03/07/2026
Puji Tuhan!
Atas penyertaanNya, Salib telah pun tiba di Zon B, Gereja St John the Apostle, Liok Batu pada 30 Jun 2026 dari Zon A, Gereja St Paul, Menuang. Program Perjalanan Salib ini telah diteruskan dengan Misa Kudus pembukaan bersama 3 orang Paderi iaitu Rev. Fr Jack selaku Ketua Program Perjalanan Salib, Rev. Fr Damian Lalo selaku Rektor Paroki St Edmund, Limbang & Rev. Fr Henry Saleh selaku Rektor Paroki St Anthony, Bintulu. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ketiga-tiga Paderi yang dapat meluangkan masa untuk menyempurnakan misa pembukaan Perjalanan Salib di Zon B pada hari Selasa, 30 Jun beberapa hari yang lepas. Semoga Tuhan terus memberkati pelayanan para Paderi.
Terima kasih juga kepada semua umat kerana telah bertungkus lumus menjayakan Program Perjalanan Salib ini dan semoga melalui Perjalanan Salib ini, kita terus dipersatukan, saling mengasihi dan mengampuni melalui rahmat cinta kasih nya yang besar dalam kehidupan kita.
Tuhan memberkati! ππ