Masjid 'lbadur Rahman Tangga Batu Kecil, Melaka

Masjid 'lbadur Rahman Tangga Batu Kecil, Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid 'lbadur Rahman Tangga Batu Kecil, Melaka, Mosque, Jalan Tangga Batu, Malacca City.

Masjid Ibadurrahman mengangkat peranan sebagai pusat pengimarahan ummah dengan menggalakkan solat berjemaah, disemarakkan dengan majlis ilmu dan aktiviti berterusan yang menyantuni keperluan muslimin dan muslimat.

28/05/2026

2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™Dengan penuh rasa syukur dan kasih ukhuwah, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat...
28/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur dan kasih ukhuwah, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat Qariah Tangga Batu yang dikasihi.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Segala urusan pengagihan ini akan diuruskan dengan penuh tertib, amanah dan kecekapan oleh pihak urusetia yang dilantik, demi memastikan setiap agihan disempurnakan dengan lancar serta penuh keberkatan.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan rahmat yang berpanjangan.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan diberkati dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT ✨

Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.
Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan, kasih sayang dan redha-Nya. 🀍





Khutbah Aidiladha 2026 disampaikan oleh lmam 1 ustaz Muhammad Azmi Azhar dan Bilal Asri Abdullah sebagai bilal yang bert...
27/05/2026

Khutbah Aidiladha 2026 disampaikan oleh lmam 1 ustaz Muhammad Azmi Azhar dan Bilal Asri Abdullah sebagai bilal yang bertugas

Solat sunat Aidiladha di masjid lbadurrahman 2026
27/05/2026

Solat sunat Aidiladha di masjid lbadurrahman 2026

W A K T U D O A M U S T A J A BH A R I A R A F A HBermula masuk waktu Zohor hingga waktu Maghrib pada Hari ArafahWaktu W...
26/05/2026

W A K T U D O A M U S T A J A B
H A R I A R A F A H

Bermula masuk waktu Zohor hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah

Waktu Wukuf di Arab Saudi
9 Zulhijjah - Selasa-26 Mei 2026
Zohor πŸ‡ΈπŸ‡¦12:17 tengahari
Maghrib πŸ‡ΈπŸ‡¦ 6:56 malam

Waktu Malaysia
8 Zulhijjah - Selasa-26 Mei 2026
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 5:17 petang
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 11:56 tengah malam

Doa yang terbaik pada Hari Arafah
Kredit kepada JAKIM

1. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah β€Žο·Ί

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah β€Žο·Ί, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu β€Žο·Ί

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanmu

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah

25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk Tahajjud dan solat subuh setiap hari

Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ§Ω…ΩŠΩ†

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Terima kasih

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan rahmat yang berpanjangan.

Maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.

Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan, kasih sayang dan redha-Nya. 🀍



Wanita Solat Pakai Baju Ketat Menampakkan Bentuk Badan, Sah Ke Tidak?    https://share.google/u0BgokiRavS9AopOo
12/05/2026

Wanita Solat Pakai Baju Ketat Menampakkan Bentuk Badan, Sah Ke Tidak? https://share.google/u0BgokiRavS9AopOo

Adakah sah solat jika wanita memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk badan? Fahami penjelasan hukum, perbezaan adab dengan Allah dan fitnah ajnabi.

08/05/2026

✨ Vlog Khatam Al-Quran Bulanan Muslimah Qariah Tangga Batu ✨

Bacaan
Teruskan istiqamah, wahai Muslimah hebat πŸ’•







08/05/2026

✨ Vlog Khatam Al-Quran Bulanan Muslimah Qariah Tangga Batu ✨

Bacaan doa oleh Puan Siti Fauziah

Teruskan istiqamah, wahai Muslimah hebat πŸ’•







08/05/2026

✨ Vlog Khatam Al-Quran Bulanan Muslimah Qariah Tangga Batu ✨



Teruskan istiqamah, wahai Muslimah hebat πŸ’•







08/05/2026

✨ Vlog Khatam Al-Quran Bulanan Muslimah Qariah Tangga Batu ✨

Bacaan doa oleh Ustazah Nazipah

Teruskan istiqamah, wahai Muslimah hebat πŸ’•







Address

Jalan Tangga Batu
Malacca City
76400

Telephone

+60136105401

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid 'lbadur Rahman Tangga Batu Kecil, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category