28/12/2025
Buat julung kalinya, Rumah Terbuka Krismas diadakan di Long Lama. Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara BEM Long Lama dan Blessed Sacrament Parish, Long Lama, serta disokong sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN N.77 Telang Usan. Kerjasama ini telah mencipta satu momen yang sangat bermakna dalam memaparkan keharmonian antara dua denominasi, di samping menjadi platform untuk mengeratkan hubungan gereja dan komuniti Long Lama. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Khidmat DUN N.77 Telang Usan atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan, sehingga Rumah Terbuka Krismas ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan dan perpaduan komuniti Long Lama.