdulillah, malam ke-27 Ramadhan, majlis Khatam Al-Quran jemaah lelaki dan wanita Masjid Assyakirin Pasir Putih, Kg Bachang, Melaka terlaksana.
Ini adalah satu inisiatif yang terbaik kerana ia dapat menggalakkan masyarakat untuk berdamping dengan Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.
Dan ganjaran itu berlipat kali ganda apabila dilakukan di dalam bulan Ramadhan.
Al-Quran itu mukjizat paling agung, rebutlah ganjaran membacanya..

Pakaian, tudung, beg sekolah dan sebagainya bagi membantu golongan memerlukan, pihak Masjid Assyakirin Pasir Putih Kg Ba...
24/04/2022

Pakaian, tudung, beg sekolah dan sebagainya bagi membantu golongan memerlukan, pihak Masjid Assyakirin Pasir Putih Kg Bacang, Melaka mempelawa anak kariah dan para penyumbang mengimfakkan barangan tersebut atau yang baharu untuk kegunaaan mereka memerlukan.
Semua barangan tersebut hendaklah berkeadaan baik dan masih boleh digunakan.
Kepada mereka yang memerlukannya, bolehlah datang sendiri melihat pakaian dan barangan yang berkenan di hati.
Ini juga merupakan salah satu kebajikan yang anda boleh laburkan untuk saham akhirat, asalkan pakaian itu masih dalam keadaan elok.
Semoga usaha kita bersama ini memberi senyuman dan keceriaan buat saudara Islam kita.

Kuliah Subuh bersama Syed al- Bakeri.... semoga Kita mendapat manfaat dan diberkati, dirahmati Allah...
22/04/2022

Kuliah Subuh bersama Syed al- Bakeri.... semoga Kita mendapat manfaat dan diberkati, dirahmati Allah...

Bilik pengurusan masjid hampir siap beroperasi...Tinjauan penyusunan bahan-bahan yang bakal ditempatkan di bilik terbabi...
20/04/2022

Bilik pengurusan masjid hampir siap beroperasi...Tinjauan penyusunan bahan-bahan yang bakal ditempatkan di bilik terbabit oleh pengerusi masjid, Cikgu Kadir dan timbalannya Mustapha serta bendahari, Datuk Adly selepas solat Terawih.... Alhamdulilah...

Tn Hj Majid bin Manas (mantan pemandu van jenazah Masjid Assyakirin Kg Bachang Melaka telah meninggal dunia sebentar tad...
17/04/2022

Tn Hj Majid bin Manas (mantan pemandu van jenazah Masjid Assyakirin Kg Bachang Melaka telah meninggal dunia sebentar tadi.
Jenazah Allahyarham telahpun disemadikan di Tanah Perkuburan Assyakirin Kg Bachang selepas Maghrib tadi.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah dari kami semua.

al-Fatihah

16/04/2022
Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat sebentar tadi turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr Sulaima...
15/04/2022

Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat sebentar tadi turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr Sulaiman Mohd Ali.Beliau turut berbuka dan Sholat Maghrib serta menyampaikan cenderamata kepada AJK Masjid. Hadir sama Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Adun Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin dan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rahmat Mariman

YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Mohd Ali hadir pada Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat s...
15/04/2022

YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr) Sulaiman Mohd Ali hadir pada Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat sebentar tadi . Alhamdulilah..

Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat sebentar tadi . Alhamdulilah...
15/04/2022

Majlis Aqiqah dan thanik serta berselawat sebentar tadi . Alhamdulilah...

Address

Lorong Hj Yang, Kampung Bachang
Malacca City
75350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As-Syakirin Pasir Puteh Bachang Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share