Surau Al-Muhajirin 5Kedai

Surau Al-Muhajirin 5Kedai Surau Ini dibina pada tahun 2004 (Page ini memberi maklumat terus kepada penduduk aktiviti surau)
(3)

‎السلام عليکم ورحمة الله وبرکاتهالحمدلله والشكر لله Dengan izin Allah sebanyak 4 ekor lembu , 5 ekor kambing  telah berj...
28/05/2026

‎السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
الحمدلله والشكر لله
Dengan izin Allah sebanyak 4 ekor lembu , 5 ekor kambing telah berjaya dikorbankan pada hari ini.
Program majlis korban Hari Raya Adha hasil kerjasama yg diketuai Pengerusi Surau Al Muhajirin En Khalid, bersama² para sukarelawan dari AJK Surau Al Muhajirin serta petugas2 dari kalangan penduduk Perumahan Rakyat 5 Kedai dan sekitarnya pada 27/5/2026 pada hari rabu, 10 Zulhijjah 1447 H bermula 10.30 pagi hingga 3.30 ptg

Daging korban di agihkan kepada fakir miskin, dan penduduk setempat telah selesai diagihkan kpd mereka pada jam 6.30 petang.

Kami bagi pihak
AJK Surau Al-Muhajirin, Taman Perumahan Rakyat 5 Kedai,Skudai
mengucapkan tahniah kepada semua peserta korban tahun ini dan terima kasih juga yg tidak terhingga kepada semua sukarelawan yg telah bertungkus lumus menjayakan majlis korban 2026M

Andai ada kelemahan dan kekurangan yang ada mohon maaf dipinta serta diharapkan kepada semua pihak dapat menyokong lagi program-program surau Al Muhajirin pada masa akan datang.
Ingin kami mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut, sama ada secara langsung mahupun tidak dan tidak lupa juga kepada para penyumbang sama ada dari segi kewangan barangan,
Semoga segala usaha dan jasa baik tuan2 puan2, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dan akan beroleh keberkatan daripada-NYA dan amal ibadah kita sentiasa diterima oleh ALLAH SWT.
امين يا رب العالمين تقبل الله منكم منا ومنكم تقبل يا كريم 🤲

Sekian,

Terima kasih.

AJK Surau Al-Muhajirin
Taman Perumahan Rakyat 5 Kedai
10 Zulhijjah 1447H
27/5/2026M

26/05/2026
📢PERJUMPAAN PESERTA QURBAN 🐄✨Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 😊Dimaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama pese...
15/05/2026

📢PERJUMPAAN PESERTA QURBAN 🐄✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 😊

Dimaklumkan bahawa satu perjumpaan bersama peserta Qurban Surau Muhajirin 5 Kedai akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
🕘 Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Perkarangan Surau Muhajirin 5 Kedai

📝 Tujuan perjumpaan:
✅ Menandatangani surat perjanjian peserta qurban
✅ Penyerahan proses pengurusan ibadah qurban kepada pihak pengurusan Surau Muhajirin
✅ Perbincangan hal-hal berkaitan ibadah qurban 2026

⚠️ Semua peserta qurban ATAU wakil adalah WAJIB hadir bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

🤝 Kerjasama dan kehadiran semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih 😊

📢 MEMO KULIAH MAGHRIB & PROGRAM IBADAH QURBAN 🐄🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa pihak sura...
15/05/2026

📢 MEMO KULIAH MAGHRIB & PROGRAM IBADAH QURBAN 🐄🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa pihak surau akan mengadakan Kuliah Maghrib bersempena Program Ibadah Qurban 1447H / 2026M seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
🕘 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Surau Muhajirin 5 Kedai

🎙️ Penceramah Jemputan:
Ustaz Halil Bin Sulaiman
Guru Besar Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang

📖 Tajuk kuliah akan menyentuh berkaitan penghayatan ibadah qurban serta pengorbanan dalam kehidupan Muslim.

✨ Semua ahli kariah dan penduduk setempat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ilmu ini.

“Menuntut ilmu adalah jalan menuju keberkatan hidup.”

Sekian, terima kasih.

Meyuarat Ajk Kali ke 5
02/05/2026

Meyuarat Ajk Kali ke 5

selesai ziarah dan marhaban blok h 2026
07/04/2026

selesai ziarah dan marhaban blok h 2026

marhaban blok J alhamdulilah selesai
06/04/2026

marhaban blok J alhamdulilah selesai

04/04/2026

marhaban blok abce

Address

Taman Perumahan Rakyat 5Kedai
Lima Kedai
81120

Telephone

+60129416355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Muhajirin 5Kedai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al-Muhajirin 5Kedai:

Share