masjid Jamek ubudiah machap

masjid Jamek ubudiah machap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from masjid Jamek ubudiah machap, Mosque, Masjid Machap, Machap.

17/02/2025

Asalamualaikum
Mslimin dan Muslimat.
Pemberitahuan
Dan Maklumat.

KULIAH MAGHRIB
DI *MASJID UBUDIYAH KG SRI MACHAP*

PADA:
HARI *ISNIN*
MLM *SELASA*
18 Sya'ban 1447H
17 Feb 2025.

PENGKULIAH:
*USTAZ KHAIRUDIN BIN ABDUL KHADIR*✅

Muslimin/Muslimat dipersilakan hadir beramai2 untuk tujuan llmu
Allah.
INSYHALLAH...
MAKLUM..

17/02/2025
16/02/2025

M E M O

*JEMPUTAN PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SYAWAL*

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ubudiah Kg Sri Machap akan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi menyambut bulan ramadhan & syawal seperti ketetapan berikut:

Tarikh : *23/02/2025 AHAD*
Masa : *8:00AM , SEHINGGA SELESAI*
Tempat : *Masjid Al-Ubudiyah Kg Sri Machap*

3. Untuk maklumat Tuan/Puan, program ini melibatkan pembersihan di kawasan dalam masjid dan perkarangan masjid

4. Sehubungan itu, saya dengan besar hati menjemput pihak Tuan/Puan untuk menjayakan program tersebut.

5. Sehubungan dengan itu pihak masjid mengalu-alukan jika ada di antara tuan/puan yang ingin menyumbang makanan.

6. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kerjasama di antara kita semua. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

15/02/2025
Sebahagian daripada kariah muafakat Machap bergotong royong untuk penyediaan makanan bagi program sambutan israk&mikraj ...
15/02/2025

Sebahagian daripada kariah muafakat Machap bergotong royong untuk penyediaan makanan bagi program sambutan israk&mikraj malam ini...

14/02/2025

Perkara-perkara Sunat Pada Hari Jumaat

1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika sebelum ke masjid.

2. Memotong kuku sampai pendek.
Memotong, mencabut atau mengunting bulu-bulu pada anggota tertentu di badan.

3. Membaca surah al Kahfi.

4. Membersih gigi samada bersugi atau mengguna ubat gigi.

5. Memakai wangi-wangian.
Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih, sebolehnya berwarna putih.

6. Bersegera atau pergi awal ke masjid.

7. Berniat iktikaf sebaik sahaja berada dalam masjid.

8. Melakukan solat sunat tahiyatul masjid.

9. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad.

10. Bersedeqah, walaupun dengan nilaian yang kecil.

13/02/2025

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 15 SYAABAN 1446H/ 14 FEBRUARI 2025*
📌 https://www.facebook.com/share/p/19zLH8Epc3/

📜 *_TAJUK: MEMASUKI SYURGA TANPA HISAB_*

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Az-Zukhruf Ayat 71 yang bermaksud:

"Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu p**a disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya"."

👉1️⃣- Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉2️⃣- Memasuki syurga adalah matlamat & impian setiap hamba Allah yang beriman. Allah SWT menceritakan keindahan syurga sebagai sebuah taman yang penuh kenikmatan & kebahagiaan.
Rasullulah SAW pernah mengkhabarkan bahawa terdapat satu golongan dari kalangan umat Baginda yang akan masuk syurga tanpa hisab. Ini merupakan anugerah yang paling istimewa dari Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hanya umat Nabi Muhammad SAW diberikan kemuliaan ini.

👉3️⃣- Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin Sa’id As-Sa’idi RA, Baginda Rasullulah pernah bersabda yg bermaksud : “ Pastinya tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu dari kalangan umatku akan masuk syurga. Mereka saling berpegangan tangan diantara satu dengan yang lain. Tidaklah yang berada di bahagian hadapan masuk ke syurga sehingga yang di bahagian belakang pun akan turut masuk. Wajah mereka seperti bulan purnama ”. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari & Imam Muslim). Imam An-Nawawi dalam syarah hadis ini menyatakan bahawa maksud saling berpegang tangan sesama mereka adalah mereka akan berjalan memasuki pintu syurga dalam keadaaan satu saf secara serentak

👉4️⃣- Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili RA, bahawa sesungguhnya Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku bahawa dia akan memasukkan dari kalangan umatku sebanyak tujuh puluh ribu orang ke dalam syurga tanpa hisab (perhitungan amal). Maka Yazid bin Akhnasi As-Sulami berkata : “ Demi Allah. Mereka itu dari kalangan ummatmu jumlahnya tidak lebih dari seekor lalat berwarna kemerahan di antara sekump**an lalat lain ”. Rasullullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya tuhanku telah menjanjikan kepadaku tujuh puluh ribu orang, dan bersama setiap seribu org itu ada lagi tujuh puluh ribu orang, dan dia menambahkan kepadaku dengan tiga lagi timbangan ”. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

👉5️⃣- Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah & hari kiamat akan segera berlumba-lumba mencari jalan untuk melakukan kebaikan & melatih diri dengan amal soleh. Alangkah beruntungnya bagi mereka yang dapat memasuki syurga tanpa hisab. Segala keburukan & kesalahan ketika hidup di dunia ni akan ditutup oleh Allah SWT & dosanya hilang lenyap umpama debu yang berterbangan.

👉6️⃣- Justeru, apakah amalan yang membolehkan seseorang itu memasuki syurga tanpa hisab? Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Husain RA, Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Tujuh puluh ribu dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta dibacakan dengan mentera (dengan yang syirik), tidak mengamalkan tatayyur (tilik nasib dengan burung), tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakkal pada tuhannya.”
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

👉7️⃣- Para Ulama menyebutkan bahawa sifat utama yang ada kepada golongan yang masuk syurga tanpa hisab ini adalah terhimpun dalam sifat yakin & tawakal yang tinggi kepada Allah SWT. Mereka tidak berjumpa dukun kerana sifat tawakal mereka yang tinggi, mereka tidak mengubati sakit mereka dengan cara perubatan yang ditegah dalam Islam.

👉8️⃣- Sudah pastinya mereka yang tergolong di dalam golongan ini adalah mereka yang menghabiskan waktu-waktu mereka di dunia ini untuk memenuhi perintah Allah & menjadikan diri mereka orang yang berpenat untuk mendapatkan kesenangan akhirat.

👉9️⃣- Kesimp**an, marilah menjadi golongan istimewa yang dapat memasuki syurga tanpa hisab. Ia merupakan impian yang paling besar dalam kehidupan orang beriman. Sesungguhnya setiap perbuatan manusia di dunia akan dinilai di sisi Allah SWT.
Marilah kita merenung sejenak firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud : “ Katakanlah (Wahai Muhammad) :, “ Wahai sekalian hambaku yang melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah , kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa! Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih ”.

Waallahua’lam.








📌 Lawati & ikuti FB Page kami di:
- https://m.facebook.com/imarahummah
📌 Ikuti & Subscribe juga channel kami di: Channel YouTube/ImarahMedia @
- https://www.youtube.com/c/IMARAHMEDIA
📌 https://www.facebook.com/share/p/19zLH8Epc3/

Address

Masjid Machap
Machap

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when masjid Jamek ubudiah machap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category