Masjid Al-Huda Al-Yusufiah Kg. Penakah

Masjid Al-Huda Al-Yusufiah Kg. Penakah Masjid Al Huda Al Yusufiah Kampung Penakah Kemuning Machang

Alhamdulillah syukur tiada terhingga ke hadrat IlahiRamadan yang dirindui bakal menjelma lagiRumah Allah sentiasa dijaga...
09/02/2026

Alhamdulillah syukur tiada terhingga ke hadrat Ilahi
Ramadan yang dirindui bakal menjelma lagi
Rumah Allah sentiasa dijaga dan diimarahi
Demi meraih redha Allah duniawi dan ukhrawi

Selamat menyambut Ramadan 1447H.
Selamat beribadah dan dianugerahkan keistimewaan Lailatul Qadar

Untuk memberi sumbangan bagi tujuan infaq pembangunan masjid ini atau perlaksanaan program-program semasa bulan Ramadan, harap berhubung dengan Arman Abdullah selaku imam tua Mukim Penakah.

Pihak AJK masjid sedang berusaha untuk mendaftar satu akaun bank rasmi bagi membolehkan sumbangan secara atas talian dilakukan, terutama oleh ahli-ahli qariah yang berada di luar Kelantan.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dalam mencari keredhaanNya.

08/03/2025
Kuliah Maghrib Mingguan Setiap Rabu bersama Ustaz Arman berpandukan kitab Hidayatus Sibyan.
13/11/2024

Kuliah Maghrib Mingguan Setiap Rabu bersama Ustaz Arman berpandukan kitab Hidayatus Sibyan.

Kuliah selepas Maghrib bersama Ustaz Hakimi.
03/03/2024

Kuliah selepas Maghrib bersama Ustaz Hakimi.

Kuliah Maghrib mingguan Masjid Al Huda bersama Ustaz Farid menggunakan kitab Muniyatul Musolli karangan Syeikh Daud Al F...
29/12/2023

Kuliah Maghrib mingguan Masjid Al Huda bersama Ustaz Farid menggunakan kitab Muniyatul Musolli karangan Syeikh Daud Al Fathoni m/s 23 versi jawi.

“ Marilah kita berkerjasama dalam Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Taqwa Tok  Bali. Mendermalah seikhlas hati ”Sumbangan ...
05/11/2023

“ Marilah kita berkerjasama dalam Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Taqwa Tok Bali. Mendermalah seikhlas hati ”

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun

MAAHAD TAHFIZ DARUL TAQWA
BANK RAKYAT : 1101 02 4342
CIMB ISLAMIC : 8604 37 0206

Untuk makluman Tuan/Puan Maahad Tahfiz ni belum lagi dibina. Kos pembinaan tinggi (RM3juta) pihak kami cuba untuk mengumpulkan dana sebanyak RM1,400,000.00 untuk memulakan proses awal pembinaan insyaallah..

KEBENARAN DAN KELULUSAN MEMUNGUT DERMA DARI MAIK:

No. Ruj : MAIK. D231/PK/105/2020-24(11)
Tempoh : 21/09/2022 - 20/09/2023
Bil. Kebenaran : 2020 - 24

https://maahadtahfizdarultaqwatokbali.blogspot.com/2021/10/pohon-sumbangan-segera-bagi-pembinaan.html

Untuk makluman Tuan/Puan Maahad Tahfiz ni belum lagi dibina. Kos pembinaan tinggi (RM3juta) pihak kami cuba untuk mengumpulkan dana seba...

08/08/2023

Suruhan bersahabat dgn orang bertakwa dan berakhlak mulia dan jangan menjauhi mereka semata-mata inginkan dunia

{ وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَیۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِیدُ زِینَةَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا }

[Surah Al-Kahf: 28]

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya p**a adalah melampaui kebenaran.

21/06/2023

Kenapa perlu menasihati pendosa dan pelaku maksiat sekalipun dia tidak mahu mendengarnya/mengikutinya/berhenti membuat maksiat?

{ وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةࣱ مِّنۡهُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًا ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُهُمۡ عَذَابࣰا شَدِیدࣰاۖ قَالُوا۟ مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ یَتَّقُونَ (164) فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦۤ أَنجَیۡنَا ٱلَّذِینَ یَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوۤءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ بِعَذَابِۭ بَـِٔیسِۭ بِمَا كَانُوا۟ یَفۡسُقُونَ (165) }

[Surah Al-Aʿrāf: 164-165]

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

07/06/2023

Dalam riwayat Muslim disebutkan,

لَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ حِينَ يَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ أَحَدِكُمْ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ بِأَرْضِ فَلاَةٍ فَانْفَلَتَتْ مِنْهُ وَعَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَأَيِسَ مِنْهَا فَأَتَى شَجَرَةً فَاضْطَجَعَ فِى ظِلِّهَا قَدْ أَيِسَ مِنْ رَاحِلَتِهِ فَبَيْنَا هُوَ كَذَلِكَ إِذَا هُوَ بِهَا قَائِمَةً عِنْدَهُ فَأَخَذَ بِخِطَامِهَا ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِى وَأَنَا رَبُّكَ.أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ

“Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya ketika ia bertaubat pada-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang berada di atas kendaraannya dan berada di suatu tanah yang luas (padang pasir), kemudian hewan yang ditungganginya lari meninggalkannya. Padahal di hewan tunggangannya itu ada perbekalan makan dan minumnya. Sehingga ia pun menjadi putus asa. Kemudian ia mendatangi sebuah pohon dan tidur berbaring di bawah naungannya dalam keadaan hati yang telah berputus asa. Tiba-tiba ketika ia dalam keadaan seperti itu, kendaraannya tampak berdiri di sisinya, lalu ia mengambil ikatnya. Karena sangat gembiranya, maka ia berkata, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Ia telah salah mengucapkan karena sangat gembiranya.”
(HR. Muslim no. 2747).

Beberapa faedah dari hadits di atas:

1- Allah begitu menyayangi hamba yang bertaubat.

2- Hadits ini memotivasi kita untuk banyak bertaubat pada Allah.

3- Sesuatu yang keliru yang dilakukan tidak disengaja tidaklah terkena hukuman. Seperti jika seseorang keliru mengatakan, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Ini adalah kalimat kufur namun diucapkan dalam keadaan keliru, tidak disengaja.

4- Hendaklah kita mencontoh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang selalu menjelaskan sesuatu dengan contoh untuk semakin memperjelas sesuatu.

5- Pasrah pada ketentuan Allah mendatangkan kebaikan dan keberkahan. Karena laki-laki yang dikisahkan dalam hadits di atas telah berputus asa dari hilangnya hewan tunggangannya, lantas Allah pun mengembalikan hewan tunggangannya.

6- Bolehnya bersumpah untuk menguatkan perkataan pada suatu hal yang ada maslahat.

7- Allah memiliki sifat (farh) yaitu bergembira yang sesuai dengan keagungan Allah Ta’ala.

8- Hadits ini menunjukkan dorongan untuk mengintrospeksi diri.

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang gemar untuk bertaubat.

Address

Jalan Imam, Kampung Penakah, Kemuning
Machang
18500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Huda Al-Yusufiah Kg. Penakah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category