01/09/2026
SABTU 29 OGOS 2026
LUNDU
alhamdulillah. Pihak LAKIL telah menganjurkan Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Daerah Lundu Tahun 2026M/1448H di Masjid Ikhwanil Muslimin Kpg Sekambal Melayu, Lundu.
Majlis sederhana tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Lundu, Tn Zulkarnain Bin Ismail bersama Ahli-Ahli Pemegang Amanah LAKIL & Ayahanda Penghulu Awang Sulong Bin Awang Drahman bersama ketua-ketua kampung sekitar.
Majlis Maulid tersabut telah dipimpin oleh Ustaz Kyrel Al-Gayauwi Bersama Kump**an Muhibbin Sarawak Darul Hana manakala tausiyah p**a disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dr Hasfa Bakhry Bin Hassan.
Pihak LAKIL ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir dan diharapkan dengan hadirnya ke majlis ini, musibah jerebu yang tengah melanda negeri kita akan beransur pulih
Aamiin.