Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu

Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu Alamat : Lorong 4 Kampung Temaga Melayu, Sematan, 94500 Lundu, Sarawak.

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€β€™π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡  Ma’al Hijrah bukan sekadar permulaan takwim Hijrah, tetapi juga detik yang penuh makna untuk kita me...
16/06/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€β€™π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡

Ma’al Hijrah bukan sekadar permulaan takwim Hijrah, tetapi juga detik yang penuh makna untuk kita merenung perjalanan hidup yang telah dilalui, menilai semula tujuan, memperbetulkan haluan, dan memperbaharui azam. Di sebalik kisah hijrah Rasulullah SAW, tersirat pengajaran mendalam tentang pengorbanan, keteguhan iman, serta keutuhan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan nilai-nilai luhur.

Semoga kedatangan 1448 Hijrah menjadi titik tolak untuk kita terus berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran. Salam Ma’al Hijrah. Marilah kita berganding bahu membina sebuah ummah yang makmur, berintegriti, dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT.

*β€˜MADANI DIHAYATI UMMAH DIBERKATI’*

Ikhlas daripada,
*Seluruh warga JKP MASJID DARUL IMAN,
KAMPUNG TEMAGA MELAYU.*



Terima kasih YB Mordi Bimol πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸΌ
28/05/2026

Terima kasih YB Mordi Bimol πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸΌ




πŸ„ Program Ibadah Korban Aidiladha 1447H πŸ•ŒAlhamdulillah, proses penyembelihan dan melapah korban telah berlangsung dengan...
27/05/2026

πŸ„ Program Ibadah Korban Aidiladha 1447H πŸ•Œ

Alhamdulillah, proses penyembelihan dan melapah korban telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama para kariah dan masyarakat setempat di Masjid Darul Iman, Kampung Temaga Melayu, Sematan, 94500 Lundu, Sarawak.

Ibadah korban bukan sekadar penyembelihan, tetapi lambang ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan kepada Allah SWT, sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. 🀲🏻

Semoga setiap usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program korban tahun ini. πŸŒ™βœ¨

Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.192 Mas Gading.

Suasana Solat Sunat Hari Raya AidiladhaPeringkat Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu"Aidiladha Mengajar Erti Pengorb...
27/05/2026

Suasana Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Peringkat Masjid Darul Iman
Kampung Temaga Melayu

"Aidiladha Mengajar Erti Pengorbanan, Keikhlasan Mengukuhkan Persaudaraan."

Salam Aidiladha 1447H
Maaf Zahir Dan Batin

26/05/2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk kita bersama-sama menjayakan Majlis Khata...
08/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk kita bersama-sama menjayakan Majlis Khatam Al-Quran Ramadan 1447H yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Kampung Temaga Melayu. Majlis ini menjadi tanda kesungguhan dan kecintaan masyarakat dalam menghidupkan bulan Ramadan dengan bacaan serta tadabbur Al-Quran.

Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, para jemaah telah berusaha meluangkan masa untuk bertadarus dan mendekatkan diri kepada kalam Allah. Khatam Al-Quran bukan sekadar menamatkan bacaan, tetapi menjadi simbol kesatuan hati, pengukuhan ukhuwah, dan semangat untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT. Mudah-mudahan segala usaha, bacaan, dan amal ibadah kita diterima serta menjadi cahaya yang memimpin kehidupan di dunia dan akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya ahli jawatankuasa masjid, para peserta tadarus, dan seluruh masyarakat Kampung Temaga Melayu yang sentiasa menyokong aktiviti keagamaan di masjid.

Semoga tradisi mencintai Al-Quran ini terus subur dari generasi ke generasi.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.Pada hari ini tanggal 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H Masjid Daru...
17/02/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Pada hari ini tanggal 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu telah mengadakan program tazkirah bertajuk "Apakah Sasaran Kita Untuk Ramadan kali ini. Semakin baik atau sebaliknya?" yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Hadi Bin Abdul Halim. Selain itu, selepas solat fardu Isyak. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan tahlil secara berjemaah bersempena dengan malam arwah bulan. Pihak Masjid Darul Iman mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah yang sudi membawa juadah untuk dikongsikan bersama serta komited dalam menjayakan program yang dianjurkan pada malam ini. Insya Allah dengan kerjasama yang diberikan akan dikira sebagai amalan kebaikan tuan/puan oleh Allah SWT. Aamiin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.Berikut adalah jadual imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1447H untuk Zon 8 ya...
15/02/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Berikut adalah jadual imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1447H untuk Zon 8 yang sama waktu dengannya. Sekian. terima kasih.

Address

Lorong 4 Kampung Temaga Melayu, Sematan
Lundu
94500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Darul Iman Kampung Temaga Melayu:

Shortcuts

Share