PINTA Melaka

PINTA Melaka memartabatkan pengajian tahfiz Al-Quran. 1 rumah 1 org hafiz Quran

Alhamdulillah.Semalam telah berlangsungnya Seminar Fiqh Madaris anjuran PINTA Melaka .Jazakallah khair atas kesudian AlF...
10/11/2025

Alhamdulillah.

Semalam telah berlangsungnya Seminar Fiqh Madaris anjuran PINTA Melaka .

Jazakallah khair atas kesudian AlFadhil Maulana Ahmad Lutfi Abu Faqeh menerima undangan kami berkongsi ilmu berkaitan pengurusan madrasah terutamanya yg berkait rapat dengan hukum fekah.

Dan jazakumullah khair juga diucapkan kpd semua hadirin. Saya kira ini bukanlah pengakhiran bagi seminar kita. Masih banyak isu dan topik yg tidak sempat dibantangkan semalam.

Insyallah ada umur panjang kita akan adakan Seminar Fiqh Madaris 2.0 😄. Doakan.....

Assalamualaikum wbt.Pinta Melaka akan mengadakan SEMINAR FIQH MADARIS yg akan diadakan seperti butiran dibawah iniTempat...
24/10/2025

Assalamualaikum wbt.

Pinta Melaka akan mengadakan SEMINAR FIQH MADARIS yg akan diadakan seperti butiran dibawah ini

Tempat: Agrofarmstay Durian Tunggal
Tarikh: 9 November 2025 Ahad
Masa: 8.30am-5.00
Panel Seminar: Al-Fadhil Maulana Ahmad Lutfi bin Hj Muharram. Tenaga Pengajar Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling. Panel Slot Tahsinul Ibadah Ikim.fm
Yuran penyertaan: RM80 per pax.

Dalam seminar ini akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan madrasah, antaranya:-
* Duit zakat/waqaf
* Kemudahan asatizah
* Hukuman terhadap pelajar
* Barang rampasan
* Asatizah yg ada komitmen luar
* Dan lain2

Penyertaan dibuka kpd semua asatizah namun keutamaan diberikan kepada para mudir dan pengusaha madrasah.

TEMPAT ADALAH TERHAD. HANYA 50 SLOT SAHAJA

Makan minum disediakan.

Sebarang urusan tempahan dan bayaran sila hubungi:
Ust Mohd Asyraf Muhammad Noor Asyraf
013-466 8005

Alhamdulillah.Telah berlangsungnya Kursus MS Office 365 yg di pimpin oleh Al-Fadhil Dr Abd Aziz Sudin.Seramai 10 org pes...
24/04/2025

Alhamdulillah.

Telah berlangsungnya Kursus MS Office 365 yg di pimpin oleh Al-Fadhil Dr Abd Aziz Sudin.

Seramai 10 org peserta telah hadir dlm kursus tersebut. Walaupun kedengarannya agak mudah bagi mereka yg selalu bergelumang dgn komputer namun agak sukar bagi sesetengah org.

Program ini amat penting bagi mereka yg terlibat dlm pengurusan madrasah. Para pengusaha madrasah mmg sepatutnya tidak boleh ketinggalan dlm bidang IT yg mana ianya sangat diperlukan pada masa kini.

Insyallah kursus siri kedua akan menyusul pada masa akan datang. Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah.Semalam telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan oleh Pinta Melaka dengan kerjasama I-Medik bertem...
23/03/2025

Alhamdulillah.
Semalam telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan oleh Pinta Melaka dengan kerjasama I-Medik bertempat di Madrasah Fathur Rahman Pengkalan Rama.

Dalam majlis tersebut seramai 40 org pelajar tahfiz dari 5 buah madrasah telah menerima sumbangan berbentuk barangan dapur.

Jazakumullah khair kepada para menyumbang. Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak tanggungan seisi rumah terutamanya menjelang Aidilfitri yg bakal menjelma nnt.

Program Bakul Rezeki Econsave.Alhamdulillah program bersama Econsave ini dirasmikan pada tahun 2019 dan berterusan sehin...
09/01/2025

Program Bakul Rezeki Econsave.

Alhamdulillah program bersama Econsave ini dirasmikan pada tahun 2019 dan berterusan sehingga kini.

Pasaraya Econsave menyediakan bakul besar di lorong keluar pasaraya tersebut untuk para pelanggan pasaraya meletakkan barang-barangan keperluan asas dapur. Barangan tersebut kemudiannya diagih2 kpd madrasah2 ahli Pinta Melaka.

Semoga dimurahkan rezeki kpd para penyumbang.
Semoga usaha murni Econsave diteruskan pada masa akan datang.

Alhamdulillah.Pada 4 Januari 2025 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan PINTA Melaka kali ke 5.Terima kasih dan j...
06/01/2025

Alhamdulillah.

Pada 4 Januari 2025 telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan PINTA Melaka kali ke 5.

Terima kasih dan jazakumullah khair kepada ahli Pinta Melaka yg sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat kami.

Dan terima kasih atas pembentangan ringkas pendidikan seksual dan mental dari wakil I-Medik. Insyallah kita akan rangkakan program bersama pada masa yg akan datang.

Majlis Taklimat Aplikasi SMAP.Aplikasi SMAP ialah sebuah aplikasi online yg berperanan menguruskan data dan kewangan ses...
06/10/2024

Majlis Taklimat Aplikasi SMAP.

Aplikasi SMAP ialah sebuah aplikasi online yg berperanan menguruskan data dan kewangan sesuatu sekolah, syarikat, persatuan dan termasuk madrasah2.

Dengan adanya aplikasi ini pengurusan madrasah akan menjadi lebih teratur, cekap dan efisyen seperti mana yg dituntut dlm islam yg disebut sebagai 'husnu tadbir'.

Alhamdulillah.Semalam telah berlangsung dengan jayanya MAJLIS DAURAH FIQH: MASBUQ & MUAFIQ anjuran PINTA Melaka bersama ...
29/09/2024

Alhamdulillah.
Semalam telah berlangsung dengan jayanya MAJLIS DAURAH FIQH: MASBUQ & MUAFIQ anjuran PINTA Melaka bersama Jabatan Agama Islam Melaka JAIM bertempat di Dewan Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

Majlis yg melibatkan hampir 500 org peserta; pelajar2 madrasah dan guru2 pengiring daripada madrasah2 seluruh Melaka.

Semoga kerjasama antara Pinta Melaka dan Jaim dapat diteruskan lagi dan seterusnya dapat menyumbang faedah dan manfaat kepada pelajar2 tahfiz negeri Melaka.

Alhamdulillah.Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya Himpunan Huffaz 24K di Masjid Wilayah.Perhimpunan yg menghimpu...
15/09/2024

Alhamdulillah.

Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya Himpunan Huffaz 24K di Masjid Wilayah.

Perhimpunan yg menghimpunkan hampir 24 ribu pelajar tahfiz seluruh negara.

Dengan kehadiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Agama Datuk Seri Dr Naim dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Razaruddin Hussein meriahkan lagi majlis berkenaan.

Semoga dengan perhimpunan ini mencetuskan impak yg lebih besar pada masa akan datang.
Institusi tahfiz yg dahulunya dipandang sebelah mata, kini semakin mendapat perhatian. Alhamdulillah.

Demi memartabatkan Al-Quran dan para penanggungnya.

Hafiz Al-Quran. Pemegang Panji Islam.

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PINTA Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to PINTA Melaka:

Share