Surau Raudhatul Jannah

Directions

Surau Raudhatul Jannah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Raudhatul Jannah, Religious Center, Bandar Permata Lunas, Lunas.

Peringatan Bersama Lindungi Diri dan Keluarga....
17/09/2026

Peringatan Bersama
Lindungi Diri dan Keluarga....

Lensa ||  12 Sept, Sabtu Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Malaysia Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 2
12/09/2026

Lensa || 12 Sept, Sabtu
Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Malaysia Penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 2

Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Malaysia ,di Bandar Permata Lunas Fasa 2
07/09/2026

Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Malaysia ,di Bandar Permata Lunas Fasa 2

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2026
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2026

🌙 MALAM CINTA RASUL  1448H 🤍"HADIR KERANA CINTA"Bukan sekadar menghadiri sebuah program, tetapi menghidupkan rasa cinta ...
17/08/2026

🌙 MALAM CINTA RASUL 1448H 🤍

"HADIR KERANA CINTA"

Bukan sekadar menghadiri sebuah program, tetapi menghidupkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Majlis Selawat dan Qasidah telah diadakan pada baru-baru ini bagi menyemarakkan kecintaan serta rasa rindu umat Islam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersempena bulan kelahiran nabi Rabiulawal. Majlis julung kali diadakan ini , sebagai salah satu wadah untuk mengimarahkan surau dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kariah serta komuniti setempat.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan selawat dan persembahan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan qasidah Al-Amin diselangi dengan Tausiyah yang disampaikan oleh Ust Hadi Ms Desa. Suasana majlis berlangsung dengan penuh penghayatan dan kekhusyukan apabila para hadirin bersama-sama mengalunkan selawat dan pujian kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Kehadiran komuniti daripada pelbagai peringkat umur menunjukkan semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap majlis seperti ini.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuhkan ukhuwah, menyemarakkan syiar Islam serta menyuburkan kecintaan masyarakat terhadap Rasulullah SAW.

“Berselawatlah dengan penuh cinta, semoga mendapat syafaat Baginda Rasulullah SAW.”

Semoga Allah SWT menghimpunkan kita dalam majlis yang dipenuhi rahmat, kasih sayang dan keberkatan, serta mengurniakan hati yang sentiasa rindu kepada Rasulullah ﷺ.

"Menghidupkan Rindu, Menyemai Cinta Rasulullah ﷺ"




MAJLIS PENGISYTIHARAN SURAU RAUDHATUL JANNAH, BANDAR PERMATA LUNAS 15 Ogos 2026 – Majlis Pengisytiharan Surau Raudhatul ...
16/08/2026

MAJLIS PENGISYTIHARAN SURAU RAUDHATUL JANNAH, BANDAR PERMATA LUNAS

15 Ogos 2026 – Majlis Pengisytiharan Surau Raudhatul Jannah, Bandar Permata Lunas Fasa 2 telah berlangsung dengan meriah dan penuh suasana ukhuwah, melibatkan penyertaan penduduk setempat dengan kerjasama di antara KRT Bandar Permata Lunas, Fasa 2 & Persatuan Komuniti Bandar Permata Lunas Fasa 2.

Pengisytiharan ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pejabat Agama Daerah Kulim. Majlis ini bukan sahaja menjadi detik bersejarah di
kawasan Bandar Permata Lunas ini, malah turut diserikan dengan pelbagai program menarik khususnya untuk golongan kanak-kanak.

Antara pengisian utama yang mendapat sambutan ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Azan dan Pertandingan Hafazan yang terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Aktiviti ini bertujuan mencungkil bakat serta meningkatkan minat generasi muda terhadap aktiviti di surau. Turut diserikan dengan penyertaan agensi Tabung Haji , UNIFI dan VICO

Penganjuran program seperti ini mencerminkan surau bukan sahaja sebagai pusat ibadah semata-mata malah juga aktiviti kemasyarakatan yang mampu menyatukan penduduk setempat.

Kerjasama erat daripada semua penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 2 menjadi antara faktor utama kejayaan program majlis pengisytiharan ini.

Semoga pengisytiharan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak aktiviti keagamaan, pendidikan dan kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti Bandar Permata Lunas Fasa 2 serta terus berkembang sebagai pusat pengimarahan yang aktif sebagai wadah untuk melahirkan generasi muda akan datang.

🌙 MALAM CINTA RASUL  1448H 🤍"HADIR KERANA CINTA"Bukan sekadar menghadiri sebuah program, tetapi menghidupkan rasa cinta ...
14/08/2026

🌙 MALAM CINTA RASUL 1448H 🤍

"HADIR KERANA CINTA"

Bukan sekadar menghadiri sebuah program, tetapi menghidupkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Marilah kita bersama-sama mengisi waktu dengan: ✨ Majlis Selawat

📖 Ilmu & Pengisian Sirah Nabi ﷺ
💝 Selawat Berjemaah

Semoga Allah SWT menghimpunkan kita dalam majlis yang dipenuhi rahmat, kasih sayang dan keberkatan, serta mengurniakan hati yang sentiasa rindu kepada Rasulullah ﷺ.

Bersama: Qasidah Al Amin

Pentausiah : Ustaz Hadi Mohd Desa

"Menghidupkan Rindu, Menyemai Cinta Rasulullah ﷺ"

Pertandingan azan, hafazan dan mewarna sempena majlis pengisytiharan surau dan sambutan Maulidur rasul...
14/08/2026

Pertandingan azan, hafazan dan mewarna sempena majlis pengisytiharan surau dan sambutan Maulidur rasul...

Address

Bandar Permata Lunas
Lunas
09600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Raudhatul Jannah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share